Tuesday, February 4, 2020

Don't Take Everyhing for Granted!

Masuk hari ini dah hari ke-12 abah warded. Bermula dengan rasa sakit melampau 1 muka, pergi ke klinik dapat sebeban pain killer untuk dimakan, pun tak dapat meredakan sakit yang abah rasa.

Jadinya, hari seterusnya terus Eja dan mak bawa abah ke Kecemasan Hospital Kajang.


Tak ingat ini malam ke berapa? Malam kedua rasanya di Hospital Kajang ni. Yang kelakar mak segan nak maklumkan kawan-kawan, even adik beradik sendiri yang abah warded.

Siap tanya, macam mana nak update status dalam whatsapp kata kita dah 2 hari ada kat hospital? 

Iyelah, orang yang datang melawat kan membawa rezeki, membawa bersama doa-doa semoga kita cepat sembuh. Harap sangat ada antara doa yang sampai itu makbul, cepat abah sembuh dan cepat balik rumah.


Abah didiagnos resdung teruk (sinus dalam term perubatan), dan suddenly penglihatan mata kanan terjejas dan kelopak mata kanan tertutup. I mean, literally 24 jam tertutup. Mata kiri Alhamdulillah ok.

Oleh sebab pakar mata (ophthalmology) takde di Hospital Kajang, dan pakar mata yang seen case abah juga adalah dari Serdang, hari ketiga dalam pukul 6 petang transfer pula kami ke Hospital Serdang.

Aku baru tahu rupanya Hospital Kajang ni, hospital daerah rupanya? Bukan hospital besar? 

Punyalah ramai umat manusia sampaikan dalam wad, katil penuh sampai ke lorong pejalan kaki penuh katil. Jarak antara katil sebelah pun muat-muat 1 kerusi plastik je. Punyalah serius tahap padatnya wad hari tu.

Tapikan, walaupun padat, banyak perkara positif yang aku nampak di situ. Antaranya ...
- Nurse sentiasa ada di wad. Bukanlah maksud aku nurse hilang, no no no. Oleh sebab dalam 1 wad ada ramai pesakit, nurse sentiasa round wad. Jadinya mudah nak panggil in case anything happen. 
- Walaupun workload tinggi (hospital kerajaan kut, always having high workload), tapi nurses ok sangat. Cheerful, sangat attentive. 
- Mudah nak park kenderaan.
- Waktu melawat yang lebih lama.

Dan well, siapa kita nak minta lebih-lebih bila mana yang kita pergi tu adalah hospital kerajaan, betul tak? 


Sekarang ini berkampung di Hospital Serdang pula. Dah hari ke-12 pun. 

Syok masa mula-mula masuk sebab depan hospital banyak food truckkkkkk! Kedai pun banyak. Perasaan nak menyoping tu bukan main. Malam pertama kat sini pun, aku dah menyoping 2 beg plastik air dan kudapan malam. Hahahahaha.

Sini walaupun Wad Kelas 3 tapi lebih selesa Alhamdulillah. Sebelah katil boleh bentang toto nak tidur ramai-ramai (kalau bolehlah) heh. Nurses pun ramai. Ok sangat juga.

But again, apa yang nak seronok sangat bila abah ko terbaring macam tu? Kena drip air, masuk antibiotik sampai demam-demam sebab antibiotik kuat sangat. Well, takde yang seronok pun sebenarnya. Tambah lagi mak yang sentiasa teman abah siang malam.

Conclusion doctor untuk kes abah adalah..
- Kuman resdung (dah merebak hingga ke tulang hidung)
- Diabetic

Punca penglihatan bermasalah. Sungguh, terkejut juga sebab kami, abah lebih-lebih lagi berharap yang ...... Ada harapan untuk kesembuhan. 

Entahlah. 
Semoga semuanya dipermudahkan dan kami dapat melihat ibrah yang tersembunyi di sebalik semua yang terjadi. Moga ujian ini menguatkan kami dan menjadi peringatan...

Jaga kesihatan baik-baik. Don't take for granted everything yang Allah beri. Semuanya hanya pinjaman.

Doakan abah aku cepat sembuh dan boleh kembali ke rumah ya!

22 comments:

  1. semoga cepat sembuh abahnya, dan di permudahkan segala urusan ya

    ReplyDelete
  2. nampaknya hospital kajang dan serdang tu bangunan nya nampak baru di bandingkan dengan wad di hkl yang dah berpuluh tahun... alhamdulillah juga bila selesa dan nurse nya ok, kita yang menunggu pun tak la rasa stress kan

    doa akak moga di permudahkan dan disembuhkan dari penyakit abah Sha .

    ReplyDelete
  3. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ . Semoga your abah cepat sembuh seperti sedia kala. aamiin

    ReplyDelete
  4. Betul tu bila hilang nikmat baru rasa tak mampu buat apa-apa.
    Semoga ayah Syahira cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. hehe tempat lahirrrr nila hospitalnya..
    semoga abah cepat sembuh.. kena banyak rehat..

    ReplyDelete
  6. Semoga abah Kak Sha diberikan kesembuhan secepatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Now after PKP, nak berangkut masuk hospital balik

      Delete
  7. setahu nina hospital kajang ni sepatutnya ada nama daerah.. susah juga kalau sinus teruk ni. semoga cepat baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Hospital Daerah tapi padatnya ya ampun.

      Delete
  8. spital kajang kecik, shahira. nak parking pun Allahu Akbar, susah!
    few times aida ke sana amik ubat anak.

    aduh. seram baca content shahira ni.
    aida ni, resdung sederhana teruk. risau plak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, bila cerita dengan kawan-kawan, mostly tak sangka resdung boleh sampai tahap blindness. Apa pun, tu semua takdir Allah.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *