Wednesday, February 5, 2020

Oh My Jawi

Oh My Jawi! | Ya ampun, gila tergelak aku baca posting facebook Nurul Dahlya Alias ni tadi. Mana tak tergelak weh, macam-macam salah baca, bunyi jadi lain, buat orang konfius dan trauma je dengan bunyinya, hahahahaha.

Kisah pasal tulisan jawi sebenarnya, apabila teks khutbah di dalam tulisan jawi, ditulis oleh orang lain, dan dibacakan oleh orang lain. Bermacam tulisan keluar, mungkin untuk yang biasa tak ada masalah sangat, tapi untuk certain term, like words in english pun ada hentam dijawikan, memang kelako.

Sorrylah, aku tergelak kuat gila macam tengok Running Man. Serius, untuk yang baca dengan hati terbuka dan tenang memang rasa kelakar gila.

Negeri Sembilan

Kedah

Perak

Kelantan

Terengganu

Perlis

Pahang

Perak & Melaka

Kesian pembaca khutbah. Mesti dah berdebar bila jumpa perkataan 'pelik' dalam khutbah. Tak baca kang macam tak lengkap. Bila baca keluar jadi bunyi pelik. Hehehe. Tapi pengajaran untuk kisah ini adalah .....
Yessss, perdalamkan pengetahuan jawi kita. Biasakan menulis dan membaca jawi macam kita menulis dan membaca bahasa melayu & english. 

Aku tergelak, but at the same time terasa jugak tau! Sebabkan, aku rasa dah lama gila tak baca jawi, kalau jumpa artikel tulisan jawi, yes aku boleh baca tapi merangkak macam budak tadika. Ohemji... Patut aku rasa bila tulis nama sendiri dalam jawi, macam buruk je tulisan?

Kalau tulis pulak, I believe expert jawi akan nampak tulisan aku something wrong macam aku biasa nampak orang salah eja 'putih' as in 'puteh'. Padahal masa sekolah dulu bukan main masuk pertandingan khat lah, buku nota sekolah agama pun sentiasa menulis jawi.

Oh dah jumpa masalahnya...
Habis sekolah agama terus habislah bahan bacaan jawi aku ..... 

Sebelum ini aku suka baca ada column in one of paper, tak ingat paper apa. Tapi dia ada column for jawi. Artikel ditulis dalam jawi. And I enjoyed reading it very much. 
Eventhough 1 page nak habis baca ambil masa 10 minit jugak (terhegeh-hegeh betul kan), ekekeke. But I enjoyed it very much.

Now dalam phone pun dah boleh set tulisan Jawi rupanya. 
Aku tak tahu pun okeh. Gila ketinggalan.
Eh jap, dalam Words pun dah ada kan? Macam ada ternampak blogger mana entah share shortcut for Jawi in Words. Hm..
Ini pun aku ketinggalan ke?

Tapi masih tak terlambat untuk revive our skill okeh! Jom memartabatkan tulisan Jawi. Tak kan selamanya nak martabatkan Times New Roman atau Verdana saja?

Atau Calibri.
Atau Arial.

Eh banyak pulak.


20 comments:

  1. kalau ikutkan beberapa perkataan tu sekali tengok dan ikut ayat, dah boleh agak maknanya. Tambah pulak tulisan jawi dah ada yang moden untuk elakkan kekeliruan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Bila ada jawi moden dan jawi biasa, mungkin menimbulkan kekeliruan. Sama macam kita bahasa melayu yg pakai hari-hari pun ada je yang salah eja..

      Delete
  2. kalau x baca betul2 mmg confuse. i am still not that good but Alhamdulillah masih boleh baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah samalah kita. Tapi takpe slow,tapi steady.

      Delete
  3. bukan ke jawi dh diharamkan sejak kerajaan yg baharu ni memerintah? huhuhu

    ReplyDelete
  4. Allahu silap eja, terus maksud lain >.<

    ReplyDelete
  5. ahahaha adoiii tapi tapi yang patut baca kutbah bukan orang yang pandai agama ke..
    awat laa jadi baca jawi kot tuu pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang baca khutbah memang pastinya yang pandai agama & pqndai baca jawi. Tapi mungkin sebab ada certain word jawi moden, ala macam kita bahasa melayu kan selalu ada yg salah eja. Begitulah konsepnya.

      Delete
  6. Dulu masa sekolah baca jawi tu lancar la, sekarang tergagap-gagap. Malu betul. Part ejaan lagi la. Time sekolah pun selalu salah, sekarang lagi haru agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kita pun tak pasti ejaan jawi betul ke tak. Eja nama sendiri pun ingat-ingat lupa 😅

      Delete
  7. my jawi dh lemah.. hmmm memang nk kena masuk sekolah balik.
    nk baca tu alahai susah gila rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah mana yang ada jawi utk adult macam kita nina? Syok gak tu.

      Delete
  8. ha ha ha ha aduhai.
    ni kes penderaan ni. kesian pembaca khutbah.
    aida ni tak mahir membaca & menulis jawi. surrender!!!
    so now, kalau Izzat ada homework, aida akan minta Syuhada or Nurin bantu dia.
    Syuhada and Nurin dari darjah 1 dah masuk sekolah agama, power diorang punyer menulis & membaca!
    nurin plak sekolah menengah pun sekolah agama, double power la.
    dioran gboleh baca selaba jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh kena kekalkan momentum kepoweran baca & tulis jawi tu. So that in the future tulisan jawi kekal.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *