Friday, February 7, 2020

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Dapatkan Sponsor Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej | Hai! Best pulak petang hari Khamis lepas apabila lori Nestle datang di kolej, hehehehe. Biasanya hanya lori Nestle Coco Crunch yang datang, tapi hari tersebut sampai 2 lori datang, Coco Crunch dan ....... NESCAFE. 

Fuh, jarang-jarang jumpa Nescafe ni. Bila dah jumpa apa lagi, sampai 4 cup telan. 

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Tempat lori Nescafe parking tu, asalnya tempat parking kereta aku. Tengah sedap tahan mengantuk waktu lunch dapat call minta alih kereta. Ehhhhhhh..... Apehal pulak kan?

Rupanya lori nak masuk parking.  Sampai sekali 2 datang. Seronok student dapat makan free petang-petang.

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Lori Nescafe baru. Cantik dan lebih besar berbanding sebelum ini.

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Lori Coco Crunch pun yang baru. Sebelum ni beberapa kali datang kolej bawa lori yang versi kecil sedikit. Yang baru ni siap ada walkway okeh! Nak ambik kena naik pentas gitu haha.

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Ingat tak cerita Bateri Weak sebelum ini? Lepas buat jump start kali kedua, enjin kereta hidup dan ingatkan bolehlah tahan sehari dua. Sekali kan, pagi tu jump start esoknya terus kiok langsung taknak hidup dah. Tepuk dahi rasa menyesal sungguh tak beli bateri baru masa kat kolej.

Lepas beli bateri baru, hari ini dengan yakin start enjin dan drive tanpa perlu risau enjin mati tengah jalan. Semasa drive stereng rasa sedikit berat, macam tanda-tanda angin tayar kurang? Jadinya pagi tadi sempat singgah Petron nak isi angin tayar.

Baru je buka penutup valve tayar, bunyi angin kuat keluar berderu-deru keluar dari valve. Ah sudah.

Valve bocor pulak ke? Settle satu, satu benda jadi. 

Calm down calm down. Ecewah tenangkan diri sambil speaking gitu kahkah. Yang aku perasan, bila buka penutup valve baru angin keluar, kalau ketatkan kepala valve ok je. Means either valve longgar atau tayar bocor? Rasanya valve je longgar.

[Baca juga] :

Takpe, rasanya boleh je terus drive ke kolej. Lagipun tayar kereta tu bukannya flat sangat. Kesan daripada valve longgar, pagi itu dalam sejarah memandu dengan sangaaaaaaaaat berhemah! Fuh, rasa tak percaya sepanjang perjalanan dari Semenyih ke Petaling Jaya, the highest speed hanyalah 85 km/h? This is sooooo not me! 

Sampai kolej Alhamdulillah ada student tolong settlekan. Rupanya betul valve longgar. Siap ketatkan semula valve dan isi angin juga tau! Baiknya anak - anak sayaaaaaa. Dalam rasa penatnya berulang - alik jauh dari rumah ke office, Allah bagi student yang sporting dan ringan tulang pun dah besar rahmat. Alhamdulillah.

 Korang yang mana ada bengkel nak panggil student automotif untuk praktikal nanti roger-roger tau. Aku recommend student inshaAllah yang baik-baik :)

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Sebelum telan 2 cawan Nescafe dan 2 cup Coco Crunch. 
Entah macam mana lah diorang ni mix air ek? Sedap kemain. Dari lori Milo ke lori Nescafe, air diorang memang kawww. Aku biasanya tak minum kopi, nescafe dan horlick, tapi versi lori Milo dan Nescafe sap sap soi boleh telan dengan bahagia.

Dengan banyaknya pulak tu. Tadi bercakap dengan officemate, bila buka mulut bagaikan keluar perfume Nescafe!

Cara Minta Sponsorship Nestle (Panggil Lori Nestle) Datang Sekolah / Kolej

Baiklah, jom aku share cara untuk minta sponsorship Nestle untuk datang ke sekolah atau ipt atau agensi awam. Nak minta lori Milo atau Nescafe atau Coco Crunch datang semasa hari sukan syok juga kan?

POS / FAKS SURAT
1) Hantar surat permohonan tajaan Coco Crunch / Nescafe / Milo kepada pihak Nestle 8 MINGGU sebelum tarikh event ke :

Nestle Products Sdn Bhd
No. 41, Jalan Angklung 33/20,
Shah Alam Industrial Park, Seksyen 33,
40460 Shah Alam Selangor

Tel : 03-5131 8910 / 03-5121 3244
Faks : 03-5121 2243
(u.p : Cik Azizah Jamal)

2) Sertakan bersama aturcara majlis yang ada maklumat seperti tarikh, masa, lokasi serta anggaran peserta yang hadir semaja majlis / program tersebut. 
3) Faks atau pos ke alamat di atas. Jika permohonan berjaya, akan dimaklumkan dan akan sampailah lori Nestle tersebut ke lokasi korang.

PHONE CALL / PM FB
Boleh saja terus hubungi NESTLE Consumer Services di talian 1800-88-3433 atau Private Message (PM) Facebook Rasmi Nestle Malaysia.


Seronok betul minum Nescafe kawww. Masa sekolah dulu kalau Lori Milo datang bukan main berlari-lari kejar. Kalau minum pun, tak cukup 1 cawan. Tak sangka dah tua ni, pun sama masih tak cukup 1 cawan, haha. Okeh jangan lupa mohon. Jika ada kekosongan, memang rezeki koranglah dapat sponsorship pihak Nestle untuk sekolah atau kolej korang! :)


28 comments:

  1. ala lambat sangat dah tau pasal ni. haha. program minggu depan dah >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi. Ye ke? Takpe lain kali boleh panggil 😁

      Delete
  2. Terbaek.. good info.. semoga dipermudahkan urusan harian 😊

    ReplyDelete
  3. akak baru tahu ada jugak lori nescafe dengan coco crunch rupanya.... selama hayat ni kenal lori milo je...
    menarik jugak nih... tulah air yang diaorang bancuh tu best lain macam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kawww dia lain machiam. Rahsia betul Nestle buat air ni sampai sekarang tak tau rahsia sedap dia 😅

      Delete
  4. bestnya dapat minum percuma tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Minta-minta lepas pkp ni ada lagi hehe

      Delete
  5. teringat ni zaman sek rendah.. mesti ada diorang datang kan..
    epicnyaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekolah memang selalu kejar lori Milo je lah. Dari jauh dah kejar haha.

      Delete
  6. kalau nk panggil utk majlis kawen boleh x? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi kena bayar hehe.
      Biasanya kalau event diorang ara team korporat berbayar.

      Delete
  7. tak boleh move on dengan Milo lori ni, rasa dia tiada tandingan, sangat sedap heheheh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kenangan paling best waktu sukan zaman sekolah rendah

      Delete
  8. Ooh rupenye kene panggil ye lori2 ni. Ingatkan dorang datang sendiri. Hahaha. Adoi kesian pulak rasa dekat diri sendiri, dah tua2 ni baru tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak panggil dia tak tau nak datang mana, hihi.
      Tapi yang best, sekali dah datang, lepas tu mungkin dia akan menyerah diri datang lagi hihi.

      Delete
  9. heheh zaman sekolah kalau lori milo / nescafe ni datang sentiasa cari akal nak amik untuk kali kedua.. takut dikesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, beratur je balik nanti dapat jugak hihi

      Delete
  10. bestnya ada student automotif, ada masalah kereta boleh tlg repair. hee.
    lori ni kalau dtg sekolah awal2 dh beratur.
    paling suka lori vitagen boleh beli susu2 dgn harga murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa, lori Vitagen tak pernah datang lagi. Tapi budak2 laki ni kurang suka susu.

      Delete
  11. wah bestnya..tak pernah jumpa lagi lori nescafe kalau lori milo tu ada juga..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lori Milo memang selalu nampak kan. Nescafe ada jugak, tapi kurang.

      Delete
  12. Wah bestnya.. tq bolehlah Tau MCM.mana Cara nak panggil.lori ni

    ReplyDelete
  13. kannnn...mmg sedap tu tak sama dengan kita buat heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang pelik. Yang versi lori memang kawwwww habis. Teringat-ingat.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (85) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *