Friday, February 7, 2020

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

February 07, 2020
Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Dapatkan Sponsor Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej | Hai! Best pulak petang hari Khamis lepas apabila lori Nestle datang di kolej, hehehehe. Biasanya hanya lori Nestle Coco Crunch yang datang, tapi hari tersebut sampai 2 lori datang, Coco Crunch dan ....... NESCAFE. 

Fuh, jarang-jarang jumpa Nescafe ni. Bila dah jumpa apa lagi, sampai 4 cup telan. 

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Tempat lori Nescafe parking tu, asalnya tempat parking kereta aku. Tengah sedap tahan mengantuk waktu lunch dapat call minta alih kereta. Ehhhhhhh..... Apehal pulak kan?

Rupanya lori nak masuk parking.  Sampai sekali 2 datang. Seronok student dapat makan free petang-petang.

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Lori Nescafe baru. Cantik dan lebih besar berbanding sebelum ini.

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Lori Coco Crunch pun yang baru. Sebelum ni beberapa kali datang kolej bawa lori yang versi kecil sedikit. Yang baru ni siap ada walkway okeh! Nak ambik kena naik pentas gitu haha.

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Ingat tak cerita Bateri Weak sebelum ini? Lepas buat jump start kali kedua, enjin kereta hidup dan ingatkan bolehlah tahan sehari dua. Sekali kan, pagi tu jump start esoknya terus kiok langsung taknak hidup dah. Tepuk dahi rasa menyesal sungguh tak beli bateri baru masa kat kolej.

Lepas beli bateri baru, hari ini dengan yakin start enjin dan drive tanpa perlu risau enjin mati tengah jalan. Semasa drive stereng rasa sedikit berat, macam tanda-tanda angin tayar kurang? Jadinya pagi tadi sempat singgah Petron nak isi angin tayar.

Baru je buka penutup valve tayar, bunyi angin kuat keluar berderu-deru keluar dari valve. Ah sudah.

Valve bocor pulak ke? Settle satu, satu benda jadi. 

Calm down calm down. Ecewah tenangkan diri sambil speaking gitu kahkah. Yang aku perasan, bila buka penutup valve baru angin keluar, kalau ketatkan kepala valve ok je. Means either valve longgar atau tayar bocor? Rasanya valve je longgar.

[Baca juga] :

Takpe, rasanya boleh je terus drive ke kolej. Lagipun tayar kereta tu bukannya flat sangat. Kesan daripada valve longgar, pagi itu dalam sejarah memandu dengan sangaaaaaaaaat berhemah! Fuh, rasa tak percaya sepanjang perjalanan dari Semenyih ke Petaling Jaya, the highest speed hanyalah 85 km/h? This is sooooo not me! 

Sampai kolej Alhamdulillah ada student tolong settlekan. Rupanya betul valve longgar. Siap ketatkan semula valve dan isi angin juga tau! Baiknya anak - anak sayaaaaaa. Dalam rasa penatnya berulang - alik jauh dari rumah ke office, Allah bagi student yang sporting dan ringan tulang pun dah besar rahmat. Alhamdulillah.

 Korang yang mana ada bengkel nak panggil student automotif untuk praktikal nanti roger-roger tau. Aku recommend student inshaAllah yang baik-baik :)

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Sebelum telan 2 cawan Nescafe dan 2 cup Coco Crunch. 
Entah macam mana lah diorang ni mix air ek? Sedap kemain. Dari lori Milo ke lori Nescafe, air diorang memang kawww. Aku biasanya tak minum kopi, nescafe dan horlick, tapi versi lori Milo dan Nescafe sap sap soi boleh telan dengan bahagia.

Dengan banyaknya pulak tu. Tadi bercakap dengan officemate, bila buka mulut bagaikan keluar perfume Nescafe!

Cara Minta Sponsorship Nestle (Panggil Lori Nestle) Datang Sekolah / Kolej

Baiklah, jom aku share cara untuk minta sponsorship Nestle untuk datang ke sekolah atau ipt atau agensi awam. Nak minta lori Milo atau Nescafe atau Coco Crunch datang semasa hari sukan syok juga kan?

POS / FAKS SURAT
1) Hantar surat permohonan tajaan Coco Crunch / Nescafe / Milo kepada pihak Nestle 8 MINGGU sebelum tarikh event ke :

Nestle Products Sdn Bhd
No. 41, Jalan Angklung 33/20,
Shah Alam Industrial Park, Seksyen 33,
40460 Shah Alam Selangor

Tel : 03-5131 8910 / 03-5121 3244
Faks : 03-5121 2243
(u.p : Cik Azizah Jamal)

2) Sertakan bersama aturcara majlis yang ada maklumat seperti tarikh, masa, lokasi serta anggaran peserta yang hadir semaja majlis / program tersebut. 
3) Faks atau pos ke alamat di atas. Jika permohonan berjaya, akan dimaklumkan dan akan sampailah lori Nestle tersebut ke lokasi korang.

PHONE CALL / PM FB
Boleh saja terus hubungi NESTLE Consumer Services di talian 1800-88-3433 atau Private Message (PM) Facebook Rasmi Nestle Malaysia.


Seronok betul minum Nescafe kawww. Masa sekolah dulu kalau Lori Milo datang bukan main berlari-lari kejar. Kalau minum pun, tak cukup 1 cawan. Tak sangka dah tua ni, pun sama masih tak cukup 1 cawan, haha. Okeh jangan lupa mohon. Jika ada kekosongan, memang rezeki koranglah dapat sponsorship pihak Nestle untuk sekolah atau kolej korang! :)


Wednesday, February 5, 2020

Oh My Jawi

February 05, 2020
Oh My Jawi! | Ya ampun, gila tergelak aku baca posting facebook Nurul Dahlya Alias ni tadi. Mana tak tergelak weh, macam-macam salah baca, bunyi jadi lain, buat orang konfius dan trauma je dengan bunyinya, hahahahaha.

Kisah pasal tulisan jawi sebenarnya, apabila teks khutbah di dalam tulisan jawi, ditulis oleh orang lain, dan dibacakan oleh orang lain. Bermacam tulisan keluar, mungkin untuk yang biasa tak ada masalah sangat, tapi untuk certain term, like words in english pun ada hentam dijawikan, memang kelako.

Sorrylah, aku tergelak kuat gila macam tengok Running Man. Serius, untuk yang baca dengan hati terbuka dan tenang memang rasa kelakar gila.

Negeri Sembilan

Kedah

Perak

Kelantan

Terengganu

Perlis

Pahang

Perak & Melaka

Kesian pembaca khutbah. Mesti dah berdebar bila jumpa perkataan 'pelik' dalam khutbah. Tak baca kang macam tak lengkap. Bila baca keluar jadi bunyi pelik. Hehehe. Tapi pengajaran untuk kisah ini adalah .....
Yessss, perdalamkan pengetahuan jawi kita. Biasakan menulis dan membaca jawi macam kita menulis dan membaca bahasa melayu & english. 

Aku tergelak, but at the same time terasa jugak tau! Sebabkan, aku rasa dah lama gila tak baca jawi, kalau jumpa artikel tulisan jawi, yes aku boleh baca tapi merangkak macam budak tadika. Ohemji... Patut aku rasa bila tulis nama sendiri dalam jawi, macam buruk je tulisan?

Kalau tulis pulak, I believe expert jawi akan nampak tulisan aku something wrong macam aku biasa nampak orang salah eja 'putih' as in 'puteh'. Padahal masa sekolah dulu bukan main masuk pertandingan khat lah, buku nota sekolah agama pun sentiasa menulis jawi.

Oh dah jumpa masalahnya...
Habis sekolah agama terus habislah bahan bacaan jawi aku ..... 

Sebelum ini aku suka baca ada column in one of paper, tak ingat paper apa. Tapi dia ada column for jawi. Artikel ditulis dalam jawi. And I enjoyed reading it very much. 
Eventhough 1 page nak habis baca ambil masa 10 minit jugak (terhegeh-hegeh betul kan), ekekeke. But I enjoyed it very much.

Now dalam phone pun dah boleh set tulisan Jawi rupanya. 
Aku tak tahu pun okeh. Gila ketinggalan.
Eh jap, dalam Words pun dah ada kan? Macam ada ternampak blogger mana entah share shortcut for Jawi in Words. Hm..
Ini pun aku ketinggalan ke?

Tapi masih tak terlambat untuk revive our skill okeh! Jom memartabatkan tulisan Jawi. Tak kan selamanya nak martabatkan Times New Roman atau Verdana saja?

Atau Calibri.
Atau Arial.

Eh banyak pulak.


Tuesday, February 4, 2020

Don't Take Everyhing for Granted!

February 04, 2020
Masuk hari ini dah hari ke-12 abah warded. Bermula dengan rasa sakit melampau 1 muka, pergi ke klinik dapat sebeban pain killer untuk dimakan, pun tak dapat meredakan sakit yang abah rasa.

Jadinya, hari seterusnya terus Eja dan mak bawa abah ke Kecemasan Hospital Kajang.


Tak ingat ini malam ke berapa? Malam kedua rasanya di Hospital Kajang ni. Yang kelakar mak segan nak maklumkan kawan-kawan, even adik beradik sendiri yang abah warded.

Siap tanya, macam mana nak update status dalam whatsapp kata kita dah 2 hari ada kat hospital? 

Iyelah, orang yang datang melawat kan membawa rezeki, membawa bersama doa-doa semoga kita cepat sembuh. Harap sangat ada antara doa yang sampai itu makbul, cepat abah sembuh dan cepat balik rumah.


Abah didiagnos resdung teruk (sinus dalam term perubatan), dan suddenly penglihatan mata kanan terjejas dan kelopak mata kanan tertutup. I mean, literally 24 jam tertutup. Mata kiri Alhamdulillah ok.

Oleh sebab pakar mata (ophthalmology) takde di Hospital Kajang, dan pakar mata yang seen case abah juga adalah dari Serdang, hari ketiga dalam pukul 6 petang transfer pula kami ke Hospital Serdang.

Aku baru tahu rupanya Hospital Kajang ni, hospital daerah rupanya? Bukan hospital besar? 

Punyalah ramai umat manusia sampaikan dalam wad, katil penuh sampai ke lorong pejalan kaki penuh katil. Jarak antara katil sebelah pun muat-muat 1 kerusi plastik je. Punyalah serius tahap padatnya wad hari tu.

Tapikan, walaupun padat, banyak perkara positif yang aku nampak di situ. Antaranya ...
- Nurse sentiasa ada di wad. Bukanlah maksud aku nurse hilang, no no no. Oleh sebab dalam 1 wad ada ramai pesakit, nurse sentiasa round wad. Jadinya mudah nak panggil in case anything happen. 
- Walaupun workload tinggi (hospital kerajaan kut, always having high workload), tapi nurses ok sangat. Cheerful, sangat attentive. 
- Mudah nak park kenderaan.
- Waktu melawat yang lebih lama.

Dan well, siapa kita nak minta lebih-lebih bila mana yang kita pergi tu adalah hospital kerajaan, betul tak? 


Sekarang ini berkampung di Hospital Serdang pula. Dah hari ke-12 pun. 

Syok masa mula-mula masuk sebab depan hospital banyak food truckkkkkk! Kedai pun banyak. Perasaan nak menyoping tu bukan main. Malam pertama kat sini pun, aku dah menyoping 2 beg plastik air dan kudapan malam. Hahahahaha.

Sini walaupun Wad Kelas 3 tapi lebih selesa Alhamdulillah. Sebelah katil boleh bentang toto nak tidur ramai-ramai (kalau bolehlah) heh. Nurses pun ramai. Ok sangat juga.

But again, apa yang nak seronok sangat bila abah ko terbaring macam tu? Kena drip air, masuk antibiotik sampai demam-demam sebab antibiotik kuat sangat. Well, takde yang seronok pun sebenarnya. Tambah lagi mak yang sentiasa teman abah siang malam.

Conclusion doctor untuk kes abah adalah..
- Kuman resdung (dah merebak hingga ke tulang hidung)
- Diabetic

Punca penglihatan bermasalah. Sungguh, terkejut juga sebab kami, abah lebih-lebih lagi berharap yang ...... Ada harapan untuk kesembuhan. 

Entahlah. 
Semoga semuanya dipermudahkan dan kami dapat melihat ibrah yang tersembunyi di sebalik semua yang terjadi. Moga ujian ini menguatkan kami dan menjadi peringatan...

Jaga kesihatan baik-baik. Don't take for granted everything yang Allah beri. Semuanya hanya pinjaman.

Doakan abah aku cepat sembuh dan boleh kembali ke rumah ya!

Bateri kereta weak lagi

February 04, 2020
Bateri kereta weak lagi. Bateri kereta kong | Pagi-pagi berkejar nak masuk kerja, kereta tak nak hidup. Aduhai... Dah terkena lagilah ni, bateri kereta weak / kong, terus rasa pagi-pagi nak jadi king kong. Hahahaha.

Bateri kereta weak lagi
Gambar takde kaitan haha

Sebenarnya, dah terkena minggu lepas sekali, pagi-pagi nak masuk kerja bateri weak. Tapi settle masalah bila buat jumper dengan kereta Eja. Enjin hidup dengan mudah. Tapi pagi ni, bila je nak start enjin memang tak boleh start. Petanda betul.

Eh bengkek je hati sebab bateri tu baru pakai setahun lebih. Walaupun aku tahu, hayat bateri kereta ni standardlah pakai setahun lebih mostly kong terus.

Tapi aku tukar dari bateri sel kering ke sel basah. Dan biasanya bateri sel basah bertahan lebih lama dari sel kering ..... Jika ......

Dengan penjagaan yang sesuai, seperti sentiasa jaga paras elektrolit berada di paras yang sepatutnya (tambah air lah term paling senang. Tapi bukan tambah air masak tu hahahaha).

Awal-awal semasa baru beli kereta, Perodua bagi 3 tahun service free, jadinya setiap kali service memang technician Perodua monitor paras air bateri. Kalau kurang diorang tambah.

Itu sebab bateri masa tu bertahan menjangkau sehingga 4 tahun penggunaan tanpa masalah.

Dah habis service free, kena jaga sendiri hah ambik kauuuuuuu. Baru balik KL 3 tahun, masuk ni dah kali ke - 3 tukar bateri baru 😅

Sepatutnya awal lagi bila dah terkena minggu lepas untuk beli bateri baru. Tapi bertangguh. Nampaknya terbang lagi duit hari ni. Huhuhu. 

Inilah yang orang cakap, mengajar ketam berjalan. Dalam kelas hari-hari ajar tips penjagaan kenderaan. Jaga air bateri. Periksa keadaan tayar. Sekali yang tukang ajar ...... Bateri kereta sendiri hidup segan mati tak mahu .... Ini  kes bukan pasal tak tahu, tapi kes pemalas. Ya ampun ...


Tips Mengesan Bateri Kereta Hampir Kong / Weak


Setelah beberapa kali mengalami benda yang sama, ada beberapa tips yang aku boleh kongsi sekiranya bateri kereta kita hampir kong / weak. Janganlah jadi macam aku ye, sampai 2 kali terkena pagi-pagi nak pergi kerja. 

1) Range km & bar minyak tak tally
Boleh tengok kalau selalunya isi minyak full tank, 8 bar range km selalunya dalam 485km, tiba-tiba tak dapat range km lebih kurang sama, there's must be something wrong with your battery. Dah nyawa-nyawa ikan lah tu!
2) Start enjin, simbol bateri tak hilang
3) Bila nak start enjin (kereta yang still pulas kunci, bukan push start button), time nak pulas kunci tu enjin susah nak start.
4) Bateri menghampiri setahun setengah penggunaan? Haaaa, silakan lebih alert keadaan bateri.

Sampai je office terus minta kawan tolong tengokkan bateri dan alternator. Takut alternator yang problem tak boleh charge bateri. Tapi yang pasti ...... memang duit berterbangan hari ini ...........

P/s: Nasib baik pam angin tayar kereta tak malas. Setiap minggu cek angin haha.


Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *