Baiklah.. Sambung dari cerita Kedai Kerepek Paroi Jual Bermacam Produk Bumiputera. Habis memborong barulah nak kembali ke pangkal jalan. Perancangan asal nak ke rumah ni dari pagi katanya. Tapi gerak dari Semenyih pun dah pukul 9 pagi. Lepas tu menyinggah lagi Kedai RM2, FamilyMart (breakfast FamilyMart uols. Tak beragak hahaha) dan Mr. DIY.
Breakfast FamilyMart katanya..
Sampai Paroi menyinggah pula Stadium Paroi dan Kedai Kerepek Paroi. Ya ampun. Berapa banyak tempat penyinggahan daaa?
Sampai je rumah 1 lagi, siap buka pagar aku pun reverse lah kereta. Nak masuk reverse lah senang bila nak keluar nanti. Selalunya pun kalau pergi mana-mana memang style aku suka reverse parking. Jarang sangat nak parking depan. Sebab memikirkan bila nak keluar nanti tertinjau-tinjau tengok belakang, kakak malaslah. Kadang-kadang dapat pula sebelah kita kereta besar tinggi, terus tak nampak belakang bila reverse. Jadinya dah terbiasa parking reverse.
Tapikan ... Haha. Gelak dulu jap.
Lupa pula depan rumah tu ada lubang longkang tak bertutup! Penutup longkangnya ada je dalam rumah, tapi sebab jarang datang situ kami tak letak pun penutup longkang tu. Ini semua gara-gara pemaju lah ni nasihat kata kalau jarang datang baik simpan dulu penutup longkang. Nanti kalau hilang kena curi diorang tak ganti baru dah.
Itu sebab penutup longkang pun simpan dalam stor macam hadiah kahwin hahaha. Dah lah lubangnya besar. Setakat tayar Myvi 16 inci rim, kalau termasuk tayar tu kena juga panggil 5,6 orang brader sado tolong tolak keluar. Naya je...
Terus mak keluar jadi penunjuk arah nak masukkan kereta cantik je dalam parking, hehe. Kiri kanan depan belakang depan belakang. Kiri sikit. Luruskan tayar.
Fuh syukur selamat kereta Myvi itu masuk dalam parking. Cuba cakap, mana nak dapat mak mertua sporting kayak gini deh? Ekekekeke.
[Baca juga] : Terjojol Biji Mata Miss Awak....
Fuh syukur selamat kereta Myvi itu masuk dalam parking. Cuba cakap, mana nak dapat mak mertua sporting kayak gini deh? Ekekekeke.
Keluar kereta angkat handbag teruslah nak buka pintu rumah dulu. Barang kemudianlah baru bawak keluar.
Tapi bila masukkan kunci, pusing-pusing eh kenapa sangkut separuh ni?
Mak kata itulah tak baca Bismillah... Selawat sekali tau!
Bismillah... Selawat sekali kita try pusingkan kunci lagi sekali. Masih sangkut.
Padahal nak buka pintu aje pun, siap terkeluar peluh jantan. Over sangat.
Bila aku tak berjaya buka pintu, okeh mak take over. Baca Bismillah kemudian doa-doa. Terkumat kamit tau sambil-sambil pusing kunci rumah itu.
Cuba teka berjaya ke tak?
Tak berjaya juga wak. Aduh. Dah terkeluar peluh jantan pakej mengantuk hasil makan-makan tadi, tapi tak boleh masuk rumah. Macam mana ni? Dekat mana nak crash landing? Nak balik Semenyih balik ambik masa 45 minit jugak. Dengan barang penuh kat seat belakang lagi.
Kita bawa dari Semenyih, dan bawa balik semula ke Semenyih? Dah macam duit gaji pula kan? Dari bank dia datang, kepada bank dia kembali kahkahkah.
Misteri sangat tombol pintu ini. Padahal hari Khamis sebelum tu baru je datang. Baru beza beberapa hari. Tapi dah buat hal. Sengaja biar tuan dia tersadai kesian.
Akhirnya kami buat keputusan singgah rumah kakak, mak 3 anak buahan maneh di Senawang. Singgah solat dan tumpang simpan segala kipas dan lampu yang dibawa.
Kelakar betul perjalanan kami hari tu. Memang hari menguji kesabaran betul, tapi benda boleh bawak bincang buat apa nak marah-marah ye tak? Tengok mak pun steady je gelak-gelak aku pun gelaklah hihihi.
Well takpe. Nanti kita sambung cerita how we manage untuk masuk juga ke dalam rumah okeh 😉
Akhirnya kami buat keputusan singgah rumah kakak, mak 3 anak buahan maneh di Senawang. Singgah solat dan tumpang simpan segala kipas dan lampu yang dibawa.
Tumpang rumah 3 anak buahan maneh ini lah.
Kelakar betul perjalanan kami hari tu. Memang hari menguji kesabaran betul, tapi benda boleh bawak bincang buat apa nak marah-marah ye tak? Tengok mak pun steady je gelak-gelak aku pun gelaklah hihihi.
Well takpe. Nanti kita sambung cerita how we manage untuk masuk juga ke dalam rumah okeh 😉
Aik macam mana boleh tak masuk? Macam misteri nusantara pulak.
ReplyDeleteLock pintu sangkut. Kena goncang-goncang baru boleh 😂
DeleteKelakar pun ada kesian pun ada. Macam mana tak boleh bukak pintu tu? salah kunci ke? heheeh
ReplyDeleteKunci betu. Lock pintu yang sangkut 😂. Kena goncang pintu baru berjaya. Stresssss
Deletehuhuhu dapat di rasakan betapa santai perjalanan korang cuma time nk masuk rumah tu aduhai mmg berpeluh2 maklum dh penat berjalan seawal pagi tuh kan... cepat-cepat cerita macam ne boleh masuk rumah tu
ReplyDeleteKenyang + mengantuk sebenarnya masa tu itu yang stress mana nak landing ni? Hahaha
Deletenasib baik boleh bawa bincang...
ReplyDeletenerves juga baca artikal ini
Ala, janganlah neves. Tak dapat nak tolong nanti haha
Deletekesiannya.
ReplyDeleteKan! Hehe.
DeleteIf it was me I would be panic.
ReplyDeleteKami panic jugak kat luar tu. Menitik peluh sampai stress..
Deleteooh dh settle leh bukak mangga kunci rumah tu erk., hehehe adelah hikmah semua tuuhh
ReplyDeleteBetul lah tu wak. Everything happen for a reason..
DeleteKunci ni pun taknak bagi kerjasama pulak kan..nak suruh tuan rumah berjalan lagi tu. Hihi
ReplyDeleteKunci ni memang, entah kenapa. Esoknya elok pulak haha..
DeleteKedai kerepek Paroi ni Mrs. A sendiri pun belum pernah pergi lagi tapi selalu kirim kat member office.
ReplyDeleteDah penat-penat parking nak masuk pulak tak dapat adehhh! kalau Mrs. A boleh hangin satu badan tu huhuhuhu...
Hangin betul masa tu, pakej peluh menitik penat. Memang buat stress je..
Deletemesti panik sekejap kan? penah kena dulu kat rumah lama.... rs nk melaung je ms tu hehehe
ReplyDeleteKalau melaung lepas tu ada yg menyahut lagi gabra 🤣
Delete