Sunday, January 5, 2020

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan | Hai. Hari Ahad datang lagi dan macam biasa, hari Ahad akan ada 1 resepi yang simple, mudah dibuat, bahan pun senang nak cari, confirm menjadi dan confirm sedapppp.

Masak lemak cili api style nogori biasanya tak menggunakan bawang merah. Tapi kadang-kadang masak masuk juga tok nenek bawang tak salah pun. Namanya masih lagi masak lemak cili api.

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API DENGAN REBUNG STYLE NOGORI

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan

Daging salai ni antara menu kegemaran family. Sama juga dengan ikan keli salai. Eh, kiranya menu salai masak lomak memang kegemaran. Dah namanya orang nogori sembilan kan? Hehe.

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan

RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API DENGAN REBUNG STYLE NOGORI


Bahan-bahan : 
- Daging salai 300g
- Rebung 3/4 cawan
- Serai 2 batang
- Cili api 1 genggam *ikut kepedasan yang dikehendaki
- 1 inci kunyit hidup
- Asam keping 2 
- Santan kotak kecil 1
- Santan cair 1 cawan
- Garam secukup rasa



Cara buat :

1) Rebus daging bersama serai dan segenggam cili api ditumbuk bersama kunyit hidup. Cili api boleh dikurangkan atau dilebihkan ikut tahap kepedasan yang dikehendaki.
2) Rebus hingga daging empuk dan air sedikit kering. Jika air dah kering daging masih belum empuk, tambah air dan rebus lagi.
3) Semasa rebus, masukkan asam keping.
4) Setelah daging empuk, masukkan  santan pekat. Tambah kunyit serbuk jika warna kuah lemak kurang pekat.
5) Tambah santan cair.
6) Sambil itu sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak.
7) Kuah menggelegak, masukkan rebung.
8) Agak-agak rebung masak, masukkan garam secukup rasa.
9) Masukkan daun kunyit yang diracik (sekiranya ada).

Siap.

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan
Cari mangkuk cantik, mangkuk Corelle ini aje yang paling cantik kakak jumpa. Bolehlah kan ekekeke.

Senang aje kan? Sekejap je nak masak lemak cili api, yang lama sikit masa nak rebus daging salai. Itu pun takdelah lama sangat sebab daging yang disalai ni, selain ada aroma salai yang sedap, biasanya tekstur lebih lembut berbanding daging biasa.

Kalau tak suka rebung, boleh gantikan dengan pucuk ubi atau sayur lain. 

12 comments:

  1. Suja juga masak daging salai masak lemak cili api.

    ReplyDelete
  2. Sedap kan..kalau salai sendiri daging tu dengan sabut dan tempurung kelapa, lagi wangi bau salai dia tu tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh yang itu memang super power sedap dia kak

      Delete
  3. sedapnyaaa. ray dah lama tak makan daging salai.

    ReplyDelete
  4. Lauk paling sedap. Lagi sedap di masak pedas dan dimakan panas-panas lepas masak tu. bertambah nasi camni Sha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, memang bertambah-tambah nasi dibuatnya 😁

      Delete
  5. sedapnya, lagi lah masak style nogori mesti meletup rasa lemak pedas nya... akak suka

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa kalau dpt nasi panas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu pair kan dgn sambal belacan & ulam timun, fuh terbaik.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *