Wednesday, January 1, 2020

Program Sarapan Percuma (PSP) bagi Murid Sekolah Rendah Bermula Januari 2020

Program Sarapan Percuma (PSP) bagi Murid Sekolah Rendah Bermula Januari 2020 | Hai. Assalamualaikum. Happy new year 2020. Selamat tahun baru 2020 🎉🎉. Alhamdulillah, dipanjangkan usia ke tahun 2020, wawasan 2020 yang sering didengari sedari kecil dahulu.

Dan seperti biasa, menjelang tahun baru semestinya banyak urusan para ibu bapa harus selesaikan. Hal-hal persekolahan, yuran dan buku sekolah. Tak menang tangan kan?

Dalam tak menang tangan tu, ada juga program baru yang dilaksanakan kerajaan yang memberi kebaikan kepada murid-murid. Murid sekolah rendah sebetulnya. 

Program Sarapan Percuma (PSP) bagi Murid Sekolah Rendah. Rasanya rata-rata ibu bapa dah tahu mengenai program ini yang akan bermula mulai 20 Januari 2020 ini.


Program Sarapan Percuma (PSP) bagi Murid Sekolah Rendah Seluruh Negara

Program Sarapan Percuma (PSP) bagi murid sekolah rendah merupakan inisiatif terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan makanan berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan gaya hidup sihat yang meransang tumbesaran.

PSP akan dilaksanakan menggunakan mekanisme Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedia ada dan penyediaan PSP oleh pengendali kantin sekolah yang terlibat.

Program Sarapan Percuma (PSP) bagi Murid Sekolah Rendah Fasa Pertama Bermula 20 Januari 2020

Pelaksanaan PSP Fasa Pertama akan bermula 20 Januari 2020 ini melibatkan 100 buah sekolah di seluruh negara berdasarkan keutamaan sekolah yang mempunyai peratusan murid B40 tertinggi di setiap negeri.

Maklumat Lanjut Mengenai Program Sarapan Percuma (PSP)
Program Sarapan Percuma (PSP) bagi Murid Sekolah Rendah Bermula Januari 2020

Program Sarapan Percuma ini akan bermula diantara jam 7 pagi hingga 8.30 pagi bagi sesi pagi. Manakala bagi sesi petang, PSP akan bermula diantara jam 12 tengahari hingga jam 4 petang.

Alhamdulillah, selepas ini ibu bapa boleh menarik nafas lega kerana dengan pelaksanaan PSP, anak-anak akan mendapat sarapan yang seimbang dan sihat.

18 comments:

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah tak sabar tunggu bila program ni nak dimulakan kat sekolah anak2 ^_^

    ReplyDelete
  2. Bagus sangat program sarapan percuma diadakan. Sekurnag kurangnya anak anak merasa sarapan yang sihat. Kadang2 ada ibu bapa yang tak sempat sediakan sarapan anak anak. Bila ada program macam ni sedikit sebanyak membantu murid murid dapat sarapan sebelum mula sesi belajar

    ReplyDelete
  3. Ada lagi program makanan tambahan tapi dengan penambahbaikan yang baru.

    ReplyDelete
  4. harapnya lepas ni kurang la gejala buli untuk mintak duit atau pau duit dari kawan sebab nk beli makanan... moga bermanfaat program ini kepada semua

    ReplyDelete
  5. harapan dpt lah budak2 tu bersarapan dgn menu berkhasiat

    ReplyDelete
  6. tak pasti program ni akan dijalankan atau tidak sbb Dr Maszlee dah letak jawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Abam Kie. Mengejut betul pengumuman tu padahalkan tweet Dr Maszlee beberapa jams ebelum tu tak menampakkan nak letak jawatan. Hmm. Semoga dipermudahkan kita semua ni. Dahlah sekolah baru bermula, panjang lagi agenda pendidikan negara....

      Delete
  7. Kalau ada alhamdulillah...bagus untuk anak2 sekolah rendah kan...x tau la jadi ke tak nak di implement kan...dengar macam x jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar-dengar pun macam tu. Lagi-lagi bila Dr. Maszlee dah takde ni. Entah diteruskan ke tidak idea ni...m

      Delete
  8. alhamdulillah.. harapnya program sebegini dilaksanakan secara berpanjangan dan setiap tahun tanpa henti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah program ni jadi ke tak. Pelopornya dah takde dlm kementerian 😔

      Delete
  9. Bagus sangat ada program ni. Kurang belanja dan lebih sihat dengan makanan yang lebih berkhasiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Semoga lepas ini ada lagi program yang mendatangkan kebaikan untuk pelajar..

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *