Thursday, January 30, 2020

Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan

Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan | Hai. Kalau singgah rumah di Ampangan ni, selalu juga kami makan tengahari di Medan Selera PSMA yang terletak betul-betul berhadapan dengan UTC Ampangan Seremban.

Jangan konfius ya. Nama UTC tersebut memang UTC Seremban, tapi ia terletak di Ampangan, itu yang kadang-kadang tersasul panggil UTC Ampangan hahaha. Ala, asalkan orang faham kan? 

Sebenarnya kalau nak lunch, sekitar Seremban dan Ampangan memang banyak tempat makan menarik. Cumanya selalu singgah disini sebab ada banyak pilihan lauk dan dekat sangat dengan rumah. Lepas tu yang best sebab dah ada harga siap-siap untuk 1 mangkuk lauk. Memang boleh sangat bajet harga makanan sendiri. 

Oh kenapa tak masak kat rumah sendiri kan? 
Jawapannya sebab rumah tu memang tak beli dapur gas lagi hahaha. Jadinya kalau datang memang bawak diri dan bawak makanan untuk ditelan. Dan perasan tak macam makin kurang gambar selfie kalau entry makan-makan?

Sebabkan sekarang selalu kalau makan mesti dengan mak. Dah 2,3 kali mintak mak ambik gambar kita, gambar tu jadi macam ...... er perlukan retake lagi? Kesian pulak mak, nak makan tercekik-cekik sebab anak dia asyik mintak ambik gambar. Sebelum kena sembur kari ikan baiklah kita ambik gambar mak sajaaaaa hihihihi.


MEDAN SELERA PSMA AMPANGAN SEREMBAN

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan

1 barisan lauk dah siap-siap cedok dalam mangkuk dan wrap. Harga dah siap tulis atas plastik tinggal pilih nak banyak ke sikit. Selalu yang main cedok tu kadang-kadang bila tanya harga boleh buat terkejut juga kan? Hihihi.

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan

Ada lagi baris sebelah ni. Tapi yang baris ni lauk cedok. Harga ada dipaparkan juga. Kebanyakan lauk baris sebelah ni sayur dan side dish. Kalau Korean panggil banchan. Ala nak juga ajar bahasa Korea walaupun tahu yang itu je kahkah.

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan
Ayam goreng pedas.
Tak tipu tau pedas dia.

[Baca juga] :

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan

Okeh hari tu masa singgah lunch kami ambik sambal sotong, kari ikan tenggiri dan ayam goreng. 

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan
Sambal sotong.
Sotong besar gedabak. Aku suspek saiz sotong ni saiz yang biasa dapat kalau mencandat sotong. Rasa sambal oklah cukup rasa dan sotong takdelah liat. Mak masa tengok aku ambil lauk ni dah kerut dahi.

"Tak liat ke sotong tu nanti? Besar tu"
Turns out ok je takdelah liat sangat. Ok je bila gigit dan kunyah. Tapi yang lemah gigi mungkin boleh pilih lauk lain rasanya....

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan
Kari ikan tenggiri mak.
Dalam kari ini ada biji sawi. Aku kurang suka kari yang ada biji sawi ni. Bila dah kaut kuah letak dalam nasi, terkebil-kebil mata ai nak asingkan biji sawi huhuhu. 

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan

Ayam gorengggggggg. Suka gila beli even ayam goreng dia versi pedas berdesing.  Kalau anak buah aku makan asyik bersulam air je level pedas dia. Tapi best sebab crunchy. Itu sebab ulang-ulang beli ayam goreng je.

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan
Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan

Sini nak kata wow sangat takdelah. Biasa je. Ikan / ayam bakar takde. Lauk nogori macam masak lemak cili api, tempoyak daun kayu dengan ayam ada lah. Kiranya yang suka lauk kampung ok makan kat sini. Cuma yang aku suka sebab ada banyak pilihan lauk, dan harga dah siap-siap ada. Jadinya boleh bajet siap-siap apa yang kita makan dengan harga makanan. 

Yang tersesat sampai ke UTC Seremban kalau pening fikir kat mana nak lunch mungkin boleh consider ke sini okeh. Lokasi dia betul-betul berhadapan (seberang jalan) UTC Seremban.

Medan Selera PSMA
Bandar Baru Ampangan,
70400 Seremban
Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (10) food (105) Lifestyle (82) Personal (70) Resepi (37) Tips blogging (38) travel (51)

Contact Form

Name

Email *

Message *