Tuesday, January 7, 2020

Akhirnya ..... HayYan HuDa Opah's Kitchen, Temiang

Akhirnya ..... HayYan HuDa Opah's Kitchen, Temiang - Tempat Makan Menarik di Seremban | Ok janji. Ini episod terakhir cerita Tak Dapat Masuk Rumah semalam. Lepas tak berjaya nak pusing habis kunci, singgah rumah kakak hingga Maghrib dan selepas itu balik Beranang terus. 

On the way balik dah terfikir-fikir, nak tunggu hari Sabtu ada beberapa hari lagi. Kalau betul tombol pintu rosak, nak kena report ke pemaju, lepas tu nak kena datang semula nak tunggu kontraktor siapkan kerja, fuhhh jenuh!

Dalam masa yang sama, teringat juga kerja kat office pun boleh tahan disebabkan student dah masuk balik. Semester ni dapat 2 kelas. 1 kelas ada 30 orang. Lenguh nak menanda kertas diorang 😂. Jadinya berbelah bahagi ni nak monteng (cuti) ke tak esoknya ni.

Esoknya terbangun pukul 6.15 pagi. Selamat tinggallah office dan kerja atas meja sebab confirm jalan jem nak mati. Hari pertama kerja tahun baru, semuanya Thursday blues. Tak kosser nak menyumbang kenderaan buat tambah jem atas jalan, makanya terpaksa rela cuti.

Korang mampu bagi alasan nak cuti macamtu? Hahaha. Dah alang-alang cuti, ajak mak pergi rumah sana lagi sekali. Kali ini datang kita angkut semua kunci spare yang ada, 1 beg goodies tu tau! 

Masukkan kunci yang sama, resultnya tetap sama. Sangkut half way tak boleh pusing. Jadinya kita masuk ikut sliding door lah pulak. Yang first time datang tu, tak bawak kunci sliding door 😂. Rasa nak ketuk kepala atas kesengalan diri sendiri.

Settle masuk rumah (dah tak jadi rahsia how we manage to get in the house haha), test buka dari dalam ...... The door ok aje? Elok lagi tombolnya. The only problem is .... lubang untuk lock tombol tu agak senget. Jadinya setiap kali nak lock / unlock kena tarik tombol ke depan kuat-kuat, baru boleh pusing kunci. Memang membantu lengan untuk menjadi lebih sado selepas ini hahahaha.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Petang sebelum balik Beranang singgah lunch date dengan mak dulu. Kami ke HayYan HuDa Opah's Kitchen di Bukit Temiang Seremban.

Dah lama sebenarnya nak datang makan di sini. Aku dapat tahu dari Google Maps! Hahaha. Sebab memang dah buat list, setiap kali datang singgah rumah sini nak JJCM restoran best. Dan this is one of the restaurant yang rating google ok. TripAdvisor pun bagi rating yang ok juga. Jadinya bawaklah mak soru lunch dulu.

HayYan HuDa Opah's Kitchen Temiang, Seremban

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Pintu masuk.
Jalan nak ke sini pada aku agak seram sikit sebab kecik nau jalannya. Tapi view cantik sebab atas bukit. Parking pun luas.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Dalam takde aircond, tapi angin banyak. Yang memang sejenis makan wajib dalam aircond kena skip lah kut. Interior kemas dan cantik.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Boleh juga nak duduk kat luar belakang itu. View belakang mengadap kebun dan hutan. Okeh apa yang kami makan kat sini?


Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Masuk-masuk je dah nampak meja kek! Ya ampun, kek banyak dan semuanya nampak sedapppppp. Serius nampak sedap. Masa mula-mula masuk dah tuju ke meja kek dulu, tak sempat nak cari kerusi lagi masa ni. Mak siap ronda-ronda meja kek dulu dah aim nak makan kek apa baru duduk.

Tapi jujur aku cakap. Harga kek dah macam harga kek Secret Recipes hehe...

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Menu.
Nampak kan menunya masakan kampung. Fuh masak lemak cili api. Asam pedas. Mula-mula dulu ada nampak kerang rebus, tapi takde pulak. Mata aku silap tengok agaknya.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Mak dan sejenis temptation with brownies, meanwhile anaknya ambil blueberry cake. Mak kata brownies sedap! Rasa dark chocolate. Blueberry cake aku pun sedap. Serius sedap. In between kek ada kekacang & blueberry. Kek lembut & fluffy. Cumanya ... manis sikit (aku kan sejenis kurang makan manis). Kalau yang jenis sweet tooth mungkin takde masalah. Nampak ada durian cheesecakes. Rasa nak tapau bawak balik je tapi kita simpan for next time lah.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
What we ordered.
Nasi 2, sambal sotong, asam pedas daging tetel, ulam dan sambal belacan.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Daging tetel lari jauh dari jangkaan aku. Sorry to say, mana entah tetelnya? Ini macam asam pedas biasa je. Nasib rasa ok. Sambal sotong terbaik sedap! Boleh rasa sambal tu ditumis sampai pecah minyak dan tumis lama. Sedap sambal sotong tu. Macam makan kat rumah sendiri pulak. Sotong pun fresh dan saiz besar.

Sambil makan sambil bercakap pasal pinggan bunga kangkung. Dulu arwah nenek ada  banyak pinggan macam ni. Now adalah dapat dalam beberapa buah pinggan. Cantik pinggan bunga kangkung kan? Klasik tak lapuk dek zaman betul.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Surau juga disediakan di luar.

Sini sesuai untuk orang yang suka bertenang-tenang semasa nak makan. Nak buat birthday party ke, small majlis ke memang sesuai sangat sebab parking pun banyak, nak solat senang. Kek pun banyak pilihan dan sedap. Rasanya specialty memang dessert and kek kut hehehe.

Menu pada aku biasa, comfort food di tempat yang tenang dan cantik. The cakes selection yang win. Don't expect jumpa spagetti atau siakap 3 rasa tau!
Harga? Boleh tengok menu kat atas ya! 

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Will come back again to try another range of cakes. Sedap tau kek dia (walaupun manis sikit)! Aduh craving!

HayYan HuDa Opah's Kitchen
44, Kampung Bukit Temiang
70200 Seremban

Baca juga :
+ Hari Pertama 2020 | Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Viral Stadium Paroi
Hari Pertama 2020 | Kedai Kerepek Paroi Jual Bermacam Produk Bumiputera
Hari Pertama 2020 | Tak Dapat Masuk Rumah!


16 comments:

  1. Menggoda makanan dan kek yang ditunjukkan.
    Rupanya dah tahu camne masuk rumah. Kena bagitau pemaju pintu tombol tu senget ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak report pun yang pintu ni. Nanti nak ketuk sendiri je. Cepat sikit hehe

      Delete
  2. menarik tempat makan tu, kedai nya pun memang cantik paking lak luas... makan kek dulu baru makan nasi yek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek dulu sementara nak tunggu makanan sampai. Keknya pun elok je memanggil-manggil 😁

      Delete
  3. Aduh...lapar tengok hidangan yang best best ni.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah nampak sedapnya.
    Saya suka tengok cake display. Silap2 haribulan semua boleh ada atas table sebab family suka makan cake.
    The restaurant nampak cantik. Very instagrammable

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Memang instagrammable. Even menu biasa je, tapi cakes selection terbaikkkk. Rasanya kalau datang lagi nk makan kek je 😉

      Delete
  5. gambar makanan je mesti rasa terliur hehe..

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap dan selesa. Akan cuba.

    ReplyDelete
  7. aduhai pg2 tgk kek.. I tak tahan. heee nak pi mkn jauh beno tu.
    tombol pintu kt rumah sampai skrg tak baiki dekat 5 thn dh. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aih. 5 tahun tu. Memang catat rekod 🤭

      Delete
  8. Replies
    1. Menggoda jiwa & sedapppp. Chef yg buat pun chef famous jugak.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *