Thursday, January 2, 2020

Hari Pertama 2020 | Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi Viral

Hari Pertama 2020 | Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi Viral | Salam. Hai. Buat apa masa cuti tahun baru 2020? Takkan duduk rumah tengok tv aje kan? Tak mungkinlah kan. Hihi.

Hari Pertama 2020 | Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Viral

Ceritanya, kebetulan cuti tahun baru tu semua ada kat rumah. Amin pun ada balik hari Selasa malam lagi katanya nak sambut new year. Nak tengok bunga api. Yada yada yada. Baliklah ko dik, suka hatilah nak tengok bunga api ke apa. Asalkan pandai jaga diri, ye tak?

Jadinya alang-alang dah cuti, ajak mak pergi rumah 1 lagi nak hantar barang-barang. Kipas dan lampu masih tak lengkap. Same goes with other furniture. Kalau datang sana tido atas karpet je kami wak haha.

Dah siap loading kipas 3 biji dan lampu 4 ketul, bertolaklah kami anak beranak naik Myvi. Bawak barang full pack seat belakang satu kejayaan okeh! Selalunya seat belakang tu kosong je jarang buka pintu sampaikan bila sesekali buka, ada bunyi ehhhhkkkkkk.... ala-ala kucing meraung gitu. 

Tanda-tanda need greasing.

Tengah perjalanan, we decide makan dulu. Sebelum berjuang, kena penuhkan tangki baru rasa hepi hormon endorphine mencanak-canak naik. Bila hepi automatik rasa kita paling lawa hari ini kahkah.

Hari Pertama 2020 | Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Viral
Singgah Stadium Paroi.
Misi mencari Popia Kuala Kangsar sebab katanya the best popia in Seremban. Tapi ada benda kelakor nak mati jadi kat sini. 



Settle parking, kami terus menonong ke barisan khemah depan ni. Yang peliknya tak nampak Gerai Popia Kuala Kangsar? Aku ingatkan cutilah kot hari ni walaupun dah check dalam facebook katanya open. Tak kisahlah kita makan je mana-mana.

Hari Pertama 2020 | Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Viral | Soto Ayam
Mak order soto.

Hari Pertama 2020 | Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Viral | Rojak Kueh
Aku order rojak kueh. Diulangi rojak kueh. Jom makan. Bismillahirrahmanirrahim.

Aik. Rasanya order rojak kueh kan? Bila aku kuis-kuis kuah rojak ke temu pula dengan mee kuning? Aik bila masa kita berjanji untuk berjumpa ye mee? Bila panggil tanya pasal rojak, adik yang datang ambil order tu buat muka blur sambil kata "tu rojak kueh lah tu". Padahal terang-terang aku kuis ada selambak mee. Kahkah. 

Adoi. Pening ko dik. Takpelah. Kakak maafkan. Makan aje lah benda dah siap atas meja. Hmmm..

Dah hujung-hujung nak habis makan, baru mak cakap... Rasanya mak order soto? Tapikan, soto (nasi impit) nya takde. Ade mee je. Tapi kalau tak pasti nak mee sup ke soto, kenapa bergedil dan suun gorengnya lengkap? 

Double kelakor. Triple kelakor bila mak minta teh o panas kurang gula. Yang sampai teh o panas manis berdenting! Hahadoi 😂😂..

Rezeki betullah hari tu. Dahlah tak jumpa Popia Kuala Kangsar, beli cucur udang kedai lain, cucurnya keras. Udang tak nampak 😂. Benda dah beli, kita makan habis je lah...

Dah bayar on the way nak ke kereta baru ternampak another deretan gerai sebelah depan sikit dari deretan gerai tadi. Jadinya kami pun jalanlah saja nak tengok ada jual apa.

Then, baru nampak tulisan Popia Kuala Kangsar... Kahkahkah. Masa ni mak dah gelak kata itulah siapa suruh jalan tak tengok kiri kanan. Menonong je hahaha. Nak beli lagi dah ada cucur udang tadi. Jadinya kensel order.

On the way balik ke kereta, tergelak-gelak aku dengan mak. Takpe-takpe inshaAllah datang lagi kita try sana pulak. 

Panjang pulak cerita ni, nak sambung lagi penat oiii menaip. Next blogpost sambung cerita ni okeh 😉. 

Baca juga :

16 comments:

  1. hahaha mungkin ramai sangat kot sampai adik tu pun pening :D

    https://www.shfyqhazhr.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tak ramai pun masa tu 😔. Tapi mungkin dah rezeki akak dapat hari tu, terima je lah hehe.

      Delete
  2. Hehehe kita yang baca pun tak kering gusi 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂😂 Entahlah, kelakar bila ingat balik. Macam-macam..

      Delete
  3. kalau rojak kueh tu macamne yek? ke rojak yang cuma ada cucur tu yek?
    rasanya budak yg amik oder tu mamai atau mmg jenis asal boleh je... semua yg di pilih semberono je jadinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rojak cucur. Sebab rasa macam tak ngam mee makan dengan kuah rojak. Sekali betul tak ngam rasa dia.

      Delete
  4. Waalaikumussalam. Hehe takpa, dah tau dah jalan nak ke kedai tu, nanti senang la nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Nampak gayanya kena datang lagi 😌

      Delete
  5. Sakit hari je kan mintak lain dapat lain.
    Memang kalau gelabah ni macam-macam venda jadi.
    Insya Allah lain hari dapat makan popia tu. Jangan lupa bagitau :)



    ReplyDelete
  6. Akak pun terkena gak kat gerai tu Sha..hahaha...last nak balik baru nampak gerai popiah depan tu..amenda ntah..dh konyang...x yah la beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Entah kenapa boleh tak nampak deret gerai depan satu lagi. Macam-macam kita ni 😂

      Delete
  7. kadang2 tak faham juga, kita order lain dpt lain mmg kdg2 penjual tak nk layan, dia suruh je mkn apa yg dihidang. Kadang2 tu kita pun redho je sbb mmg thu dorg x kn ngaku salah ambil order..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg siap buat muka blur. Kalau dah macam terpaksa redha je lah makan 😔

      Delete
  8. Hahaha..lain macam kelakarnya. Aduhaii, tanggapan kita dan realiti mereka lain sungguh kan. Popia kuala kangsar tu stall kecik depan kedai tu je. Sini memang selalu ramai orang makan. tapi tak pernah tahu pulak rojak kueh ada mee sekali dan soto tanpa nasi impit tu agak pelik lah kan. Takpe, next time boleh datang lagi beli popia kuala kangsar. jangan order lain lak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya ada bahan yang dah habis tapi kedai tak cakap. Solutionnya bagi je apa yg ada. Agaknyalah..

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (102) Lifestyle (81) Personal (66) Resepi (37) Tips blogging (38) travel (51)

Contact Form

Name

Email *

Message *