Tuesday, January 21, 2020

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya | Settle movie Underwater (2020), jam dah pukul 7 petang. Ingatkan nak balik terus, tapikan nak balik tak jumpa pulak landmark tempat keluar mula-mula dari parking.

Puas tawaf Level LG dari depan ke belakang pusing-pusing dah kenapa pulak ni? Hijab tertutup ke apa? Lepas 2 kali round level LG, Epa tanya orang kat mana  booth Hokaido Bake Cheese Tart. Jenuh tau cari sampai lenguh kaki tapi tak jumpa-jumpa. Padahal sebelum ni 2,3 kali pergi iOi Mall Putrajaya ok je?

Direction orang pun macam lemau sebab sesat gak jalan sampai west wing haha. Tengah jalan west wing ternampak pulak Dolly DimSum! Last aku makan Dolly DimSum masa kat KL entah berapa tahun lepas. 3 tahun rasanya. Tahu-tahu aje tau mata ni. Kebetulan Epa pun craving Dolly, pe lagi jom lah kita masuk memenuhkan tangki. Sebelum tu solat maghrib dulu.

Nak solat pun kan 1 hal hahaha. Rupanya kat LG ni dah ada surau baru. Belakang 7-11 dan Tony Romas laluan dia. Yang kami ni pun blur dah tau kata Tony Romas tapi bila lalu Tony Romas ko main jalan terus je tak masuk lorong tepi tu. 3 kali round okeh baru mendapat cahaya petunjuk masuk sebelah 7-11 itu. Syukurrrr.


Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya | Halal Dim Sum di KL

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya

Yang pertama sampai of course air. Kami order air Watermelon with Lychee dan Sea Coconut Surprise. Sea coconut ni sebenarnya dalam kategori dessert, tapi bedal lah buat minum. Sedap gak.

Kalau buat sendiri nanti boleh cari sea coconut, lychee dan longan dalam tin. Campurkan semua. Siap.

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya

Okeh. Apa yang kami order:
- Szechuan Dumpling
- Crystal Prawn Dumpling
- Egg Custard Bun
- Cantonese Style Noodles
- Har Gao Dumpling
-  Prawn Cheong Fun

[Baca juga] :
Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya

Yang mangkuk besar - Cantonese Style Noodles. Sedap tapi kuantiti besar! Sesuai kongsi 3 orang. Ini pendapat aku, kalau dapat cili potong dan kicap, memang super sedap.

Plate bujur - Prawn Cheong Fun. Sedap! Balutan tu lembut fluffy je.

Plate bulat - Szechuan Dumpling rasanya. Dumpling ni isi dia ayam dan udang. Keliling ada spicy tangy sauce. Sauce pun sedap. Kami siap dip prawn cheong fun dalam sauce ni hihi.

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya
Egg Custard Bun.

Rasanya yang paling aku ingat rasa egg custard ni. Bila gigit, custard melimpah ruah. Fuh. Yang penting makan masa panas memang terbaik. Start sejuk je nanti custard dia pun makin mengeras. 

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya
Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya
Muka kenyang.
Serius lah aku tak pandai pakai chopstick tapi kemain kembang kempis hidung berjalan masuk Dolly. Lepas tu rasanya order sikit je. Tapi bila makan kenyangnya sampai sesak berjalan nak cari kereta hahaha. Masa guna chopstick nak kepit dumpling, dumpling pun boleh lari! 😂

Kesian betul. Itu cara-cara makan dumpling belum makan mee. Tak sanggup memikirkan mee pun lari nanti maka baiklah aku minta sudu garpu.

Lupa nak snap gambar interior Dolly iOi Putrajaya. Cantik dan dan instagrammable sangat. Rasanya semua outlet Dolly interior memang cantik. Pelaburan gitu sebab bila interior cantik, ramai je yang akan snap gambar masuk dalam ig. Dah bagi free marketing, macam apa yang aku buat ni. Eh. Haha.

Dolly ni untuk marhaen seperti aku sekali sekala masuk bolehlah. Nak melepaskan craving rasa original dumpling sedap yang fluffy lembut. Dan satu benda noticed, chinese style dish memang sihat kan? Kurang goreng-goreng. Guna santan apatah lagi. 

Dolly DimSum
LG-82B, iOi City Mall, Lebuh IRC
iOi Resort City, 62502 Sepang
Wilayah Persekutuan Putrajaya

22 comments:

  1. ya ampun, terliur nengok semua menu yang ada tuh,... tengok air tu pun dah tau sedap, sekarang lak musim panas mesti layan minum air buah tu

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan lagi dim sum...hehehe nanti kena cubalah.

    ReplyDelete
  3. jadi senang je makan dimsun yang halal alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa.. tgk egg custard bun tu. ioi mall memang besar. yg penting dpt kembali ke pangkal jln

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Dapat kembali setelah sesat setengah jam pun dah bersyukurrrrr

      Delete
  5. Rezeki sesat tak jumpa tempat letak kereta teruk ke Dolly ye?

    ReplyDelete
  6. baca nie sahaja sudah terliur ..apatah lagi mencuba secara nyata..

    memanng teringin la

    ReplyDelete
  7. sedapnyeeeee lahai ni makan hari2 xpa haha harga je yang buat tersedak.
    tapi berbaloi la sini. kena makan ramai2 sket dgn kawan baru blh order macam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Hari-hari pun syok aih makan, yg x syok harga buat gugur rambut 😂

      Delete
  8. alaaa baru mggu lps g IOI kalau x lps bc entry ni boleh singgah sini

    ReplyDelete
  9. dolly dolly dolly.. teringat nama lagu Bollywood. haha
    busy nampaknya cik shira ni

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (85) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *