Friday, January 3, 2020

Hari Pertama 2020 | Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera

Hari Pertama 2020 | Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera | Ok sambung cerita Tak Jumpa Pula Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi ni. Jangan risau, kalau korang baca blogpost itu korang tahulah part kelakor yang jadi kat situ. Lepas ambil keputusan kensel order popia kami terus balik ke kereta dan zasss cari kerepek pula.

Berpandukan waze, rupanya Kedai Kerepek Paroi Jaya ni dekat sangat dengan Stadium Paroi. Sekangkang kera je jaraknya.


 Kedai Kerepek Paroi Seremban

Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera
Kedai Kerepek Paroi Seremban
Tradisional Food Industries.
415 & 416, Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban Negeri Sembilan.
Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera
Dah masuk dalam kedai baru tahu, rupanya macam-macam produk jualan ada. Bukan kerepek sahaja. Kuih raya pun ada tau! Kalau macam ni punya hal, sepanjang tahun 365 hari lah kita beraya dengan kuih semprit haha!

Mak yang ajak cari kerepek sebenarnya. Persediaan untuk kenduri Eja hujung bulan 2 ni. Kerepek nak letak atas meja makan katanya. Cara cakap tu kan macam banyak nau nak beli. Itu yang kemain survey-survey kedai kerepek. 

Sebelum ni masa raya 2019 kami menyoping kerepek kat Banting. Jauh sebenarnya Banting dari Semenyih tapi sanakan famous dengan kerepek. Makanya semangat ni bawa duit berkepuk (kah! Propa je lebih) nak shopping.

Realitinya jauh sangat okeh! Jenuh nak sampai semata-mata nak beli kerepek. Kegigihan itu harus dihargai bila  kita sanggup drive Semenyih - Banting sambil co-driver sebelah dan orang belakang tidur berjemaah. Balik dari Banting pun tidur berjemaah lagi. Kali ini kakak surrender. Kita cari yang dekat-dekat ajelah ye mak hehe.


[Baca juga] : Pes Soto RnR Pagoh


Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera
Banyak produk Bumiputera. Produk muslim lagilah ada banyak. Dari produk frozen sampai ke kek. Coklat. Pes masakan. Kuih raya. Rempeyek. 

Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera
Kerepek jangan cakaplah. Nak beli bundle 3kg? Nuuuuu atas rak banyak. Pilih je nak beli kerepek apa.

Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera
Pes masakan senang dimasak enak dimakan. Dah macam tagline maggi pulak.

Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera
Homemade & IKS produk banyak juga.

Kat sini kami beli kek coklat, kerepek pisang, kerepek roda. Dan apa entah lagi. Baru sehari dah lupa adehh.. Macam-macam ada, maggi, kicap, sos. Eh semualah produk bumiputera muslim. Sokonglah produk kita!

Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera

Kedai ni, aku percaya nak dekat raya confirm full pack.  Dengan variety of product, memang happy shopping makanan dalam ni. Oh baru ingat, mak ada beli juga keropok ikan. Gelak aku kata mak ni sampai ke sini beli keropok ikan 😂😂.

Settle shopping, masa untuk kembali ke pangkal jalan. Dengan seat belakang yang penuh dengan barang letrik, kita tambah lagi dengan barang makanan dan kerepek. Masuk je kereta disambut bau cucur udang semerbak. Fuh. Jangan main-main, walaupun tekstur cucur udang itu keras kejung tapi bau dia semerbak dalam kereta. Terpaksa beli car perfume baru nak lawan car perfume cap cucur udang.

Okeh. Nanti sambung next blogpost. Tengoklah aku ni, cerita sehari pun boleh pecah berepisod-episod. Layan aje lah kan haha. Till then. 

Baca juga :



14 comments:

  1. Haha sekarang makanan kenduri macam-macam ada. Nak letak kerepek pada meja ya. Selamat berkenduri.
    Oklah tu cite berepisod.Tak sabar nak tahu sambungan.

    ReplyDelete
  2. Kerepek paradise, bestnya! Rugi kalau x borong kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Tapi kali ni borong yg versi kecik sebab nak test rasa dulu.

      Delete
  3. gigih tu sampai ke banting cari kerepek hehehe...

    nasib lah kt paroi pun ada jugak yek, camne kerepek2 yang dibeli tu? ok ke idok... jangan ada yang dapat bau tengik udahla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ni rasa kerepeknya osem 😁

      Delete
  4. tak payah tggu raya nak cari kuih dan kerepek.. support BMF juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang 365 hari setahun boleh pulun makan kuih raya 😌

      Delete
  5. banyaknya kerepek. heaven !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha... kalau dekat mmg ray pegi dah ni

      Delete
    2. Alamak. Jauh ye? Takpe. Confirm area rumah Ray ada banyak juga kedai macam ni 😉

      Delete
  6. Dekat dah ni. Esok lusa boleh pergi. Tak perasan pulak kedai kerepek ni.

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (102) Lifestyle (81) Personal (66) Resepi (37) Tips blogging (38) travel (51)

Contact Form

Name

Email *

Message *