Tuesday, January 21, 2020

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya

January 21, 2020
Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya | Settle movie Underwater (2020), jam dah pukul 7 petang. Ingatkan nak balik terus, tapikan nak balik tak jumpa pulak landmark tempat keluar mula-mula dari parking.

Puas tawaf Level LG dari depan ke belakang pusing-pusing dah kenapa pulak ni? Hijab tertutup ke apa? Lepas 2 kali round level LG, Epa tanya orang kat mana  booth Hokaido Bake Cheese Tart. Jenuh tau cari sampai lenguh kaki tapi tak jumpa-jumpa. Padahal sebelum ni 2,3 kali pergi iOi Mall Putrajaya ok je?

Direction orang pun macam lemau sebab sesat gak jalan sampai west wing haha. Tengah jalan west wing ternampak pulak Dolly DimSum! Last aku makan Dolly DimSum masa kat KL entah berapa tahun lepas. 3 tahun rasanya. Tahu-tahu aje tau mata ni. Kebetulan Epa pun craving Dolly, pe lagi jom lah kita masuk memenuhkan tangki. Sebelum tu solat maghrib dulu.

Nak solat pun kan 1 hal hahaha. Rupanya kat LG ni dah ada surau baru. Belakang 7-11 dan Tony Romas laluan dia. Yang kami ni pun blur dah tau kata Tony Romas tapi bila lalu Tony Romas ko main jalan terus je tak masuk lorong tepi tu. 3 kali round okeh baru mendapat cahaya petunjuk masuk sebelah 7-11 itu. Syukurrrr.


Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya | Halal Dim Sum di KL

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya

Yang pertama sampai of course air. Kami order air Watermelon with Lychee dan Sea Coconut Surprise. Sea coconut ni sebenarnya dalam kategori dessert, tapi bedal lah buat minum. Sedap gak.

Kalau buat sendiri nanti boleh cari sea coconut, lychee dan longan dalam tin. Campurkan semua. Siap.

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya

Okeh. Apa yang kami order:
- Szechuan Dumpling
- Crystal Prawn Dumpling
- Egg Custard Bun
- Cantonese Style Noodles
- Har Gao Dumpling
-  Prawn Cheong Fun

[Baca juga] :
Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya

Yang mangkuk besar - Cantonese Style Noodles. Sedap tapi kuantiti besar! Sesuai kongsi 3 orang. Ini pendapat aku, kalau dapat cili potong dan kicap, memang super sedap.

Plate bujur - Prawn Cheong Fun. Sedap! Balutan tu lembut fluffy je.

Plate bulat - Szechuan Dumpling rasanya. Dumpling ni isi dia ayam dan udang. Keliling ada spicy tangy sauce. Sauce pun sedap. Kami siap dip prawn cheong fun dalam sauce ni hihi.

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya
Egg Custard Bun.

Rasanya yang paling aku ingat rasa egg custard ni. Bila gigit, custard melimpah ruah. Fuh. Yang penting makan masa panas memang terbaik. Start sejuk je nanti custard dia pun makin mengeras. 

Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya
Halal Dim Sum KL | Dolly Dim Sum iOi City Mall Putrajaya
Muka kenyang.
Serius lah aku tak pandai pakai chopstick tapi kemain kembang kempis hidung berjalan masuk Dolly. Lepas tu rasanya order sikit je. Tapi bila makan kenyangnya sampai sesak berjalan nak cari kereta hahaha. Masa guna chopstick nak kepit dumpling, dumpling pun boleh lari! ๐Ÿ˜‚

Kesian betul. Itu cara-cara makan dumpling belum makan mee. Tak sanggup memikirkan mee pun lari nanti maka baiklah aku minta sudu garpu.

Lupa nak snap gambar interior Dolly iOi Putrajaya. Cantik dan dan instagrammable sangat. Rasanya semua outlet Dolly interior memang cantik. Pelaburan gitu sebab bila interior cantik, ramai je yang akan snap gambar masuk dalam ig. Dah bagi free marketing, macam apa yang aku buat ni. Eh. Haha.

Dolly ni untuk marhaen seperti aku sekali sekala masuk bolehlah. Nak melepaskan craving rasa original dumpling sedap yang fluffy lembut. Dan satu benda noticed, chinese style dish memang sihat kan? Kurang goreng-goreng. Guna santan apatah lagi. 

Dolly DimSum
LG-82B, iOi City Mall, Lebuh IRC
iOi Resort City, 62502 Sepang
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Monday, January 20, 2020

[Selesai] Embedded Comment Blogger Blogspot Not Working

January 20, 2020
(Selesai) Embedded Comment Blogger Blogspot Not Working / Problem Fixed! | Hai. Beberapa hari lepas aku berhadapan dengan masalah embedded comment di blogspot yang tidak sync dengan akaun google.

Agak pelik juga kerana tiada masalah semasa daftar masuk ke dashboard blogger dan publish entry  juga tidak bermasalah.

Hanya ketika mahu membalas komen, ruangan komen tidak pop up pilihan sign in akaun google. Hanya detect sebagai ananymous atau perlu pilih input nama dan alamat url. 

Embedded Comment Blogger Blogspot Not Working / Problem Fixed!
Paparan setting comment embedded


Kelebihan setting embedded comment berbanding setting komen yang lain (full dan pop up) adalah, kita boleh reply secara terus komen-komen pengunjung blog. Berbanding setting full dan pop up, komen-komen di blog akan kelihatan dalam 1 barisan ke bawah tanpa boleh reply terus kepada individu yang meninggalkan komen.

Embedded Comment Blogger Blogspot Not Working / Problem Fixed!
Paparan setting comment full atau pop up

(Selesai) Embedded Comment Blogger Blogspot Not Working / Problem Fixed!

Jika bertukar setting komen dari embedded ke pop up atau full, tiada masalah. Akaun google memang boleh detect dan tak perlu daftar masuk blogger pun kerana akaun gmail detected. Yang masalahnya adalah setting embedded.

Embedded Comment Blogger Blogspot Not Working / Problem Fixed!
Tapi jangan risau, rupanya senang saja nak selesaikan masalah ini. Hanya semudah 5 saat.

Pertama, pergi toolbar chrome > Site Setting > Cookies > Enable Third Party Cookies atau untick Block Third Party Cookies.

Ruangan embedded comment blogger blogspot akan kembali seperti biasa. Untuk yang menggunakan setting paparan comment full dan pop up tidak terkesan dengan masalah ini.

Baca juga :
+ Soal Jawab Adsense
+ Amaran Manja dari Adsense
+ Tapis Adult / Matured Content Adsense

Sedikit Spoiler Movie Underwater (2020) Kristen Stewart?

January 20, 2020
Movie Underwater (2020) lakonan Kristen Stewart di GSC iOi City Mall Putrajaya | Sinopsis Filem Underwater (2020) | Hai. Weekend kali ini takde cerita masak sebab tak sempat nak snap gambar. Kelam kabut buat ape entah haha tapi walau kelam kabut, aktiviti makan tetap berjalan lancar. Nak-nak pulak baru lepas gaji kan, laju je kaki jalan cari makan.

Hari Sabtu tu kawan Epa dan adik dia datang rumah. Bermalam satu malam dan plan diorang nak naik Bukit Broga.

[Baca juga] : Mendaki Bukit Broga

Aku? 
Terbabas tido sampai pukul 6.30 pagi, orang dah buka pintu nak keluar baru bangun mana nak sempat kejar. Tak tahulah diorang sempat kejar matahari terbit kat atas ke tak. Aku suspek tak sempat.

Lepas hantar kawan Epa balik, oleh sebab baru pukul 3 petang kami decide nak tengok wayang. 

FILEM UNDERWATER (2020) LAKONAN KRISTEN STEWART

Sinopsis filem movie Underwater (2020) lakonan Kristen Stewart
Image kredit GSC

Sinopsis Filem Underwater (2020)

Filem genre sci-fi ini mengisahkan tentang sekumpulan penyelidik yang harus bertahan dan mencari jalan untuk menyelamatkan diri apabila gempa bumi berlaku dan merosakkan makmal kajian dan stesen cari gali dasar laut mereka.
Kehadiran makhluk misteri merumitkan lagi keadaan mereka yang berada 7 batu di dalam laut.

Favourite genre 
Well, aku memang suka filem-filem genre aksi, sci-fiction macam ni. Another genre adalah tentang angkasa lepas dan bencana alam. Korean film kalau buat movie pasal bencana (disaster) memang nampak real. Dan penceritaan pun lebih dekat ke hati. So tertunggu-tunggu jugak movie Ashfall release. 

Ok, sedikit review untuk movie Underwater ini...
1) Kristen Stewart rambut pendek giler dalam cerita ni. Nampak boyish sangat sesuai watak technician.
2) Ada banyak scene pakai spenda & bra tau. Pleaselah jangan bawak budak sekolah. Eh jap, movie ni rating 18 ke?
3) Pengarah memang suka zoom arah dada Kristen Stewart ke? Tak memasal nampak sangat dada kawan tu...
4) Rupa makhluk misteri yang menjahamkan stesen dan drill bore 6,000kg tak berapa jelas. Tapi nampak besar gila setinggi  bangunan 100 tingkat dan rupa macam sotong kurita?
5) Kalau kebanyakan movie lain bermula dengan keadaan tenang, orang bekerja seperti biasa, movie ni tak. Baru 2,3 minit mula stesen dah kena pressure leak. Terus masuk aksi. Laju.
6) Design underwater suit diorang lebih kurang macam suit angkasa. Ke memang design standard macam tu? Well should be same lah kan sebab aim sama untuk contain oksigen.
7) Dalam setiap movie serius, mesti akan ada 1 orang watak yang lawak sikit, yang jenis cakap lepas. Untuk variasi dan pelepas stress? Yang penting, watak lawak dalam movie ini mati di tengah-tengah. 
8) Yang buat stress, masa awal movie, inhabitant untuk stesen tu dalam 300 lebih. Bila disaster, tinggal 5,6 ketul je yang nak fikir macam mana nak survive? Hmm.
9) Dan underwater station ni ada mother station / hq di daratan. Tak ke something wrong when takde contact langsung for a couple of hours?
10) Movie ni kan sci-fi tapi kadang-kadang masa tengok, bunyi tu macam horror movie ๐Ÿ˜‚
11) Ini antara movie yang watak utama korbankan diri supaya orang lain hidup. Eh. Macam kantoi bagitahu pulak. Tapi puas hati dengan ending even watak utama mati.

Well, yang lain kena tengok sendirilah ok. Untuk movie ini, kakak bagi 3.5/5 bintang.

P/s: Yang kelakar pasal movie ni adalah, aku dengan Epa yakin je nak yang pukul 5. Cashier tekan-tekan skrin, settle pilih seat sekali harga tiket RM48 daaaa. Rupanya terambik seat best. Layan je lah hahaha.

Wednesday, January 8, 2020

How far did u change in the past 10 years?

January 08, 2020
Tadi saja skrol balik ke belakang untuk  tengok entry-entry yang pernah aku buat. Rupanya, aku dah start blogging dari tahun 2011 lagi!

Sendiri tengok, sendiri terkejut tau!

Rupanya dah nak hampir 10 tahun blog ini wujud rupanya. Tak sedar sebab on-off buka. Tapi bila tengok entry zaman-zaman tu, ape yang aku buat sebenarnya? Hazabedah sungguh! Hahahadoi.

Gaya bahasa awal-awal blogging tahun 2011
2011 dah pergi klinik kulit weh. Tapi cantiknya tang itu jugak. Tak bertambah pun. Hmm. Silakan perhalusi laras bahasa ku ๐Ÿ˜ญ

Memang teruk. Dengan banyak short form. Dengan tak tersusun baris. Dengan huruf besar dan huruf kecil bercampur baur. Ya ampun. Ini blog student uni ke blog budak tadika? ๐Ÿ˜‚

Ramai yang buang entry-entry lama zaman kemunculan berblogging. Tapi aku rasa nak biar je. Biar jadi bukti kartunnya awak dahulu kala. Bukti how far im changed along the way.


Gaya bahasa awal-awal blogging tahun 2011
Korang mampu buat shortform begitu? ๐Ÿ˜‚

2011 dah ada blog. 
Diulangi. Ada sahaja tau! Bloggingnya ke laut sebab konon ingat dulu ala-ala online diary. 

2014 baru betul rajin blogging. 2016 kelaut dalam semula sebab tahun tu tahun genting usaha sungguh-sungguh nak transfer balik semenanjung. 

Dengan series of outstation (ambik kesempatan balik KL bila ada orang taknak pergi outstation ๐Ÿ˜), dan series of courses dan juga interview nak lompat kerja. 

But none of the interview lekat, im still with my old job but the location changed .... Dah balik semenanjung! I guess, itulah antara big achievement dalam dunia nyata yang tak direkodkan dalam blog ini.

Dari 2016 ke 2019, 2019 bulan 11 baru betul-betul rajin blogging balik. Kembali menjadi newbies, banyak benda yang dah berubah kan? But still blogging is fun. I got to express everything I want in the fun way.

Jangan tertipu dengan personaliti dalam blog dan luar blog tau! U might think seseorang itu kelakar, in reality perangai dia macam singa.

Siapa orang tu? 
Siapa lagi kalau bukan aku.. kahkah.

So, how far did u change in the past 10 years? 


Tuesday, January 7, 2020

Akhirnya ..... HayYan HuDa Opah's Kitchen, Temiang

January 07, 2020
Akhirnya ..... HayYan HuDa Opah's Kitchen, Temiang - Tempat Makan Menarik di Seremban | Ok janji. Ini episod terakhir cerita Tak Dapat Masuk Rumah semalam. Lepas tak berjaya nak pusing habis kunci, singgah rumah kakak hingga Maghrib dan selepas itu balik Beranang terus. 

On the way balik dah terfikir-fikir, nak tunggu hari Sabtu ada beberapa hari lagi. Kalau betul tombol pintu rosak, nak kena report ke pemaju, lepas tu nak kena datang semula nak tunggu kontraktor siapkan kerja, fuhhh jenuh!

Dalam masa yang sama, teringat juga kerja kat office pun boleh tahan disebabkan student dah masuk balik. Semester ni dapat 2 kelas. 1 kelas ada 30 orang. Lenguh nak menanda kertas diorang ๐Ÿ˜‚. Jadinya berbelah bahagi ni nak monteng (cuti) ke tak esoknya ni.

Esoknya terbangun pukul 6.15 pagi. Selamat tinggallah office dan kerja atas meja sebab confirm jalan jem nak mati. Hari pertama kerja tahun baru, semuanya Thursday blues. Tak kosser nak menyumbang kenderaan buat tambah jem atas jalan, makanya terpaksa rela cuti.

Korang mampu bagi alasan nak cuti macamtu? Hahaha. Dah alang-alang cuti, ajak mak pergi rumah sana lagi sekali. Kali ini datang kita angkut semua kunci spare yang ada, 1 beg goodies tu tau! 

Masukkan kunci yang sama, resultnya tetap sama. Sangkut half way tak boleh pusing. Jadinya kita masuk ikut sliding door lah pulak. Yang first time datang tu, tak bawak kunci sliding door ๐Ÿ˜‚. Rasa nak ketuk kepala atas kesengalan diri sendiri.

Settle masuk rumah (dah tak jadi rahsia how we manage to get in the house haha), test buka dari dalam ...... The door ok aje? Elok lagi tombolnya. The only problem is .... lubang untuk lock tombol tu agak senget. Jadinya setiap kali nak lock / unlock kena tarik tombol ke depan kuat-kuat, baru boleh pusing kunci. Memang membantu lengan untuk menjadi lebih sado selepas ini hahahaha.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Petang sebelum balik Beranang singgah lunch date dengan mak dulu. Kami ke HayYan HuDa Opah's Kitchen di Bukit Temiang Seremban.

Dah lama sebenarnya nak datang makan di sini. Aku dapat tahu dari Google Maps! Hahaha. Sebab memang dah buat list, setiap kali datang singgah rumah sini nak JJCM restoran best. Dan this is one of the restaurant yang rating google ok. TripAdvisor pun bagi rating yang ok juga. Jadinya bawaklah mak soru lunch dulu.

HayYan HuDa Opah's Kitchen Temiang, Seremban

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Pintu masuk.
Jalan nak ke sini pada aku agak seram sikit sebab kecik nau jalannya. Tapi view cantik sebab atas bukit. Parking pun luas.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Dalam takde aircond, tapi angin banyak. Yang memang sejenis makan wajib dalam aircond kena skip lah kut. Interior kemas dan cantik.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Boleh juga nak duduk kat luar belakang itu. View belakang mengadap kebun dan hutan. Okeh apa yang kami makan kat sini?


Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Masuk-masuk je dah nampak meja kek! Ya ampun, kek banyak dan semuanya nampak sedapppppp. Serius nampak sedap. Masa mula-mula masuk dah tuju ke meja kek dulu, tak sempat nak cari kerusi lagi masa ni. Mak siap ronda-ronda meja kek dulu dah aim nak makan kek apa baru duduk.

Tapi jujur aku cakap. Harga kek dah macam harga kek Secret Recipes hehe...

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Menu.
Nampak kan menunya masakan kampung. Fuh masak lemak cili api. Asam pedas. Mula-mula dulu ada nampak kerang rebus, tapi takde pulak. Mata aku silap tengok agaknya.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Mak dan sejenis temptation with brownies, meanwhile anaknya ambil blueberry cake. Mak kata brownies sedap! Rasa dark chocolate. Blueberry cake aku pun sedap. Serius sedap. In between kek ada kekacang & blueberry. Kek lembut & fluffy. Cumanya ... manis sikit (aku kan sejenis kurang makan manis). Kalau yang jenis sweet tooth mungkin takde masalah. Nampak ada durian cheesecakes. Rasa nak tapau bawak balik je tapi kita simpan for next time lah.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
What we ordered.
Nasi 2, sambal sotong, asam pedas daging tetel, ulam dan sambal belacan.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Daging tetel lari jauh dari jangkaan aku. Sorry to say, mana entah tetelnya? Ini macam asam pedas biasa je. Nasib rasa ok. Sambal sotong terbaik sedap! Boleh rasa sambal tu ditumis sampai pecah minyak dan tumis lama. Sedap sambal sotong tu. Macam makan kat rumah sendiri pulak. Sotong pun fresh dan saiz besar.

Sambil makan sambil bercakap pasal pinggan bunga kangkung. Dulu arwah nenek ada  banyak pinggan macam ni. Now adalah dapat dalam beberapa buah pinggan. Cantik pinggan bunga kangkung kan? Klasik tak lapuk dek zaman betul.

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban
Surau juga disediakan di luar.

Sini sesuai untuk orang yang suka bertenang-tenang semasa nak makan. Nak buat birthday party ke, small majlis ke memang sesuai sangat sebab parking pun banyak, nak solat senang. Kek pun banyak pilihan dan sedap. Rasanya specialty memang dessert and kek kut hehehe.

Menu pada aku biasa, comfort food di tempat yang tenang dan cantik. The cakes selection yang win. Don't expect jumpa spagetti atau siakap 3 rasa tau!
Harga? Boleh tengok menu kat atas ya! 

Lunch di HayYan HuDa Opah's Kitchen, Bukit Temiang Seremban

Will come back again to try another range of cakes. Sedap tau kek dia (walaupun manis sikit)! Aduh craving!

HayYan HuDa Opah's Kitchen
44, Kampung Bukit Temiang
70200 Seremban

Baca juga :
+ Hari Pertama 2020 | Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Viral Stadium Paroi
Hari Pertama 2020 | Kedai Kerepek Paroi Jual Bermacam Produk Bumiputera
Hari Pertama 2020 | Tak Dapat Masuk Rumah!


Monday, January 6, 2020

Hari Pertama 2020 | Tak Dapat Masuk Rumah!

January 06, 2020
Baiklah.. Sambung dari cerita Kedai Kerepek Paroi Jual Bermacam Produk Bumiputera. Habis memborong barulah nak kembali ke pangkal jalan. Perancangan asal nak ke rumah ni dari pagi katanya. Tapi gerak dari Semenyih pun dah pukul 9 pagi. Lepas tu menyinggah lagi Kedai RM2, FamilyMart (breakfast FamilyMart uols. Tak beragak hahaha) dan Mr. DIY.
Hari Pertama 2020 | Tak Dapat Masuk Rumah! | Beli makanan di FamilyMart Semenyih
Breakfast FamilyMart katanya..

Sampai Paroi menyinggah pula Stadium Paroi dan Kedai Kerepek Paroi. Ya ampun. Berapa banyak tempat penyinggahan daaa?

Sampai je rumah 1 lagi, siap buka pagar aku pun reverse lah kereta. Nak masuk reverse lah senang bila nak keluar nanti. Selalunya pun kalau pergi mana-mana memang style aku suka reverse parking. Jarang sangat nak parking depan. Sebab memikirkan bila nak keluar nanti tertinjau-tinjau tengok belakang, kakak malaslah. Kadang-kadang dapat pula sebelah kita kereta besar tinggi, terus tak nampak belakang bila reverse. Jadinya dah terbiasa parking reverse.

Tapikan ... Haha. Gelak dulu jap.
Lupa pula depan rumah tu ada lubang longkang tak bertutup! Penutup longkangnya ada je dalam rumah, tapi sebab jarang datang situ kami tak letak pun penutup longkang tu. Ini semua gara-gara pemaju lah ni nasihat kata kalau jarang datang baik simpan dulu penutup longkang. Nanti kalau hilang kena curi diorang tak ganti baru dah.

Itu sebab penutup longkang pun simpan dalam stor macam hadiah kahwin hahaha. Dah lah lubangnya besar. Setakat tayar Myvi 16 inci rim, kalau termasuk tayar tu kena juga panggil 5,6 orang brader sado tolong tolak keluar. Naya je...

Terus mak keluar jadi penunjuk arah nak masukkan kereta cantik je dalam parking, hehe. Kiri kanan depan belakang depan belakang. Kiri sikit. Luruskan tayar. 



Fuh syukur selamat kereta Myvi itu masuk dalam parking. Cuba cakap, mana nak dapat mak mertua sporting kayak gini deh? Ekekekeke.

Keluar kereta angkat handbag teruslah nak buka pintu rumah dulu. Barang kemudianlah baru bawak keluar.

Tapi bila masukkan kunci, pusing-pusing eh kenapa sangkut separuh ni?
Mak kata itulah tak baca Bismillah... Selawat sekali tau!

Bismillah... Selawat sekali kita try pusingkan kunci lagi sekali. Masih sangkut.
Padahal nak buka pintu aje pun, siap terkeluar peluh jantan. Over sangat.

Bila aku tak berjaya buka pintu, okeh mak take over. Baca Bismillah kemudian doa-doa. Terkumat kamit tau sambil-sambil pusing kunci rumah itu.

Cuba teka berjaya ke tak?

Tak berjaya juga wak. Aduh. Dah terkeluar peluh jantan pakej mengantuk hasil makan-makan tadi, tapi tak boleh masuk rumah. Macam mana ni? Dekat mana nak crash landing? Nak balik Semenyih balik ambik masa 45 minit jugak. Dengan barang penuh kat seat belakang lagi.

Kita bawa dari Semenyih, dan bawa balik semula ke Semenyih? Dah macam duit gaji pula kan? Dari bank dia datang, kepada bank dia kembali kahkahkah.

Misteri sangat tombol pintu ini. Padahal hari Khamis sebelum tu baru je datang. Baru beza beberapa hari. Tapi dah buat hal. Sengaja biar tuan dia tersadai kesian.

Akhirnya kami buat keputusan singgah rumah kakak, mak 3 anak buahan maneh di Senawang. Singgah solat dan tumpang simpan segala kipas dan lampu yang dibawa.


Hari Pertama 2020 | Tak Dapat Masuk Rumah!
Tumpang rumah 3 anak  buahan maneh ini lah.

Kelakar betul perjalanan kami hari tu. Memang hari menguji kesabaran betul, tapi benda boleh bawak bincang buat apa nak marah-marah ye tak? Tengok mak pun steady je gelak-gelak aku pun gelaklah hihihi.

Well takpe. Nanti kita sambung cerita how we manage untuk masuk juga ke dalam rumah okeh ๐Ÿ˜‰



Sunday, January 5, 2020

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan

January 05, 2020
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan | Hai. Hari Ahad datang lagi dan macam biasa, hari Ahad akan ada 1 resepi yang simple, mudah dibuat, bahan pun senang nak cari, confirm menjadi dan confirm sedapppp.

Masak lemak cili api style nogori biasanya tak menggunakan bawang merah. Tapi kadang-kadang masak masuk juga tok nenek bawang tak salah pun. Namanya masih lagi masak lemak cili api.

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API DENGAN REBUNG STYLE NOGORI

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan

Daging salai ni antara menu kegemaran family. Sama juga dengan ikan keli salai. Eh, kiranya menu salai masak lomak memang kegemaran. Dah namanya orang nogori sembilan kan? Hehe.

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan

RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API DENGAN REBUNG STYLE NOGORI


Bahan-bahan : 
- Daging salai 300g
- Rebung 3/4 cawan
- Serai 2 batang
- Cili api 1 genggam *ikut kepedasan yang dikehendaki
- 1 inci kunyit hidup
- Asam keping 2 
- Santan kotak kecil 1
- Santan cair 1 cawan
- Garam secukup rasa



Cara buat :

1) Rebus daging bersama serai dan segenggam cili api ditumbuk bersama kunyit hidup. Cili api boleh dikurangkan atau dilebihkan ikut tahap kepedasan yang dikehendaki.
2) Rebus hingga daging empuk dan air sedikit kering. Jika air dah kering daging masih belum empuk, tambah air dan rebus lagi.
3) Semasa rebus, masukkan asam keping.
4) Setelah daging empuk, masukkan  santan pekat. Tambah kunyit serbuk jika warna kuah lemak kurang pekat.
5) Tambah santan cair.
6) Sambil itu sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak.
7) Kuah menggelegak, masukkan rebung.
8) Agak-agak rebung masak, masukkan garam secukup rasa.
9) Masukkan daun kunyit yang diracik (sekiranya ada).

Siap.

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan
Cari mangkuk cantik, mangkuk Corelle ini aje yang paling cantik kakak jumpa. Bolehlah kan ekekeke.

Senang aje kan? Sekejap je nak masak lemak cili api, yang lama sikit masa nak rebus daging salai. Itu pun takdelah lama sangat sebab daging yang disalai ni, selain ada aroma salai yang sedap, biasanya tekstur lebih lembut berbanding daging biasa.

Kalau tak suka rebung, boleh gantikan dengan pucuk ubi atau sayur lain. 

Saturday, January 4, 2020

10 Tips Beli Tiket Flight Murah. Tak Cuba Tak Dapat Tau!

January 04, 2020
10 Tips Beli Tiket Penerbangan Flight Murah | Hai. Kawan-kawan selalu tanya sebelum ini, macam mana aku travel dan dapat beli tiket flight dengan harga yang ..... murah? 

Aku pernah dapat beli tiket flight ke Acheh hanya RM99 return. Pernah juga dapat beli tiket flight RM109 return ke Brunei. Dan paling best sebelum ini. Aku dapat ke Sapporo Jepun dengan tiket flight return hanya RM350. 

Menarik kan? Kalau tanya traveller tegar, yes they know when the suitable time nak beli ticket flight. Ataupun harga yang affordable untuk sektor tertentu. 

Tapi untuk traveller biasa (seperti aku), takpe we can practise some tips bila nak dapatkan tiket penerbangan dengan harga yang lebih murah dan masih berpatutan. Ok jom.


10 Tips Untuk Beli Tiket Flight Murah

10 Tips Beli Tiket Penerbangan Flight Murah

Aku kongsikan 10 tips untuk dapatkan tiket flight murah. Cuma peringatan, tak semestinya dengan buat semua tips ini, confirm dapat tiket flight murah. Ini hanyalah panduan, selebihnya bergantung kepada rezeki juga tau!

1) CARI HARI YANG PALING MURAH UNTUK TERBANG
Maksud hari yang paling murah adalah carian harga tiket untuk sebulan biasanya dipaparkan terus di laman web penerbangan. Biasakan untuk scroll dulu pelbagai tarikh berbanding terus menetapkan tarikh tertentu.

Lebih mudah gunakan Skyscanner dan pilih tetapan Whole Month > Cheapest Month. Skyscanner akan mencadangkan tarikh yang menawarkan harga tiket yang paling murah (pada ketika itu) mengikut lokasi yang kita tetapkan.

2) RAJIN GUNAKAN SEARCH WEB ENGINE BERLAINAN
Selain Skyscanner, ada banyak lagi laman web yang membuat perbandingan harga tiket penerbangan seperti:
- Kayak
- Airpaz
- Kiwi
- Cheap Flight
- Google Flights

Pilih dengan hati-hati dan sekiranya harga tiket yang terpampang dalam matawang selain RM, pastikan harga hang ditawarkan berbaloi selepas ditukar ke matawang RM.

3) RAHSIAKAN CARIAN
Gunakan Incognito browser semasa melayari laman sesawang syarikat penerbangan. Banyak kali jadi bila gunakan browser biasa, selepas refresh harga tiket flight bertukar lebih mahal berbanding carian sebelumnya. Rugilah!

4) TEMPAH FLIGHT BERSAMBUNG
Tempah connecting flight berbanding direct flight? Kenapa tidak?

Pilih multicity semasa menetapkan destinasi. Dan bandingkan dengan penerbangan terus. Kadangkala kita akan dapat harga jauh lebih murah. Sebagai contoh, kadangkala penerbangan ke Seoul lebih murah sekiranya transit di Singapura.


5) SENTIASA PEKA DENGAN SALE
Kebiasaannya SALE pada hujung tahun, awal tahun, pada musim-musim perayaan. Oleh itu jangan lupa untuk setting alert dan reminder yang dihantar ke email di laman web perbandingan seperti Skyscanner. 

10 tips beli tiket flight murah
Contoh sale AirAsia

Beli tiket flight AirAsia yang menawarkan AirAsia Free Seat pun berbaloi juga. Zero Fair juga berbaloi kerana kadangkala kita boleh dapat harga tiket yang jauh lebih murah berbanding harga biasa. Jadinya, stay alert.

6) BAYAR DALAM MATA WANG ASING
Bagaimana boleh jadi sedikit murah? Ini kerana kadar tukaran wang semasa memberikan sedikit perbezaan dengan RM. Ramai yang pernah buat dan terbukti berbaloi.

7) TEMPAH TIKET AWAL
Ramai yang selalu tempah penerbangan seawal setahun lebih awal. Ini semua disebabkan syarikat penerbangan menawarkan harga tiket penerbangan murah tetapi waktu penerbangan setahun kemudian.

Tak ada salahnya sekiranya kita boleh menunggu sehingga tarikh tersebut.

8) MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG KECIL
Sama konsep seperti layover / connecting flight, mendarat di lapangan terbang yang lebih kecil atau kurang sibuk juga boleh dipraktiskan. 

Biasanya harga tiket flight ke lapangan terbang yang 'kurang popular' lebih murah berbanding lapangan terbang utama.

9) GUNAKAN PENERBANGAN TAMBANG MURAH
Ada pro dan kontra untuk tips ini. Selalunya budget flight memang lebih murah berbanding premium flight.

Tetapi, ada masanya tawaran harga premium flight lebih menguntungkan dan perbezaan harga tiket hanya sedikit.

Jadi jangan ingat budget flight sentiasa bagi harga budget ya. 

10) BELI TIKET FLIGHT DAN PAKEJ PERCUTIAN DARI AGEN DAN TRAVEL CONSULTANT YANG MEMPUNYAI REPUTASI TINGGI
Untuk yang dah buat semua 9 tips diatas tetapi masih tak berjaya grab tiket flight dengan harga berpatutan? Apa kata follow & add friend reputable agent yang menawarkan tiket flight dengan harga yang kompetitif.

Biasanya agen-agen ini menggunakan point mereka, disebabkan itulah mereka boleh memberikan harga yang lebih murah berbanding harga di laman web.

Banyak juga travel consultant agency yang menawarkan pakej percutian all-in (beserta tiket flight). Dan harga yang ditawarkan juga berpatutan. Tapi ingat ya, cari yang mempunyai reputasi tinggi ( reputable) dan berdaftar. 

Baiklah, kalau korang ada tips lain yang menarik untuk dikongsi, jangan lupa share di komen ya ๐Ÿ˜‰.

p/s : Tahun lepas aku ke Maldives dengan kos RM1999 all-in (tiket flight, return boat, hotel, makan dan aktiviti). 


Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (102) Lifestyle (81) Personal (66) Resepi (37) Tips blogging (38) travel (51)

Contact Form

Name

Email *

Message *