Monday, March 30, 2020

Frekuensi Keaktifan Dapur Musim COVID-19

March 30, 2020
Frekuensi Keaktifan Dapur Musim COVID-19 | Tak sangka sedap jugak buat chicken popcorn guna Tepung Serbaguna Adabi. Rasanya sebelum ini, masa dari kecik kalau goreng ayam kentucky (katanya), selalu guna tepung goreng ayam juga.

Chicken popcorn simple musim covid-19

Brand?
Entah, hentam je apa yang ada kat kedai. Asalkan nama dia tepung goreng ayam. 

Now dah tua-tua ni banyak pulak pilihan tepung goreng. Untuk golongan 'rajin' semacam aku, bersyukurrrrrrrr ada benda alah ni dalam market kan? Lepas ni boleh buat video upload youtube cara sotong goreng tepung serbaguna. 

Lepas tu ramai yang tengok. Akulah salah sorangnye tu. Haha. Siap tengok berkali-kali lagi okeh. 

Yang super rajin of course goreng ayam guna resepi campur 10 jenis tepung, kihkih. 

Ok taklah. Gurau je.

Chicken popcorn simple musim covid-19

Apesal entah rupa macam ayam goreng kunyit? Where is the tepung?

Tapikan kalau guna tepung Bestari ya ampun, sedap gila!

Serius coating luar tepung ala-ala kepci jadian. Ada flavor pedas, ada flavor blackpaper. Nyummeh!

Tapi kebetulan PKP aku masuk Econsave, Tepung Bestari takdak. Tak tahulah habis ke atau memang Econsave Semenyih ni tak order. Jadinya ambik je mana-mana yang ada. Pilih Adabi sebab mak kata utamakan produk Bumiputera.  Bestari tu produk ape eh? Sedap je aku mengulang beli masak...

Rupanya tips masak ayam / sotong goreng tepung ni, supaya coating luar tu cantik je, kena lumur tepung tu satu-satu.

Dulu masa duduk Tawau, ada kedai jual buntut goreng tepung tau. Serius main menu dia itu. Aku selalu konfius nak sebut buntut. Atau punggung? Atau punggung ayam? Ah terlalu sopan rasanya.

Dan orang Tawau memang jadikan macam snek. Makan malam sambil makan buntut goreng tepung dan jugak makan sayap lelek. 

Eh apa sayap lelek? 
Google ah okeh!

Sayap lelek Tawau memang super best. Aku jumpa kat pasar Semenanjung pun tak se-best dan sesedap Tawau. Sambal kicap dia sekali, peh. Memang dirindui bila dah balik KL.

Okeh buntut goreng tepung.
Aku perasan, coating dia cantik je tak pecah-pecah. Selalu kalau aku, ayam goreng tepung aku coating dia kureng, even guna tepung bestari.

Sebab aku spesis nak cepat siap. Humban je ayam dalam 1 bekas, tabur tepung, lumur tepung kat ayam then goreng.

Rupanya kalau lumur ayam 1-1 dalam tepung, then goreng, lepas tu lumur lagi ayam lain, then goreng baru coating luar dia cantikkkkkkk.

Oh my.
31 tahun baru tahuuuuu. 

Seriously guna banyak masa rupanya supaya lauk nampak cantik. Aku ingatkan manusia je kena spend masa nak cantik, lauk pun sama.....

Jauh melalut kan?
Layan ajelah tak tahu nak blog pasal ape waktu PKP ni. Aku puaslah tanya bos aku bila boleh datang office sebab nak settlekan kerja. 

Tapi jawapannya ... Sektor pendidikan bukan sektor kritikal ....

Takkan aku nak cakap yang berat aku dah semakin kritikal semenjak PKP ni? Itu yang nak sangat pergi kerja. Gila tak relevan punya reason.

Idea masakan musim covid-19

Rajin nau time PKP masak banyak lauk. Aku tengok orang lain update masak sekali je, pagi sampai petang, rumah aku masak 3 kali sehari okeh. Dah macam nak buat kenduri frekuensi guna dapur. Aku pun kagum sangat nampak dapur aku. Tak sempat berehat, memanjang ada je aktiviti.

Sekarang ko cakap, macam mana berat badan dan kawan-kawan lelemak tak bertambah?

Sedih!

So korang masak ape je time PKP ni?
Buat ape je?

Sharelah idea okeh 😉

Friday, February 7, 2020

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

February 07, 2020
Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Dapatkan Sponsor Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej | Hai! Best pulak petang hari Khamis lepas apabila lori Nestle datang di kolej, hehehehe. Biasanya hanya lori Nestle Coco Crunch yang datang, tapi hari tersebut sampai 2 lori datang, Coco Crunch dan ....... NESCAFE. 

Fuh, jarang-jarang jumpa Nescafe ni. Bila dah jumpa apa lagi, sampai 4 cup telan. 

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Tempat lori Nescafe parking tu, asalnya tempat parking kereta aku. Tengah sedap tahan mengantuk waktu lunch dapat call minta alih kereta. Ehhhhhhh..... Apehal pulak kan?

Rupanya lori nak masuk parking.  Sampai sekali 2 datang. Seronok student dapat makan free petang-petang.

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Lori Nescafe baru. Cantik dan lebih besar berbanding sebelum ini.

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Lori Coco Crunch pun yang baru. Sebelum ni beberapa kali datang kolej bawa lori yang versi kecil sedikit. Yang baru ni siap ada walkway okeh! Nak ambik kena naik pentas gitu haha.

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Ingat tak cerita Bateri Weak sebelum ini? Lepas buat jump start kali kedua, enjin kereta hidup dan ingatkan bolehlah tahan sehari dua. Sekali kan, pagi tu jump start esoknya terus kiok langsung taknak hidup dah. Tepuk dahi rasa menyesal sungguh tak beli bateri baru masa kat kolej.

Lepas beli bateri baru, hari ini dengan yakin start enjin dan drive tanpa perlu risau enjin mati tengah jalan. Semasa drive stereng rasa sedikit berat, macam tanda-tanda angin tayar kurang? Jadinya pagi tadi sempat singgah Petron nak isi angin tayar.

Baru je buka penutup valve tayar, bunyi angin kuat keluar berderu-deru keluar dari valve. Ah sudah.

Valve bocor pulak ke? Settle satu, satu benda jadi. 

Calm down calm down. Ecewah tenangkan diri sambil speaking gitu kahkah. Yang aku perasan, bila buka penutup valve baru angin keluar, kalau ketatkan kepala valve ok je. Means either valve longgar atau tayar bocor? Rasanya valve je longgar.

[Baca juga] :

Takpe, rasanya boleh je terus drive ke kolej. Lagipun tayar kereta tu bukannya flat sangat. Kesan daripada valve longgar, pagi itu dalam sejarah memandu dengan sangaaaaaaaaat berhemah! Fuh, rasa tak percaya sepanjang perjalanan dari Semenyih ke Petaling Jaya, the highest speed hanyalah 85 km/h? This is sooooo not me! 

Sampai kolej Alhamdulillah ada student tolong settlekan. Rupanya betul valve longgar. Siap ketatkan semula valve dan isi angin juga tau! Baiknya anak - anak sayaaaaaa. Dalam rasa penatnya berulang - alik jauh dari rumah ke office, Allah bagi student yang sporting dan ringan tulang pun dah besar rahmat. Alhamdulillah.

 Korang yang mana ada bengkel nak panggil student automotif untuk praktikal nanti roger-roger tau. Aku recommend student inshaAllah yang baik-baik :)

Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej

Sebelum telan 2 cawan Nescafe dan 2 cup Coco Crunch. 
Entah macam mana lah diorang ni mix air ek? Sedap kemain. Dari lori Milo ke lori Nescafe, air diorang memang kawww. Aku biasanya tak minum kopi, nescafe dan horlick, tapi versi lori Milo dan Nescafe sap sap soi boleh telan dengan bahagia.

Dengan banyaknya pulak tu. Tadi bercakap dengan officemate, bila buka mulut bagaikan keluar perfume Nescafe!

Cara Minta Sponsorship Nestle (Panggil Lori Nestle) Datang Sekolah / Kolej

Baiklah, jom aku share cara untuk minta sponsorship Nestle untuk datang ke sekolah atau ipt atau agensi awam. Nak minta lori Milo atau Nescafe atau Coco Crunch datang semasa hari sukan syok juga kan?

POS / FAKS SURAT
1) Hantar surat permohonan tajaan Coco Crunch / Nescafe / Milo kepada pihak Nestle 8 MINGGU sebelum tarikh event ke :

Nestle Products Sdn Bhd
No. 41, Jalan Angklung 33/20,
Shah Alam Industrial Park, Seksyen 33,
40460 Shah Alam Selangor

Tel : 03-5131 8910 / 03-5121 3244
Faks : 03-5121 2243
(u.p : Cik Azizah Jamal)

2) Sertakan bersama aturcara majlis yang ada maklumat seperti tarikh, masa, lokasi serta anggaran peserta yang hadir semaja majlis / program tersebut. 
3) Faks atau pos ke alamat di atas. Jika permohonan berjaya, akan dimaklumkan dan akan sampailah lori Nestle tersebut ke lokasi korang.

PHONE CALL / PM FB
Boleh saja terus hubungi NESTLE Consumer Services di talian 1800-88-3433 atau Private Message (PM) Facebook Rasmi Nestle Malaysia.


Seronok betul minum Nescafe kawww. Masa sekolah dulu kalau Lori Milo datang bukan main berlari-lari kejar. Kalau minum pun, tak cukup 1 cawan. Tak sangka dah tua ni, pun sama masih tak cukup 1 cawan, haha. Okeh jangan lupa mohon. Jika ada kekosongan, memang rezeki koranglah dapat sponsorship pihak Nestle untuk sekolah atau kolej korang! :)


Wednesday, February 5, 2020

Oh My Jawi

February 05, 2020
Oh My Jawi! | Ya ampun, gila tergelak aku baca posting facebook Nurul Dahlya Alias ni tadi. Mana tak tergelak weh, macam-macam salah baca, bunyi jadi lain, buat orang konfius dan trauma je dengan bunyinya, hahahahaha.

Kisah pasal tulisan jawi sebenarnya, apabila teks khutbah di dalam tulisan jawi, ditulis oleh orang lain, dan dibacakan oleh orang lain. Bermacam tulisan keluar, mungkin untuk yang biasa tak ada masalah sangat, tapi untuk certain term, like words in english pun ada hentam dijawikan, memang kelako.

Sorrylah, aku tergelak kuat gila macam tengok Running Man. Serius, untuk yang baca dengan hati terbuka dan tenang memang rasa kelakar gila.

Negeri Sembilan

Kedah

Perak

Kelantan

Terengganu

Perlis

Pahang

Perak & Melaka

Kesian pembaca khutbah. Mesti dah berdebar bila jumpa perkataan 'pelik' dalam khutbah. Tak baca kang macam tak lengkap. Bila baca keluar jadi bunyi pelik. Hehehe. Tapi pengajaran untuk kisah ini adalah .....
Yessss, perdalamkan pengetahuan jawi kita. Biasakan menulis dan membaca jawi macam kita menulis dan membaca bahasa melayu & english. 

Aku tergelak, but at the same time terasa jugak tau! Sebabkan, aku rasa dah lama gila tak baca jawi, kalau jumpa artikel tulisan jawi, yes aku boleh baca tapi merangkak macam budak tadika. Ohemji... Patut aku rasa bila tulis nama sendiri dalam jawi, macam buruk je tulisan?

Kalau tulis pulak, I believe expert jawi akan nampak tulisan aku something wrong macam aku biasa nampak orang salah eja 'putih' as in 'puteh'. Padahal masa sekolah dulu bukan main masuk pertandingan khat lah, buku nota sekolah agama pun sentiasa menulis jawi.

Oh dah jumpa masalahnya...
Habis sekolah agama terus habislah bahan bacaan jawi aku ..... 

Sebelum ini aku suka baca ada column in one of paper, tak ingat paper apa. Tapi dia ada column for jawi. Artikel ditulis dalam jawi. And I enjoyed reading it very much. 
Eventhough 1 page nak habis baca ambil masa 10 minit jugak (terhegeh-hegeh betul kan), ekekeke. But I enjoyed it very much.

Now dalam phone pun dah boleh set tulisan Jawi rupanya. 
Aku tak tahu pun okeh. Gila ketinggalan.
Eh jap, dalam Words pun dah ada kan? Macam ada ternampak blogger mana entah share shortcut for Jawi in Words. Hm..
Ini pun aku ketinggalan ke?

Tapi masih tak terlambat untuk revive our skill okeh! Jom memartabatkan tulisan Jawi. Tak kan selamanya nak martabatkan Times New Roman atau Verdana saja?

Atau Calibri.
Atau Arial.

Eh banyak pulak.


Tuesday, February 4, 2020

Don't Take Everyhing for Granted!

February 04, 2020
Masuk hari ini dah hari ke-12 abah warded. Bermula dengan rasa sakit melampau 1 muka, pergi ke klinik dapat sebeban pain killer untuk dimakan, pun tak dapat meredakan sakit yang abah rasa.

Jadinya, hari seterusnya terus Eja dan mak bawa abah ke Kecemasan Hospital Kajang.


Tak ingat ini malam ke berapa? Malam kedua rasanya di Hospital Kajang ni. Yang kelakar mak segan nak maklumkan kawan-kawan, even adik beradik sendiri yang abah warded.

Siap tanya, macam mana nak update status dalam whatsapp kata kita dah 2 hari ada kat hospital? 

Iyelah, orang yang datang melawat kan membawa rezeki, membawa bersama doa-doa semoga kita cepat sembuh. Harap sangat ada antara doa yang sampai itu makbul, cepat abah sembuh dan cepat balik rumah.


Abah didiagnos resdung teruk (sinus dalam term perubatan), dan suddenly penglihatan mata kanan terjejas dan kelopak mata kanan tertutup. I mean, literally 24 jam tertutup. Mata kiri Alhamdulillah ok.

Oleh sebab pakar mata (ophthalmology) takde di Hospital Kajang, dan pakar mata yang seen case abah juga adalah dari Serdang, hari ketiga dalam pukul 6 petang transfer pula kami ke Hospital Serdang.

Aku baru tahu rupanya Hospital Kajang ni, hospital daerah rupanya? Bukan hospital besar? 

Punyalah ramai umat manusia sampaikan dalam wad, katil penuh sampai ke lorong pejalan kaki penuh katil. Jarak antara katil sebelah pun muat-muat 1 kerusi plastik je. Punyalah serius tahap padatnya wad hari tu.

Tapikan, walaupun padat, banyak perkara positif yang aku nampak di situ. Antaranya ...
- Nurse sentiasa ada di wad. Bukanlah maksud aku nurse hilang, no no no. Oleh sebab dalam 1 wad ada ramai pesakit, nurse sentiasa round wad. Jadinya mudah nak panggil in case anything happen. 
- Walaupun workload tinggi (hospital kerajaan kut, always having high workload), tapi nurses ok sangat. Cheerful, sangat attentive. 
- Mudah nak park kenderaan.
- Waktu melawat yang lebih lama.

Dan well, siapa kita nak minta lebih-lebih bila mana yang kita pergi tu adalah hospital kerajaan, betul tak? 


Sekarang ini berkampung di Hospital Serdang pula. Dah hari ke-12 pun. 

Syok masa mula-mula masuk sebab depan hospital banyak food truckkkkkk! Kedai pun banyak. Perasaan nak menyoping tu bukan main. Malam pertama kat sini pun, aku dah menyoping 2 beg plastik air dan kudapan malam. Hahahahaha.

Sini walaupun Wad Kelas 3 tapi lebih selesa Alhamdulillah. Sebelah katil boleh bentang toto nak tidur ramai-ramai (kalau bolehlah) heh. Nurses pun ramai. Ok sangat juga.

But again, apa yang nak seronok sangat bila abah ko terbaring macam tu? Kena drip air, masuk antibiotik sampai demam-demam sebab antibiotik kuat sangat. Well, takde yang seronok pun sebenarnya. Tambah lagi mak yang sentiasa teman abah siang malam.

Conclusion doctor untuk kes abah adalah..
- Kuman resdung (dah merebak hingga ke tulang hidung)
- Diabetic

Punca penglihatan bermasalah. Sungguh, terkejut juga sebab kami, abah lebih-lebih lagi berharap yang ...... Ada harapan untuk kesembuhan. 

Entahlah. 
Semoga semuanya dipermudahkan dan kami dapat melihat ibrah yang tersembunyi di sebalik semua yang terjadi. Moga ujian ini menguatkan kami dan menjadi peringatan...

Jaga kesihatan baik-baik. Don't take for granted everything yang Allah beri. Semuanya hanya pinjaman.

Doakan abah aku cepat sembuh dan boleh kembali ke rumah ya!

Bateri kereta weak lagi

February 04, 2020
Bateri kereta weak lagi. Bateri kereta kong | Pagi-pagi berkejar nak masuk kerja, kereta tak nak hidup. Aduhai... Dah terkena lagilah ni, bateri kereta weak / kong, terus rasa pagi-pagi nak jadi king kong. Hahahaha.

Bateri kereta weak lagi
Gambar takde kaitan haha

Sebenarnya, dah terkena minggu lepas sekali, pagi-pagi nak masuk kerja bateri weak. Tapi settle masalah bila buat jumper dengan kereta Eja. Enjin hidup dengan mudah. Tapi pagi ni, bila je nak start enjin memang tak boleh start. Petanda betul.

Eh bengkek je hati sebab bateri tu baru pakai setahun lebih. Walaupun aku tahu, hayat bateri kereta ni standardlah pakai setahun lebih mostly kong terus.

Tapi aku tukar dari bateri sel kering ke sel basah. Dan biasanya bateri sel basah bertahan lebih lama dari sel kering ..... Jika ......

Dengan penjagaan yang sesuai, seperti sentiasa jaga paras elektrolit berada di paras yang sepatutnya (tambah air lah term paling senang. Tapi bukan tambah air masak tu hahahaha).

Awal-awal semasa baru beli kereta, Perodua bagi 3 tahun service free, jadinya setiap kali service memang technician Perodua monitor paras air bateri. Kalau kurang diorang tambah.

Itu sebab bateri masa tu bertahan menjangkau sehingga 4 tahun penggunaan tanpa masalah.

Dah habis service free, kena jaga sendiri hah ambik kauuuuuuu. Baru balik KL 3 tahun, masuk ni dah kali ke - 3 tukar bateri baru 😅

Sepatutnya awal lagi bila dah terkena minggu lepas untuk beli bateri baru. Tapi bertangguh. Nampaknya terbang lagi duit hari ni. Huhuhu. 

Inilah yang orang cakap, mengajar ketam berjalan. Dalam kelas hari-hari ajar tips penjagaan kenderaan. Jaga air bateri. Periksa keadaan tayar. Sekali yang tukang ajar ...... Bateri kereta sendiri hidup segan mati tak mahu .... Ini  kes bukan pasal tak tahu, tapi kes pemalas. Ya ampun ...


Tips Mengesan Bateri Kereta Hampir Kong / Weak


Setelah beberapa kali mengalami benda yang sama, ada beberapa tips yang aku boleh kongsi sekiranya bateri kereta kita hampir kong / weak. Janganlah jadi macam aku ye, sampai 2 kali terkena pagi-pagi nak pergi kerja. 

1) Range km & bar minyak tak tally
Boleh tengok kalau selalunya isi minyak full tank, 8 bar range km selalunya dalam 485km, tiba-tiba tak dapat range km lebih kurang sama, there's must be something wrong with your battery. Dah nyawa-nyawa ikan lah tu!
2) Start enjin, simbol bateri tak hilang
3) Bila nak start enjin (kereta yang still pulas kunci, bukan push start button), time nak pulas kunci tu enjin susah nak start.
4) Bateri menghampiri setahun setengah penggunaan? Haaaa, silakan lebih alert keadaan bateri.

Sampai je office terus minta kawan tolong tengokkan bateri dan alternator. Takut alternator yang problem tak boleh charge bateri. Tapi yang pasti ...... memang duit berterbangan hari ini ...........

P/s: Nasib baik pam angin tayar kereta tak malas. Setiap minggu cek angin haha.


Thursday, January 30, 2020

Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan

January 30, 2020
Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan | Hai. Kalau singgah rumah di Ampangan ni, selalu juga kami makan tengahari di Medan Selera PSMA yang terletak betul-betul berhadapan dengan UTC Ampangan Seremban.

Jangan konfius ya. Nama UTC tersebut memang UTC Seremban, tapi ia terletak di Ampangan, itu yang kadang-kadang tersasul panggil UTC Ampangan hahaha. Ala, asalkan orang faham kan? 

Sebenarnya kalau nak lunch, sekitar Seremban dan Ampangan memang banyak tempat makan menarik. Cumanya selalu singgah disini sebab ada banyak pilihan lauk dan dekat sangat dengan rumah. Lepas tu yang best sebab dah ada harga siap-siap untuk 1 mangkuk lauk. Memang boleh sangat bajet harga makanan sendiri. 

Oh kenapa tak masak kat rumah sendiri kan? 
Jawapannya sebab rumah tu memang tak beli dapur gas lagi hahaha. Jadinya kalau datang memang bawak diri dan bawak makanan untuk ditelan. Dan perasan tak macam makin kurang gambar selfie kalau entry makan-makan?

Sebabkan sekarang selalu kalau makan mesti dengan mak. Dah 2,3 kali mintak mak ambik gambar kita, gambar tu jadi macam ...... er perlukan retake lagi? Kesian pulak mak, nak makan tercekik-cekik sebab anak dia asyik mintak ambik gambar. Sebelum kena sembur kari ikan baiklah kita ambik gambar mak sajaaaaa hihihihi.


MEDAN SELERA PSMA AMPANGAN SEREMBAN

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan

1 barisan lauk dah siap-siap cedok dalam mangkuk dan wrap. Harga dah siap tulis atas plastik tinggal pilih nak banyak ke sikit. Selalu yang main cedok tu kadang-kadang bila tanya harga boleh buat terkejut juga kan? Hihihi.

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan

Ada lagi baris sebelah ni. Tapi yang baris ni lauk cedok. Harga ada dipaparkan juga. Kebanyakan lauk baris sebelah ni sayur dan side dish. Kalau Korean panggil banchan. Ala nak juga ajar bahasa Korea walaupun tahu yang itu je kahkah.

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan
Ayam goreng pedas.
Tak tipu tau pedas dia.

[Baca juga] :

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan

Okeh hari tu masa singgah lunch kami ambik sambal sotong, kari ikan tenggiri dan ayam goreng. 

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan
Sambal sotong.
Sotong besar gedabak. Aku suspek saiz sotong ni saiz yang biasa dapat kalau mencandat sotong. Rasa sambal oklah cukup rasa dan sotong takdelah liat. Mak masa tengok aku ambil lauk ni dah kerut dahi.

"Tak liat ke sotong tu nanti? Besar tu"
Turns out ok je takdelah liat sangat. Ok je bila gigit dan kunyah. Tapi yang lemah gigi mungkin boleh pilih lauk lain rasanya....

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan
Kari ikan tenggiri mak.
Dalam kari ini ada biji sawi. Aku kurang suka kari yang ada biji sawi ni. Bila dah kaut kuah letak dalam nasi, terkebil-kebil mata ai nak asingkan biji sawi huhuhu. 

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan

Ayam gorengggggggg. Suka gila beli even ayam goreng dia versi pedas berdesing.  Kalau anak buah aku makan asyik bersulam air je level pedas dia. Tapi best sebab crunchy. Itu sebab ulang-ulang beli ayam goreng je.

Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan
Tempat Makan Menarik di Seremban | Menarik Juga Lunch di Medan Selera PSMA Ampangan Seremban Negeri Sembilan

Sini nak kata wow sangat takdelah. Biasa je. Ikan / ayam bakar takde. Lauk nogori macam masak lemak cili api, tempoyak daun kayu dengan ayam ada lah. Kiranya yang suka lauk kampung ok makan kat sini. Cuma yang aku suka sebab ada banyak pilihan lauk, dan harga dah siap-siap ada. Jadinya boleh bajet siap-siap apa yang kita makan dengan harga makanan. 

Yang tersesat sampai ke UTC Seremban kalau pening fikir kat mana nak lunch mungkin boleh consider ke sini okeh. Lokasi dia betul-betul berhadapan (seberang jalan) UTC Seremban.

Medan Selera PSMA
Bandar Baru Ampangan,
70400 Seremban
Negeri Sembilan

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020

January 30, 2020
Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 | Macam biasa, ada beberapa filem yang memang dinanti-nanti bila akan ditayangkan di pawagam tahun 2020 ini. Ada beberapa filem yang memang dinanti-nanti seperti Train To Busan (belum ada tarikh tayangan), Venom, Black Widow dan Top Gun.

Kredit kepada GSC untuk infografik poster ini.

FILEM ANTARABANGSA TAYANGAN DI MALAYSIA TAHUN 2020

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Dolittle (2020)

Dolittle (2020)

Tarikh tayangan : 16 Januari 2020
Barisan pelakon :
Robert Downey Jr., Antonio Banderas, Michael Sheen, Emma Thompson, Rami Malek, John Cena, Kumail Nanjiani, Octavia Spencer, Tom Holland, Craig Robinson, Ralph Fiennes, Selena Gomez, Marion Cotillard
Director : Stephen Gaghan
Producer : Joe Roth, Susan Downey, Jeff Kirschenbaum
Production Company : Team Downey, Roth Film
Distributed by : Universal Pictures

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Underwater (2020)

Underwater (2020)

Tarikh tayangan : 9 Januari 2020
Barisan pelakon :
Kristen Stewart, Vincent Cassel, Jessica Henwick, John Gallagher Jr., Mamoudou Athie, T. J. Miller
Director : William Eubank
Producer : Peter Chernin, Tonia Davis, Jenno Topping
Production Company : Chernin Entertainment
Distributed by : 20th Century Fox

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Bad Boys for Life (2020)

Bad Boys for Life (2020)

Tarikh tayangan : 16 Januari 2020
Barisan pelakon :
Will Smith, Martin Lawrence, Vanessa Hudgens, Alexander Ludwig, Charles Melton, Paola Nunez, Kate del Castillo, Nicky Jam, Joe Pantoliano
Director : Adil El Arbi & Bilall Fallah
Producer : Jerry Bruckheimer, Will Smith & Doug Belgrad
Production Company : Columbia Pictures, 2.0 Entertainment, Don Simpson/Jerry Bruckheimer Films & Overbrook Entertainment
Distributed by : Sony Pictures Releasing

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Enter the Fat Dragon (2020)

Enter the Fat Dragon (2020)

Tarikh tayangan : 23 Januari 2020
Barisan pelakon :
Donnie Yen, Sandra Ngm Teresa Mo, Wong Jing, Niki Chow
Director : Wong Jing & Kenji Tanigaki
Producer : Donnie Yen, Wong Jing & Connie Wong
Production Company : Polybona Films
Distributed by : Mega-Vision Pictures

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Birds of Prey (2020)

Birds of Prey (2020)

Tarikh tayangan : 6 Februari 2020
Barisan pelakon :
Margot Robbie, Mary Elizabeth Winstead, Jurnee Smollet-Bell, Rosie Perez, Chris Messina, Ella Jay Basco, Ali Wong, Ewan McGregor
Director : Cathy Yan
Producer : Margot Robbie, Bryan Unkeless, Sue Kroll
Production Company : DC Films, Lucky Chap Entertainment, Kroll & Co. Entertainment, Clunhouse Pictures
Distributed by : Warner Bros. Pictures

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Bloodshot (2020)

Bloodshot (2020)

Tarikh tayangan : 20 Februari 2020
Barisan pelakon :
Vin Diesel, Eiza Gonzales, Sam Heughan, Toby Kebbell, Guy Pearce
Director : David S. F. Wilson
Producer : Neal H. Moritz, Toby Jaffe, Dinesh Shamdasani, Vin Diesel
Production Company : Columbia Pictures, Cross Creek Pictures, Bona Film Group, Original Film
Distributed by : Sony Pictures Releasing


Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Sonic the Hedgehog (2020)

Sonic the Hedgehog (2020)

Tarikh tayangan : 27 Februari 2020
Barisan pelakon :
Ben Schwartz - Sonic
Jim Carrey - Dr. Ivo Robotnik
James Marsden - Tom "Donut-Lord" Wachowski
Tika Sumpter - Maddie Wachowski
Neal McDonough - Major Bennington
Director : Jeff Fowler
Producer : Neal H. Moritz, Toby Ascher, Toru Nakahara, Takeshi Ito
Production Company : Sega Sammy Group, Original Film, Marza Animation Planet, Blur Studio
Distributed by : Paramount Pictures

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Onward (2020)

Onward (2020)

Tarikh tayangan : 5 Mac 2020
Barisan pelakon :
Tom Holland - Ian Lightfoot
Chris Pratt - Barley Lightfoot
Julia Louis-Dreyfus - Laurel Lightfoot
Octavia Spencer - Corey
Ali Wong - Gore
Director : Dan Scanlon
Producer : Kori Rae
Production Company : Polybona Films
Distributed by : Mega-Vision Pictures

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - A Quiet Place II (2020)

A Quiet Place II (2020)

Tarikh tayangan : 19 Mac 2020
Barisan pelakon :
Emily Blunt, Milicent Simmonds, Noah Jupe, Cillian Murphy, Djimon Hounsou
Director : John Krasinski
Producer : Michael Bay, Andrew Form, Brad Fuller, John Krasinski
Production Company : Platinum Dunes
Distributed by : Paramount Pictures

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Mulan (2020)

Mulan (2020)

Tarikh tayangan : 26 Mac 2020
Barisan pelakon :
Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Gong Li, Jet Li
Director : Niki Caro
Producer : Chris Bender, Tendo Nagenda, Jason Reed, Jake Weiner
Production Company : Walt Disney Pictures, Jason T. Reed Productions, Good Fear
Distributed by : Walt Disney Studios Motion Pictures

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - The New Mutants (2020)

The New Mutants (2020)

Tarikh tayangan : 3 April 2020
Barisan pelakon :
Maisie Williams, Anya Taylor-Joy, Charlie Heaton, Alice Braga, Blu Hunt, Henry Zaga
Director : Josh Boone
Producer : Simon Kinberg, Karen Rosenfelt, Lauren Shuler Donner
Production Company : 20th Century Studios, Marvel Entertainment, Genre Films, Sunswept Entertainment, TSG Entertainment
Distributed by : 20th Century Studios

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - No Time To Die (2020)

No Time To Die (2020)

Tarikh tayangan : 9 April 2020
Barisan pelakon :
Daniel Craig, Rami Malek, Lea Seydoux, Lashana Lynch, Ben Wishaw, Naomie Harris, Jeffrey Wright, Christoph Waltz, Ralph Fiennes
Director : Cary Joji Fukunaga
Producer : Michael G. Wilson, Barbara Broccoli
Production Company : Metro-Goldwyn-Mayer, Eon Productions
Distributed by : United Artists Releasing (US) & Universal Pictures (International)

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Digimon (2020)

Digimon (2020)

Tarikh tayangan : 16 April 2020
Director : Tomohisa Taguchi
Producer : Yosuke Kinoshita
Production Company : Yumeta Company, Toei Animation
Distributed by : Toei Company

Senarai Filem Yang Akan Keluar di Panggung Wayang Tahun 2020 - Black Widow (2020)

Black Widow (2020)

Tarikh tayangan : 30 April 2020
Barisan pelakon :
Scarlet Johansson, Florence Pugh, David Harbour, O-T Fagbenle, William Hurt, Ray Winstone, Rachel Weisz
Director : Cate Shortland
Producer : Kevin Feige
Production Company : Marvel Studios
Distributed by : Walt Disney Studios Motion Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Fast & Furious 9 (2020)

Fast & Furious 9 (2020)

Tarikh tayangan : 21 Mei 2020
Barisan pelakon :
Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris "Ludacris" Bridges, Nathalie Emmanuel, John Cena, Helen Mirren, Charlize Theron, Michael Rooker
Director : Justin Lin
Producer : Vin Diesel, Clayton Townsend & Chris Morgan
Production Company : One Race Films, Original Film
Distributed by : Universal Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | The Spongbob Movie : Sponge on the Run (2020)

The Spongbob Movie : Sponge on the Run (2020)

Tarikh tayangan : 28 Mei 2020
Director : Tim Hill
Producer : Ryan Harris
Production Company : Paramount Animation, Nickelodeon Movies, Mikros Image
Distributed by : Paramount Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Wonder Woman 1984 (2020)

Wonder Woman 1984 (2020)

Tarikh tayangan : 4 Jun 2020
Barisan pelakon :
Gal Gadot, Chris Pine, Kristen Wiig, Pedro Pascal, Robin Wright, Connie Nielsen
Director : Patty Jenkins
Producer : Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Gal Gadot, Stephen Jones
Production Company : DC Films, Atlas Entertainment, The Stone Quarray, Mad Ghost Productions
Distributed by : Warner Bros. Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Soul (2020)

Soul (2020)

Tarikh tayangan : 18 Jun 2020
Barisan pelakon :
Jamie Foxx, Tina Fey, Questlove, Phylicia Rashad, Daveed Digs
Director : Pete Docter
Producer : Dana Murray
Production Company : Walt Disney Pictures, Pixar Animations Studios
Distributed by : Walt Disney Studios Motion Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Top Gun: Maverick (2020)

Top Gun: Maverick (2020)

Tarikh tayangan : 25 Jun 2020
Barisan pelakon :
Tom Cruise, Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Lewis Pullman, Ed Harris, Val Kilmer
Director : Joseph Kosinski
Producer : Jerry Bruckheimer, Tom Cruise, David Ellison
Production Company : Skydance Media, Don Simpson/Jerry Bruckheimer Films, Tencent Pictures, TC Productions
Distributed by : Paramount Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Minions: The Rise of Gru (2020)

Minions: The Rise of Gru (2020)

Tarikh tayangan : 2 Julai 2020
Director : Kyle Balda, Brad Ableson
Producer : Chris Meledandri, Janet Healy
Production Company : Illumination
Distributed by : Universal Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Ghostbusters: Afterlife (2020)

Ghostbusters: Afterlife (2020)

Tarikh tayangan : 9 Julai 2020
Barisan pelakon :
Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Paul Rudd
Director : Jason Reitman
Producer : Ivan Reitman
Production Company : Columbia Pictures, Bron Creative, Ghost Corps, The Montecito Picture Company, Right of Way Films
Distributed by : Sony Pictures Releasing

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Tenet (2020)

Tenet (2020)

Tarikh tayangan : 16 Julai 2020
Barisan pelakon :
John David Washington, Robert Pattison, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Michael Caine, Kenneth Branagh
Director : Christopher Nolan
Producer : Emma Thomas, Christopher Nolan
Production Company : Syncopy Inc.
Distributed by : Warner Bros. Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Jungle Cruise (2020)

Jungle Cruise (2020)

Tarikh tayangan : 23 Julai 2020
Barisan pelakon :
Dwayne Johnson Dany Garcia, Hiram Garcia, Beau Flynn, John Davis, John Fox
Director : Jaume Collet-Serra
Producer : Ivan Reitman
Production Company : Walt Disney Pictures, Davis Entertainment, Flynn Picture Company, Seven Bucks Productions, Zaftig Films
Distributed by : Walt Disney Studios Motion Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Morbius (2020)

Morbius (2020)

Tarikh tayangan : 30 Julai 2020
Barisan pelakon :
Jared Leto, Matt Smith, Adria Arjona, jared Harris, Al Madrigal, Tyrese Gibson
Director : Daniel Espinosa
Producer : Matt Tolmach, Avi Arad, Lucas Foster
Production Company : Columbia Pictures, Marvel Entertainment, Arad Productions, Matt Tolmach productions
Distributed by : Sony Pictures Releasing

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Monster Hunter (2020)

Monster Hunter (2020)

Tarikh tayangan : 13 Ogos 2020
Barisan pelakon :
Milla Jovovich, Tony Jaa, Diego Boneta, Meagan Good, T.I., Ron Perlman
Director : Paul W.S. Anderson
Producer : Paul W.S. Anderson, Dennis Berardi, Jeremy Bolt, Ken Kamins
Production Company : Screen Gems, Impact Pictures, Constantin Film, Tencent Pictures
Distributed by : Sony Pictures Releasing

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Escape Room 2 (2020)

Escape Room 2 (2020)

Tarikh tayangan : 13 Ogos 2020
Barisan pelakon :
Logan Miller, Isabelle Fuhrman, Thomas Cocquerel, Holland Roden, Carkito Olivero
Director : Adam Robitel
Producer : Neal H. Moritz, Karina Rahardja, Philip Waley
Production Company : Columbia Pictures, Original Film
Distributed by : Sony Pictures Releasing

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | The Conjuring 3: The Devil Made Me Do It (2020)

The Conjuring 3: The Devil Made Me Do It (2020)

Tarikh tayangan : 10 September 2020
Barisan pelakon :
Vera Farmiga, Patrick Wilson, Sterling Jerins, Ruairi O'Connor, Julian Hilliard, Charlene Amoia
Director : Micheal Chaves
Producer : Peter Safran, James Wan
Production Company : New Line Cinema, The Safran Company, Atomic Monster Productions
Distributed by : Warner Bros. Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | The King's Man (2020)

The King's Man (2020)

Tarikh tayangan : 17 September 2020
Barisan pelakon :
Ralph Fiennes, Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Harris Dickinson, Daniel Bruhl, Djimon Hounsou, Charles Dance
Director : Matthew Vaughn
Producer : Mattew Vaughn, David Reid, Adam Bohling
Production Company : Marv Studios, Cloudy Productions
Distributed by : 20th Century Studios

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Venom 2 (2020)

Venom 2 (2020)

Tarikh tayangan : 1 Oktober 2020
Barisan pelakon :
Tom Hardy, Woody Harrelson, Michelle Williams, Reid Scott, Naomie Harris
Director : Andy Serkis
Producer : Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal, Hutch Parker
Production Company : Columbia Pictures, Marvel Entertainment
Distributed by : Sony Pictures Releasing

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Halloween Kills (2020)

Halloween Kills (2020)

Tarikh tayangan : 15 Oktober2020
Barisan pelakon :
Jamie Lee Curtis, Judy Green, Andi Matichak, Anthony Michael Hall, Kyle Richards, Dylan Arnold, Charles Cyphers, Nancy Stephens, Nick Castle, James Jude Courtney
Producer : Jason Blum, Malek Akkad, Bill BlockDirector : David Gordon Green
Production Company : Miramax, Blumhouse Productios, Trancas International Pictures, Rough House Productions
Distributed by : Universal Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 |The Eternals (2020)

The Eternals (2020)

Tarikh tayangan : 5 November 2020
Barisan pelakon :
Richard Madden, Gemma Chan, Kumail Nanjiani, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Salma Hayek, Angelina Jolie, Kit Harrington, Don Lee
Director : Chloe Zhao
Producer : Kevin Feige
Production Company : Marvel Studios
Distributed by : Walt Disney Studios Motion Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Godzilla vs Kong (2020)

Godzilla vs Kong (2020)

Tarikh tayangan : 19 November 2020
Barisan pelakon :
Alexander Skarsgard, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Zhang Ziyi, Julian Dennison, Jessica Henwick, Eiza Gonzalez, Demian Bichir, Kyle Chandler
Director : Adam Wingard
Producer : Mary Parent, Alex Garcia, Eric McLeod, Brian Rogers
Production Company : Legendary Pictures
Distributed by : Warner Bros. Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Raya and The Last Dragon (2020)

Raya and The Last Dragon (2020)

Tarikh tayangan : 24 November 2020
Barisan pelakon :
Cassie Steele, Awkwafina
Director : Paul Briggs, Dean Wellins
Producer : Osnat Shurer
Production Company : Walt Disney Pictures, Walt Disney Animation Studios
Distributed by : Walt Disney Studios Motion Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Dune (2020)

Dune (2020)

Tarikh tayangan : 17 Disember 2020
Barisan pelakon :
Timothee Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgard, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Jason Mamoa, Javier Bardem
Director : Denis Villeneuve
Producer : Mary Parent, Cale Boyter, Denis Villeneuve
Production Company : Legendary Pictures
Distributed by : Warner Bros. Pictures

Filem Keluar Panggung Wayang 2020 | Train to Busan 2 : Bando (2020)

Train to Busan 2 : Bando (Peninsula) (2020)

Tarikh tayangan : To be Confirm
Barisan pelakon :
Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan
Director : Yeon Sang Ho


Fuhhhhh, boleh tahan banyak filem yang best keluar tahun ini. Yang confirm dalam list pastilah Train to Busan 2, Wonder Woman, Black Widow dan Top Gun : Maverick. Kalau korang, movie mana yang korang tak sabar nak tengok?


Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (9) food (104) Lifestyle (82) Personal (69) Resepi (37) Tips blogging (38) travel (51)

Contact Form

Name

Email *

Message *