Friday, December 27, 2019

Tilam SweetDream Beranang Warehouse SALE

Warehouse SALE Tilam SweetDream Beranang di Hari Kejadian Gerhana Matahari | Hai. Macam mana dengan peristiwa gerhana matahari semalam? Dengar cerita ramai yang dapat snap gambar jelas nampak bulan sabit ye? Untung betul dapat sebab handphone cikai aku nampak blur je. Jadilah buat bekal untuk diri sendiri ekekeke.

SweetDream Beranang Warehouse Sale Dis 2019

Warehouse SALE SweetDream Beranang di Hari Kejadian Gerhana Matahari

Pagi Khamis tu pukul 9 pagi dah tercongok depan Kilang SweetDream di Kawasan Perindustrian Beranang. SweetDream dah beberapa hari buat warehouse SALE, tapi bila aku sampai depan kilang ni..... Sunyi je?

Masuk dulu showroom di depan pintu masuk. Rupanya showroom ni baru buat. Patutlah sebelum ni walaupun perasan ada Kilang SweetDream ni, tapi tak nampak showroom. Iyelah kita ingatkan kilang takde bagi netizen main masuk dan window shopping, ye tak? 

Warehouse SALE SweetDream Beranang di Hari Kejadian Gerhana Matahari

Showroom kecik je, tilam, katil dan perabot ada kat belakang. Kena masuk pergi belakang pulak. Yang depan ni ada bantal, quilt dan cover tilam.

Warehouse SALE SweetDream Beranang di Hari Kejadian Gerhana Matahari

Ada banyak jenis bantal on SALE. Ada yang harga asal RM29.90, selepas sale RM10 dengan buy 1 free 1. Tapi bagi aku bantal ni keras. Macam kureng sikit. Tapi dengarnya ramai je beli. 

Warehouse SALE SweetDream Beranang di Hari Kejadian Gerhana Matahari

Tapi aku ambik yang Polyester Pillow RM89. Buy 1 free 1 juga. Harga sale RM30. Yang ni pun pada aku dah sedap tenggelam kepala 😂. 

Warehouse SALE SweetDream Beranang di Hari Kejadian Gerhana Matahari

Ada lagi, hygenic dan aromatheraphy pillow. Harga ada kat rak. Polyester pillow upgraded sikit RM70++ (takde free 1. Jangan minta ok). Jangan tanya aku apa beza dengan yang sale free 1 tu sebab aku pun tak tahu. Tak tanya pun 😂.


Masuk dalam kilang kat belakang ikut pintu kaca dari showroom. Banyak betul tilam on sale. Puas aku baring nak test tilam haha. 

Tilam memang banyak, yang tak banyaknya adalah duit. Kahkah. Aku memang aim nak cari tilam dan katil, tapi yang mampu milik sebab iols tak mampu hokay beli mahal-mahal nak letak kat rumah sana nun. Kosong je rumah itu kesian.

Dalam kilang tu, aku memang tanya kenapa tak masukkan promo ni semua dalam facebook? Even harga promo 12.12 pun, harga walk-in warehouse sale laaaagi murah. Berbaloi-baloi kalau yang nak cari tilam tu.

Warehouse SALE SweetDream Beranang di Hari Kejadian Gerhana Matahari

Cari yang spinal support, paling murah aku jumpa hari tu saiz Queen RM520. Hari lain mungkin harga jadi lain. Spring warranty 10 tahun. Dah try baring. Just nice syok je. Kalau dapat yang model Cooler laaagi syok tau. Kain sejuk jenis duduk bilik aircond tu memang susah bangun tido wakaka. Tapi harga itu up lagi lah.



Aku ada buat video dan up dalam Youtube video tilam. Video bodoh-bodoh  je. Bolehlah nak tunjuk sikit model tilam beserta harga. Tapi nak tau tak? Sebab video tilam SweetDream ni, aku dapat email Copyright Content?

Copyright content Youtube from SME
SME stand for Sony Music Entertainment okeh. Entah celah bedah mana aku guna lagu Sony Music? Video original shoot dalam handphone aku. Lagu latar guna yang free version dalam apps editor (aku kan suka yang free je).

Malas betul nak melayan. Nak isi dispute claim form macam tak berbaloi. Tapi oleh sebab ini bukan copyright strike, jadinya aku delete je video asal.

Turns out kan, video intro subscribe yang problem sebab guna lagu Touch from SME. Kelakor betul. Nak sangat benda free kan? Mengenalah jawabnya.


Kejadian Gerhana Matahari Malaysia Disember 2019

Tengahari ke Ampangan, mak nak melawat mini kebun serai. Serai ada beberapa rumpun je 😂 tapi jadilah ada hasil. Sebelum ni pokok kunyit dah naik, tapi sebab musim panas sebelum ni, mati pokoknya tak sempat jumpa musim hujan.


Gerhana matahari  malaysia disember 2019

Photoshoot gerhana matahari. Dah lambat, gerhana pun dah nak habis. Bulan sabit pun dah kurus.

Gerhana matahari  malaysia disember 2019

Cantik je kejadian kawan aku ambik gambar gerhana ni. Entah guna gadget ape? Dulukan masa aku sekolah rendah, masa tu zaman kamera guna negatif filem lagi. Ko tahu masa tu aku tengok gerhana matahari guna negatif filem okeh! Kreatif hehe.

“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Tetapi gerhana keduanya adalah dua bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah kepada Allah, sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu.”
~Imam Bukhari

Kemaskini terkini :
Kilang Sweetdreem (M) telah berpindah dari Beranang ke Mantin Negeri Sembilan. Alamat terbaru adalah :
SweetDream Industrial Corporation Sdn. Bhd.
Lot 4079, Jalan Lenggeng Batu 8,
71700 Mantin Negeri Sembilan.


12 comments:

  1. rasanya nak beli tilam baharu la nanti...

    ReplyDelete
  2. menarik sangat, kak dok tengah cari bantal tapi tu la jauhnya, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah jauh sikit. Tapi takpe. Sekarang byk bantal beli online 😉

      Delete
  3. boleh tahan murah juga harga sale tu. Memang berbaloi beli kalau brand dan kualiti okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Fiza. Tu sebab pejam mata beli je even gaji 2 minggu lagi...

      Delete
  4. saya pun teringin juga nak beli tilam baharu ini...

    tilam lama sudah lama ditinggalkan

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat gerhana tu.. SubhanaAllah..

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *