Thursday, December 19, 2019

Tomyam Campur Doll Tomyam Seremban Terbaik!

Tomyam Campur Doll Tomyam Bukit Emas Seremban Terbaik! | Hai. Ini cerita minggu lepas sebenarnya. Lepas balik dari bercuti bersuka ria bersama anak buahan maneh di Gambang (belum nak cerita sebab nak pilih gambar pun dah satu hal :D), balik semula ke rumah kakak di Senawang. Sepanjang perjalanan balik dari Pahang cuaca hujan. Jalan pun jem. Seingat aku, kami check-out dari Hotel Vistana Kuantan pukul 12.30 tengahari. Sampai rumah lagi 5 minit nak masuk Maghrib! Berapa jam dah tu oiii? Haha.

Malam tu semua melepek penat. Tapi abang ipar dengan Amin boleh keluar balik settlekan kerja diorang. Fuh, energizer sungguh! Kami yang tinggal 6 beranak lapar tapi penat nak masak. Jadinya makan luar lah kita ya!


RESTORAN DOLL TOMYAM BUKIT EMAS SEREMBAN

Tempat makan best di Seremban | Tomyam Campur Doll Tomyam Bukit Emas Seremban Terbaik!

Gambar dari fb Doll Tomyam. Kami pergi Doll Tomyam di Bukit Emas Seremban. Berdekatan dengan KTM Senawang. Ada 1 lagi cawangan Doll Tomyam berdekatan dengan Tol Senawang. Lepas Maghrib berdesup siap sebab nak makan. Terakhir makan nasi adalah masa breakfast di hotel. Lepas tu makan jajan je dalam kereta. Sarah dah buat suara sedih "Mak saya laparlah". Alahai...

Sebelum ni pernah juga makan kat sini. Tapi aku makan nasi goreng je. So this time makan besarrrrrrr sebab weols semua lapar. 

Tempat makan best di Seremban | Tomyam Campur Doll Tomyam Bukit Emas Seremban Terbaik!

Tomyam campur, sotong masak cili, telur bistik, telur bungkus, sup ekor dan udang masak ape entah. Lupa. Dan ada 2 drumstick level ayam belanda untuk anak buahan makan dengan nasi goreng cina.

Yeeeee kawan-kawan.. Lauk banyak itu untuk kami 3 orang makan. Anak buahan maneh 3 orang makan nasi goreng cina bersama ayam goreng. Kata nak makan besar kan? Hihi.

Tempat makan best di Seremban | Tomyam Campur Doll Tomyam Bukit Emas Seremban Terbaik!


Tomyam kawwwww!
Manis dan pedas. Isi penuh! Segala seafood ada dalam ni, ketam, lala, sotong & udang. Aku lupa ada ke ayam dalam ni? Haha. Epa kata dia kurang suka tomyam rasa macam ni, tapi pada aku, aku suka. 

Aku pernah beli pes tomyam Thailand tutup merah kat Kedah. Bila buat kuah tomyam memang sedap juga, tapi yang versi kedai ni lain sikit. Ada campur pes apa lagi ek baru dapat rasa manis dan pedas macam ni? Santan?

Tempat makan best di Seremban | Tomyam Campur Doll Tomyam Bukit Emas Seremban Terbaik!

Sup ekor untuk seorang makan.
Biasanya yang makan sup ekor ni orang 'dewasa' je kan? Rupanya Sarah sukaaaaa ekor. Kelakar. Padahal umur baru 5 tahun tau! Sebelum ni tak perasan sangat. Sekarang ni baru nampak. Itu yang purposely mak dia order sup ekor. Order untuk sorang makan ada 3 ketul je. Dah mak dia tak dapat sebab Sarah dah ambik portion mak dia.

Tempat makan best di Seremban | Tomyam Campur Doll Tomyam Bukit Emas Seremban Terbaik!

Sepatutnya Sarah and the geng makan drumstick level ayam belanda itu saja okeh! Haha. 

Overall semua lauk sedap. Memang licin habis kami makan. Aku paling suka tang tomyam lah. Sauk isi sampai licin. Kuah tomyam tu just nice makan dengan nasi, terasa betul kuah dia. Tapi kalau hirup macam tu je, boleh tersedak terkeluar air mata jantan!

Tempat makan best di Seremban | Tomyam Campur Doll Tomyam Bukit Emas Seremban Terbaik!

Tempat makan best di Seremban | Tomyam Campur Doll Tomyam Bukit Emas Seremban Terbaik!

Kamera suruh bagi 5 jari baru dia snap. Tak sempat nak simpan tangan dah snap haha.

Tempat makan best di Seremban | Tomyam Campur Doll Tomyam Bukit Emas Seremban Terbaik!

Alhamdulillah kenyang.
Semua licin settle kecuali bawangs dan bawangs dan bawangs dan juga serai. Untuk 3 orang makan banyak juga sebenarnya lauk-lauk ni, tapi semua nafsu dinosaur menahan lapar dari pagi kan? Memang makan besarlah jawabnya.

Balik rumah mengah-mengah menahan kenyang pula. Dah satu hal nak tengok Gegar Vaganza sambil duduk tahan perut ekekeke. InshaAllah entry Gambang dalam masa terdekat. Stay tuned.



26 comments:

  1. Doll Tomyam pun tempat favourite family saya tapi kami biasa pergi dekat Kajang. Cuba order perahu pecah, memang sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perahu Pecah? Sedap ek? Ok, pastinya akan diorder nanti 😉

      Delete
  2. Nyummmm terus lidah terasa nak makan tomyam. Haha 😁

    ReplyDelete
  3. malam malam ni belanja mata jelah tengok makanan sesedap ni

    ReplyDelete
  4. Alahai. Terliurnya tengok. Nurul dah la suka sangat tomyam lepas tu memang susah nak cari tomyam sedap kan sekarang? Yang ni nampak sedap, isi pun penuh kan.

    ReplyDelete
  5. sedap belako nampaknya makanan2 tu. mari la kelate buleh try mache2 jenis tomyam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouch. Kelate memang banyak makanan sedap. Dah lama tak mari sana.

      Delete
  6. lapar tgk gmbr makanan..nmpk byk isi sotong tu

    ReplyDelete
  7. Belum pernah lg try Doll Tomyam. Sy mmg penggemar tomyam. Huh, merecik

    Comment by Jawatan Kosong

    ReplyDelete
  8. Semua lauk tu sedap.. Jarang jumpa tomyam campur yang banyak bahan.. Selalu banyak bawang, serai je.. huhuhu..

    ReplyDelete
  9. biasa lalu sini.
    tapi lom pernah singgah.
    kalau nak balik ke melaka dari rumah MIL, lalu and tgk jer :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  10. yang dekat dengan tesco extra ni kan..pernah makan kat sini sekali. Tapi lama dah. Masa tu order tomyam sekali dia bagi tomyam putih daaa. potong selera. malas nak tunggu sebab ramai orang. Makan je la..rasa okay gak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tesco Extra pun ada, yang kami pergi ni dekat dgn KTM Senawang. Tapi kalau order lain dapat lain memang potong selera betul.. Lain kali kena komen supaya diorang alert jangan salah bagi order.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *