Monday, December 2, 2019

Smallest Thing Called Love

Riadah Pagi di South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang | Hai. Ini aktiviti biasa kalau anak buah aku balik bercuti di rumah mak. Mesti nak pergi main di taman permainan. Bukanlah kat kawasan rumah aku takde taman permainan, tapi itu versi kecik (katanya!). Heboh nak pergi taman besar.

Selalunya versi taman besar anak buah tu adalah The ParC di Setia Eco Hill Semenyih. Tapi taman tu kalau weekend dan cuti sekolah ramainya umat manusia!

Acik tak enjoy ok!
Acik perlukan space untuk main buaian jugak!

Jadinya aku bawa anak buah, sedang elok pula mak depa ada, sekali harung semua bawak pergi South Creek, Setia Eco Hill 2, Beranang pulak.

Sepanjang jalan nak sampai tu, Sarah asyik berzikir kat telinga "Acik Ira kata nak bawa pergi taman besar? Ini jalan lain?".

Biasalah ingatan diorang kalau taman besar adalah Taman Eco Hill 1 tu. Yang Eco Hill 2 ni pernah pergi tapi tak kerap. So acik kau buat surprise la kata nak hantar balik. "Cik Ira kata nak pergi taman besar? Taman rumah kita kecik". 

Ye lah nak. Berzikir lah kat telinga acik sampai esok. Bagus jugak tolong cairkan taik telinga acik ni.

RIADAH PAGI DI SOUTH CREEK, SETIA ECO HILL 2 BERANANG


Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Sampai!

Eco Hill 2 ni playground dia condition masih cantik. Bersih. Khayra dan Sarah memang suka main kat sini. Dan kali ni bawa yang kenit ni.

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Muka tak boleh blah! Kahkah.

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Tengah bersedia nak melompat 😂


Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Pergi seberang kolam tu ada lagi mini playground. Kebetulan masa sampai takde orang, dengan aku-aku sekali masuk gelongsor. Nasib baik muat! Phew. Ingatkan sangkut nak kena panggil bomba. Syukurlah acik masih slim haha.

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Comel benda alah macam basikal ni. Apa entah nama dia?

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Jambatan cantik.

Aktif sangat yang kenit ni sampai basah kuyup baju. Rambut dah macam stail kelapa acik tengok 😂. Aku dah pernah cerita pasal taman ni sebenarnya masa mula-mula buka dulu. Masa tu laaaaagilah takde orang! Kami datang, kami balik rupa itu je pengunjungnya. But now dah makin ramai. Oklah tu kan.

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Asyiklah test sticker camera

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Life is sweet isn't it? (Sesweet orang dalam gambar atas ni *flip tudung)

Life is sweet when we know how to appreciate the smallest thing...called LOVE ❤️❤️


12 comments:

  1. Cantik tmpat ni especially jmbatan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambatan tu memang cantik. Kalau pandai cari angle mesti nampak lagi cantik :)

      Delete
  2. bestnya, petang-petang beriadah spend time sama-sama. Comel je, kecik-kecik dah cute hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik-kecik memang cute. Yang dah besar je tak cute. Dia jadi lawa. Eh :D

      Delete
  3. Cantiknya taman ni.. Aunty pun terasa nak pergi taman besar ni 😆

    ReplyDelete
  4. Tempat ni cantik. Salah satu faktor untuk buatkan orang ramai rajin datang dan beriadah kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan salah satu sebab lagi adalah... Orang tak ramai 😉

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)