Thursday, December 12, 2019

#JJCMPenang (Part 2) : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota Lama

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota Lama | Ok jom sambung adventure kita ke Penang dulu. Part 1 boleh baca di SINI. Yang kelakar pasal blogpost ini adalah ......... it takes me 2 years untuk sambung semula cerita ni. Pengsan! Kiranya ini throwback blogpost lah kan? Kira halal laaa... Tapi setakat ke hari ini inshaAllah tempat-tempat di Penang yang aku pergi ni masih lagi buka di Penang, dan tempat menarik Penang makin bertambah nampaknya memanggil-manggil untuk datang lagi, ahaks.

Kalau bertolak dari KL waktu pagi weekday sesuai sangat sebab kereta tak banyak. Tengahari dah sampai Penang. Boleh terus check-in. Kalau nak terus makan kat Padang Brown pun boleh je sebab Padang Brown tu betul-betul belakang One Pacific Hotel. 

Tapi kami tak makan kat Padang Brown. Saja nak feel angin tiup-tiup belai pipi. Jadi ingat nak bawak mak kita ronda Padang Kota. Lepas check-in, rehat sekejap dan solat jamak baru keluar cari makan. Waktu keluar tu just nice hari dah petang waktu sesuai untuk minum petang, makan benda yang manis-manis sesuai dengan tuan taip yang manis (kah!) dan semestinya makan pasemboq! 

PASEMBOQ PADANG KOTA LAMA

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota

Ini yang kita cari. P.A.S.E.M.B.O.Q.
Penang kan dah ada banyak pilihan nak makan pasemboq. Bagi aku, mana-mana sama je, haha. Tapi sebab menang kat sini sebab tepi laut. Dan dulu ni tempat aku dating dengan crush tak jadi masa zaman intern dulu. Jadi sesambil bawak mak jalan-jalan bagilah can kakak nak campak belakang sekejap.

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
Mesti dah lain kan jalan ni? Ke sama je?

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
Laici Kang & Air Batu Campur (ABC)

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
Aiskrim ABC dia main guna bermacam flavor haha. Lupa nak request aiskrim vanila. Shedapppp sebab banyak jagung! Kacang pun banyak.


#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
Macam biasa ABC kita gabungkan dengan laksa.

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
Laici Kang warna warni..

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
Standard lah datang Penang kan?

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
Sebenarnya kan.... Dah lupa nak cakap apa haha. Sebab tak perasan blogpost ni terperuk draft dah 2 tahun. Baru-baru ini bila godek tukar template blog, nak masukkan balik blog entry di sidebar baru perasan. Aik. Benda alah ni masih draf? Jadinya terpaksa rela juga publish! Hehe. Itu pasal, kalau ada benda yang tak update 2 tahun lepas, korang buat-buat tak nampak sudah hahaha.

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
The next day, round pertama breakfast.

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
Seingat aku, breakfast dia biasa je. Ok lah banyak juga pilihan tapi biasa-biasa. Agaknya sebab ramai yang lebih suka breakfast luar.

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
Settle breakfast saja pergi ke Bukit Bendera walaupun tahu tak boleh masuk pun. Kebetulan masa datang ni, Bukit Bendera tutup lama untuk maintenance. Dah tahu tutup tapi saja jugak datang tengok. 

#JJCM Penang : Makan Pasembor Minum Laici Kang di Padang Kota
Dah macam pungguk rindukan bulan pulak. Tak dapat tengok orang, tengok bumbung rumah pun jadi..... Datang jauh-jauh tapi tak dapat naik. Ralat jugak tapi apa boleh buat ye tak? Ada rezeki kena datang lagi nampaknya nak naik Bukit Bendera pulak. Seingat aku, lepas balik dari Bukit Bendera ni, kami pergi Pantai Tanjung Bungah. Tapi tak buat apa pun. Tengok-tengok je. Masa tu panas berdenting ok! Mau rentung hangus aku yang dah sedia rentung kalau join bersidai kat tepi pantai. Tapi yang bestnya, ramai pulak yang bersidai panas terik tu... 

Takpelah... Diorang semua memang mencari kerentungan. Aku seperti rakyat Malaysia yang lain kebanyakannya mencari.... Yang putih hehe. Kelabu + Putih baru lah nampak aura dia memancar. MasyaAllah.

Last transit sebelum singgah penuhkan tangki perut adalah Hard Rock Penang. Tapi tak beli apa-apa pun. Not fan of Hard Rock actually. Tapi saja masuk tengok-tengok. Macam masuk Hard Rock Ho Chi Minh dulu pun sama. Gigih + beria-ia tau ajak guide naik Grab semata-mata nak masuk HR. Tapi bila keluar tak beli apa-apa. Hmmmmm.... Nasib tak digulaikan.


18 comments:

  1. ari tu aida ke pdg kota lama tu. makan.
    tapi masa tu dah mlm, baru sampai penang.
    penuh org. tak dpt nak amik gambar :) ha ha ha ha...
    dah la ujan renyai-renyai :)
    baru teringat tak up lagi entri jalan2 ke penang...
    pasembor penang memang sedap. sgt sedap!

    ReplyDelete
  2. sedapnya semua tu, rindu nk makan pasemboq penang lagi...
    panas-panas gini bestnya kalau dapat abc ngn laicikang tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh, panas-panas ni semua air sejuk jadi sedap hihi

      Delete
  3. 2 tahun akak duk Penang ni. Tak rajin ke keluar makan2 kat tpt2 mcm ni. Ye lah 30 thn dulu. Now dah lagi mcm2. Lg seronok kan kalau JJCM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni nak jjcm pun macam-macam ada..Sedap sedap sampai confuse nak pegi yg mana :)

      Delete
  4. pasemboq original Penang ni Sha... lama dah kak ana tak pii Penang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha last masuk penang 2 bulan lepas. Tapi tak masuk pulau. Jadinya tak dapat repeat pasembor. Teringat-ingat hmmm.

      Delete
  5. lama tk ke penang...pi pn urusan keje...fav passebur tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Biasanya hal kerja. Tapi in between kerja selitkan jugak jjcm hehe

      Delete
  6. ye, betul. Memang standard kalau singgah Padang Kota memang wajib pekena pasemboq sepinggan. Hampir puluhan ringgit kalau amek macam-macam. Ikut nafsu makan yang sesekali datang penang semua nak makan..aduhaiii. ingat penang ingat makan je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga memang berbaloi dengan kuantiti. Dah rasa sedappp.😊

      Delete
  7. ohmyAllahhhhh pasemboq diaaaa kemahen merah makngah! hahahaha. nampak sodap sangat tuuu, dengan isi dia meriah tu huwaaaaaa! NAK!

    ReplyDelete
  8. Adoi..baritu tak dan nak singgah makan pasemboq.. orang rami bersusun-susun.. malas nak bersesak.. hehehe..

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (85) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *