Sunday, December 8, 2019

Talapia Hitam Goreng Berlada Untuk Makan Tengahari

Ikan Talapia Hitam Goreng Berlada Untuk Makan Tengahari | Hai. Ada tak yang tak pernah makan ikan talapia hitam? Sebab talapia merah biasa sangat jumpa. Kalau makan di kedai masakan nasi campur, pun biasa jumpa kan?

Biasanya talapia merah mesti goreng dan dibuat sambal berlada. Macam tu juga resepinya bila dapat ikan talapia hitam ni. Jadilah ikan talapia hitam goreng berlada.


Talapia Hitam Goreng Berlada Untuk Makan Tengahari

Kebetulan abang ipar baru balik dari kampung bagi ikan talapia hitam. Banyak pula tu. 1 plastik! Hasil memancing katanya. Pucuk dicita ulam mendatang. Rejeki terpijak sungguh!

[Baca juga] : Dah cuba sosej Korea viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya?

Saiz ikannya kecil sikit, adalah 2,3 ekor yang besar. Tapi walaupun kecil, isinya sedap dan takde pula rasa hanyir tanah. Itu yang best sebab emak kalau ikan sungai / ikan air tawar memang kurang sikit makan. Sebelum ni ikan patin pun emak tak makan. 

Tapi ikan talapia versi menantu bagi ok boleh makan dan sah untuk dimasak dalam dapur emak, hehe.


Talapia Hitam Goreng Berlada Untuk Makan Tengahari


Masak sambal berlada ikut style nogori. Guna cili padi (tumbuk tau!). Dan bawang besar banyak. 2 biji yang besar tu. Tumis sampai pecah minyak. 


Kobis tumis air sos tiram
Pardon my kuali. Epa boleh lupa dia masak sampai hangit melentung lauk. Berpeta terus kuali emak. Kalau dapat kat kuali aku, jangan harap silakan ganti baru hnshbshns.

Makan pula lawan dengan kobis masak sos tiram. Alah, macam masak tumis air, cuma tambah sikit sos tiram bagi perasa. Syok sikit makan sayur, hehe.



p/s : Kakak dah tanya bila nak buat corn dog pulak? Alahai, teringat cheese yang melimpah ruah masa makan corndog Chun, tasabarrr.


12 comments:

  1. Jarang makan ikan talapia. Tapi kalau ada ikan talapia mesti goreng garing masak berlada macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Talapia memang sesuai sangat goreng garing berlada. Boleh bertambah nasi hehe

      Delete
  2. byk tulang.
    aida kalau talapia ni, buat goreng garing garing.
    tulang nyer jadik krap krup krap krup.
    masak lemak sedap jugak.
    yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah makan lagi yg versi masak lemak. Okeh, lepas ni boleh try :)

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *