Sunday, December 8, 2019

Sambal Udang Petai Sedap Sangat

Tengahari tadi masak sambal udang petai yang sedap sangat. Sedap sebab dapat udang fresh. Bila makan dengan nasi, kopek kulit udang memang boleh rasa manisnya isi udang. Aduhai sedapnya udang tak boleh bawa bincang!

masak sambal udang petai yang sedap sangat.
Kuali peta. Lain machiam sedapnya pula bila guna kuali ni haha.

Beberapa hari lepas beli udang di Tesco. Best shopping barang basah Tesco waktu petang hari bekerja ni. Sebab orang tak ramai dan.... Kadang-kadang ada harga promosi yang best. Udang RM22 sekilo saiz sederhana. Dan beli juga ikan siakap 2 ekor RM12 sekilo. Seekor saiz besar baru RM10. Syok buat siakap stim limau.

masak sambal udang petai yang sedap sangat.

Jadinya masak sambal udang petai. Petai sebeban curah dalam sambal. Bila makan kuis sikit celah sambal mesti jumpa petai. Sekali suap nasi 2,3 petai masuk, haha. Eja yang tak makan udang, tapi petai dalam sambal pun dia ambik. Memang peminat petai! Malam jangan kita berlumba 'lepaskan angin' sudah. Terpaksa MC pulak esok nanti kahkah.

[Baca juga] : Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya


masak sambal udang petai yang sedap sangat.

Selain sambal udang petai, makan tengahari hari ini lawankan dengan kurma telur, tauge kasar tumis air dan sambal hijau tempe kentang. 

Sambal hijau tempe dan kentang
Sambal hijau tempe dan kentang

Tauge kasar masak tumis air

Tauge kasar ni memang favourite emak, menurun kesukaan ini ke anak-anak pulak. Tauge yang crunchy, dah siap masak tumis air pun masih crunchy. Cuma kali ini terlupa beli tauhu, jadinya kurang meriah taugenya. Tapi takpe, masih licin 1 mangkuk dalam cubaan pertama makan.

Kurma telur

Kurma telur yang langsung tak pedas untuk anak buahan. Diorang kalau bagi sup, kurma memang makan laju siap bertambah nasi. 

Petai beli yang dah siap kopek dalam plastik. Eheh senang nak simpan, lagipun jimat masa nak kopek petai dari sisir. Next time, mungkin sambal ikan bilis dengan....petai?

Kita tunggu....

12 comments:

  1. ala Sha...rasa lapar la pulak time tengah2 malam ni...heeh

    ReplyDelete
  2. Ya Allah , apahal bawak aku ke sini . My favourite nie , rasa nak menangis time-time nie teringin sambal udang petai . Dugaan .

    Kurma telur tak pernah buat . Baru kemarin sedara from penang datang rumah . Saya buat ayam masak kurma . Kalau balik kg boleh try buat kurma telur pulak memandangkan anak-anak buah semua hantu telur .

    Kadang kalau stok udang dah habis , saya pun selalu buat petai dengan ikan bilis . Petai tempoyak campur ikan bilis pun nice . Eiiii , sumpah terliur dah nie .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal bilis petai baru je buat hari ni. Sekali makan habis lichinnnn 😁

      Petai tempoyak kan? Aah la sedap gak tu. Okeh nak cari tempoyak pulak hehe.

      Delete
  3. Sedapnya udang sambal petai. Mesti makan bertambah nampak lauk ni. lagi sedap dapat udang fresh. Menu lain pun sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tambah nasi lagi, tapi takut lupa orang belakang hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Kena cuba petai juga sekali. Tapi mula-mula kena tahan dgn bau dia dulu la 😅

      Delete
  5. ni bukan sedap sikit sikit ni.
    terlalu sedap.
    tapi tu la. asben aida sgt tak boleh makan petai byk.
    nanti badan berangin.
    dia suka. tapi kena ditahan-tahan makan sambal petai.

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (102) Lifestyle (81) Personal (66) Resepi (37) Tips blogging (38) travel (51)

Contact Form

Name

Email *

Message *