Resepi Sambal Telur Hancur Paling Mudah dan Cepat | Hai. Syoknya hari ini orang Selangor bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor kan? Aku pun sama syok aih lepak rumah sambil bergusti dengan anak buahan 2 orang ni. Banyak betul mulutnya bila 2 orang ni bergabung. Buat acik geram je tau!
Alang-alang dah cuti ni, selain bergusti bolehlah main masak-masak. Sebab ada tripod pink baru sampai. Saje la nak test ok ke tak. Sekali kan comel je tripodnya kahkah. Nak rakam video masak pun tak sampai. Jadinya dari 3 lauk, rakam 1 lauk je. Guna tangan. Jadilah...
Ok. Ini resepi sambal telur hancur yang senang gila. Masa penyediaan dan masa memasak roughly tak lebih 10 minit. Menu ni memang paling kerap masak (selain sambal ikan bilis) jika lapar gila tapi malas nak keluar dan malas nak masak.
RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR
Bahan-bahan:
- Bawang merah 2 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Asam keping 1
- Cili kisar 6 sudu
- Telur 4 biji
Cara masak:
1) Tumis bawang merah dan bawang putih sampai layu.
2) Masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak.
3) Semasa mengacau cili, masukkan asam keping.
4) Selepas cili pecah minyak, perasakan garam secukup rasa.
5) Masukkan telur. Kacau rata.
Mak kata malunya tunjuk kuali hitam. Haha. Adoi. Ye lah mak lepas ni kita cari kuali cantik ok... Ada lagi tak lauk yang lagi simple dari Sambal Telur Hancur ni? Hehe.
p/s: Kalau tak suka asam keping, boleh ganti dengan tomato.
sedapnya. makan dgn nasi panas panas. perghhh terangkat
ReplyDeleteNasi panas + kicap. Fuhhhh
DeleteSangat mudah dan sedap. Janji cili kisar tu dah siap sedia ada.
ReplyDeleteSetujuuuu. 10 markah 😉
Deletechantek comel dah tu kuali tuuh
ReplyDeleteHehehe. Ye lah wak :)
Deletesedap nih, kalau versi akak tukar cili kering tu dengan cili api ... memang jadi kesukaan sefamily
ReplyDeleteDengan cili api pun sedap. :)
Deletesambal telur is something yg kerap aida masak kat umah.
ReplyDeletejust telur aida tu tak dihancurkan :)
sedap nyer kalu buat hancur gini.
gaul dgn nasi panas, terbaik!!!
Terbaik :)
Deletemudah sgt tu...fav juga tp tk pernh buat
ReplyDeleteNanti kalau dah buat update tau :)
Deleteapa apa resepi berkaitan dengan telur i lovee ittt! HIDUP TELUR! tettibeee hahahaha.
ReplyDeleteEh tiberrrrr haha 😂
DeleteLauk paling mudah bila nak cepat.. hehehe..
ReplyDeleteBetul 😁
Delete