Monday, December 9, 2019

Pengalaman Bawa ATV di Kemensah Ampang

Hai. Hampir lupa pula nak cerita Pengalaman Bawa ATV di Chalet Warisan Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang baru-baru ini. Bawa All Terrain Vehicle (ATV) merupakan salah satu checklist aktiviti 'liar' yang aku nak sangat buat sebenarnya. Takdelah liar sangat, haha biasalah statement selalu over, ekeke tapi adalah beberapa benda yang aku nak juga rasa sendiri. 
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Jom kita ber-ATV

Antara yang dah masuk dalam checklist, antaranya berenang dengan jerung (dah buat masa travel ke Maldives) dan bawa ATV. Terima kasihlah kepada officemate yang dah realisasikan checklist aku, dan rasanya checklist ramai staf kolej kami juga hehe.

Program ini katanya ada elemen surprise tau! Memang surprise sangat sebab sampai hari Ahad petang (program hari Isnin pagi), masih lagi tak tahu apa nama tempat yang nak pergi ATV ni. Yang aku tahu, tempat dia di Kemensah Ampang. Macamkan Kemensah itu sebesar duit syiling 50 sen, ye tak? Tak lama kemudian baru dapat pin google maps. Dapat pin aje tau! Nama tempat tak dapat lagi. Gila punya secure kalahkan exam nak simpan kertas exam pelajar. 

Pagi Isnin, berbekalkan Google Maps aku pun memulakan perjalanan. Beranang ke Ampang pun trafik boleh tahan tau! Sampai lokasi dalam maps, celah bedah pulak rupanya tempat ni? Masa ni dah start blur. Betul ke weh nak naik ATV kat kawasan perumahan elit ni? Takkan bawa ATV atas jalan tar? Berhenti sekejap kat tepi, tak lama kemudian nampak kereta boss pulak. 

Aik, bos pun sama sesat? Kahkah. 

Sikit lagi aku nak balik dah kalau lokasi yang diorang bagi salah. Call kawan yang lain semuanya tak angkat phone. Sikit lagi nak menangis kahkah cembeng gila masa tu. Syukurlah ada penyelamat seorang yang angkat phone. Tak sempat hanyut dalam lautan cembeng, dah dapat nama tempat zasss teruslah kita guna waze. Nak harapkan lokasi maps yang dibagi? 

Hm. Kelaut....

CHALET WARISAN HATI RIMBA, KG. KEMENSAH ULU KLANG AMPANG


Sampai Chalet Warisan Hati Rimba ni ya Allah cantik sangat tau! Terubat sikit hati cembeng tadi dengan kelawaan tempat ini. Gittuh. Tapi ini nanti untuk entry seterusnya ya. Nah kasi belanja sikit gambar chalet. Jangan kata Kak Sha tak payung..

[Baca juga] : Bermalam di Chalet Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah Ampang

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang

Perkara pertama sebelum mula adalah taklimat keselamatan. Abang yang bagi taklimat kami ni yang jaga kami sepanjang masuk dalam hutan. Antara benda yang sangat-sangat ditekankan sebelum dan sepanjang bawa ATV nanti seperti...

- Jangan keluarkan kaki dari ATV semasa bawa.
- Jangan keluarkan kaki dari ATV sekiranya rasa ATV macam nak terbalik sebab confirm takkan terbalik (even ko dah senget hampir 150 darjah haha)
- Masa turun bukit, sentiasa press brake.
- Stay close dengan ATV lain semasa turun bukit (takut brek tak makan, jadi ada backup orang depan tolong tahan.
- Pakai kasut sukan
- Pakai pakaian yang sesuai sebab masuk lumpur selut. Kalau pakai baju cantik?......

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Kena isi Borang Pelepasan Keselamatan. 

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Selesai isi Borang Pelepasan Keselamatan marilah kita bersedia untuk bersuka ria! Pilih nak ambik ATV mana. 


Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Mari kita mulakan!

PENGALAMAN BAWA ATV DI KEMENSAH AMPANG

Oleh sebab ini pengalaman pertama aku membawa ATV, mula-mula agak kekok juga tetapi menyeronokkan. Pemanduan sama seperti membawa motorsikal tetapi berbeza cara menekan minyak. Kalau motor perlu memulas minyak, ATV hanya menekan butang untuk bergerak. Tiada gear 1,2,3 tetapi ada tuil untuk menukar pemanduan ke hadapan, belakang (reverse).

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Mula-mula jalan lalu jalan tar. Oklah agaknya memang ATV sini lalu jalan raya kut? Kami dimaklumkan yang route yang kami lalu ni adalah Fun Ride. Kiranya laluan paling mudahlah. Route ini akan berakhir di Air Terjun Kemensah atau nama glemernya.... Air Terjun Sofea Jane.

ATV RIDE KE AIR TERJUN SOFEA JANE KEMENSAH

Kenapa Air Terjun Sofea Jane?
Sebabnya Sofea Jane pernah berlakon di air terjun ini untuk filem Cinta Kita. Oleh sebab Sofea Jane sangat 'in' masa itu, orang ramai start panggil dengan nama Air Terjun Sofea Jane. Bagi nama komersial kaedahnya. 

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Geng ATV depan sangkut.
Lepak luar ATV dulu sebab macam lama je sangkutnya. Aku ingatkan highway je jem, dalam hutan pun ada. Sambil menunggu tu, sempat membawang sikit. Rupanya kata abang yang jaga kami, hujung minggu memang ramai artis yang selalu ke Kemensah nak naik ATV. 

Baca juga : Menerjah Kota Kinabalu Melalui Banjaran Crocker yang Menakjubkan!

Hasil siasatan di depan rupanya ada 2 ATV putus rantai. Jadi kami geng belakang kena tunggu juga sampai siap repair  sebab laluan dah blocking dengan ATV depan yang tak bergerak. Sambil menunggu, hujan turun renyai-renyai. Bila hujan turun ni sila lah bersedia untuk mandi selut dan lumpur, eheh. 

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Masing-masing dah bersedia nak bertukar menjadi cucur badak berkubang dalam lumpur.

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang

Semakin naik tu, adalah kena tempuh laluan berbukit, masuk lumpur, jalan berlubang, bawa ATV lalu atas dahan yang tumbang, lalu tebing yang sempit sampaikan satu tahap masa bawa ATV lalu jalan tak rata sampaikan rasa ATV nak terbalik!. Tapi jangan risau dan kekalkan ketenangan anda. Apa aku cakap kat atas tadi? Jangan keluarkan kaki nak tahan ATV sebab confirm takkan terbalik. So no need nak blocking sebab buat macam tu boleh membuatkan kita cedera.

Half way nak ke air terjun kena jalan kaki rupanya. Jadi parking di kawasan lapang sebelum jalan kaki ke bawah menuju ke air terjun. Nak jalan turun tu boleh tahan jauh juga. Ada lah dalam 10 minit dengan tanah licin lecak penuh. Masa ini rasa bestnya kalau ada boot Phua Chu Kang untuk selamatkan kasut sukan aku.

AIR TERJUN SOFEA JANE

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang

MasyaAllah, cantik gila Air Terjun Sofea Jane Kemensah ni! Secantik Sofea Jane. Dan secantik orang kat atas ni (pengsan kejap). Masih terjaga kebersihan dan airnya. Sejuk gila!

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang

Kami tak naik atas air terjun pun, newbies seharusnya main di bawah-bawah air saja. Yang semangat lebih main air adalah dalam beberapa orang, jadilah buat wakil yang tinggal kat atas tak turun dalam air.

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Duyung jantan

Disini kami berhenti rehat, mandi (2,3 orang je yang jadi duyung yang lain bersidai atas batu), makan tengahari yang disediakan oleh penganjur dan solat. Selesai makan jalan kaki semula balik ke tempat ATV yang ditinggalkan di atas bukit tadi. Masa ini dah menyesal gila makan tadi habis licin nasi sebab mengah nak mampos okeh nak jalan kaki naik bukit pergi ke tempat parking ATV tadi.

Serius menyesal! Bos kat belakang pun dah tersengih-sengih naik bukit tapi senyap je lah tak cakap apa-apa. Tapi bos pun mengah kannnnn? Hahaha. Aku je membebel mengah bising kata tak fit. Kak Wawa pula asyik kata silap kita makan kat air terjun ni. Patut tunggu sampai kita dah balik kem. Padahal masa makan tak fikir azab kemudian hari, kahkah.

Perjalanan balik pemanduan lebih smooth dan laju disebabkan dah ada feel bawa ATV. Cumanya masa balik, kami ikut route lain sebab katanya route sebelum itu agak susah untuk kami disebabkan hujan sebelum ini jadinya lebih banyak lumpur. Nanti boleh sangkut lebih lama disitu.

Jadi proceed route lain, ingatkan senang dah. Rupanya hazabedah juga! Kahkah. Rekod cemerlang aku yang tak sangkut dalam lumpur, kini tercalar....... Ku bernafas dalam lumpur....

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
 Yang jaga depan kena bagi yang sado baru selamat...

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang

Kalau perjalanan pergi tadi banyak menaiki bukit, balik ini pula menuruni bukit. Memang banyak bermain brek. Masa ini, ada beberapa ATV yang brek kurang mencekam katanya. Bila turun bukit berlanggar dengan ATV depan. Pertama kali kena hentaman dari belakang, terkejut jugak! Kali kedua terkejut sikit. Kali ketiga dah tergelak-gelak. Mana tak tergelaknya kalau setiap kali kena hentam, orang belakang minta maaf "Sorry brek tak makannnnn". Yelah takpelah. Diampunkan. Nanti kita tarik balik saman langgar belakang tu ya. Hehe.

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Overall, pengalaman yang indah!
We learnt how to cooperate, we learnt how to give trust to each others, we learnt how to give support, morally and physically. And the best thing is... we learnt that... we can enjoy despite all the grades and positions in organisation. 

Happiness is not something ready made. It comes from your own actions.

Jangan lupa Like & Subscribe ok :)

15 comments:

  1. ATV macam best jer..

    mesti seronok untuk gunakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best.. Dah try sekali rasa addict nak ulang lagi ๐Ÿ˜Š

      Delete
  2. syoknya dapat ride ATV. tapi macam kurang berani kalau sorang²..mungkin kena berdua baru berani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ride ATV berkumpulan baru best. Macam-macam ragam boleh nampak hehe.

      Delete
  3. yuhuu best betul liputannya... xpenah cuba naik menatang nih...
    boleh buat aktiviti dengan pelajar nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti menarik yg boleh buat dengan student PR. Thrill, fun & we learnt how to give trust to others ๐Ÿ˜Š

      Delete
    2. haah dah lama terhenti aktiviti macam ni.. biasalah bertukar pihak pengurusan, bertukar juga ideologi...

      Delete
    3. Rugikan bila kadang-kadang pengurusan tak nampak aktiviti begini mampu menjana sahsiah pelajar ke arah lebih baik. Kesan dia bukannya terus nampak, ia akan beri kesan kemudian hari. Tapi, siapalah kita nak argue bab pengurusan ini kan...

      Delete
  4. Bestnyaaa dapat buat outdoor activity . Paling best kalau ada kawan-kawan yang satu kepala . Kawan-kawan saya dah ramai yang kawan dan ada anak , so boring la susah nak ajak diorang buat aktiviti macam nie .

    Tak pernah try bawak ATV dan tak rasa lagi best tu macam mana . Dari apa yang sis ceritakan nie saya rasa menarik dan best sangat . Kawasan sungai dan air terjun tu pun bestnyaaaa . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun susah nak cari geng buat aktiviti macam ni. Mujur sangat team building office arrange ATV.

      Serius pengalaman yang memang best, rasa nak repeat lagi ๐Ÿ˜‚. Sungai air sejukkkkk, bersih dan tak ramai orang. Heaven!

      Delete
  5. tk pernh try lg aktivity ATV...wah nama air terjun sofea jane...1st time dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time dengat hari tu. Comel sangat namanya hihi

      Delete
  6. Hello, this weekend is good for me, since this time i am reading this enormous informative article here at my home. warn atv winch reviews

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *