Tudia penangan sale 12.12. Boleh tahan juga harga ye. Tak dan nak habiskan trauma shopping Black Friday & 11.11 datang pula sale 12.12. Fuh. Parkinson tau tangan kita ajak window shopping. Tapi nasib baik duit dah kering, tak jadi menyoping hehe.
Sebenarnya dah riki-riki juga nak beli apa untuk sale 12.12 ni. Takde apa sangat pun. Bukan Arcopal atau non stick pan pun. Atau handphone. Bukan. Cuma barang keperluan harian macam sandal dan serum.
Serum?
Yup serum. Dah lama nak beli serum hiruscar sebenarnya sebab dah berbotol pakai pencuci muka dia. Memang ok sesuai dengan muka. Lepas tu cuba gel parut & gel jerawat. Pun best jerawat cepat susut.
Now nak cuba serum pula sebab muka over berminyak. Tak tahan betul minyak muka ni. Boleh buat goreng keropok ikan dan goreng donat gebu!
Harga biasa boleh tahan jugak. Ingatkan nak tunggu 12.12. Tapi kan.... Tak tahan gak nak tunggu. Lama nau. Aku dah terbeli pun serum tu haha. Dapatlah murah sikit sebab sale awal. Beli jugak sandal Monobo yang sedap gilaaa itu.
[Baca juga] : Surat Cinta Pertama MBPJ
[Baca juga] : Surat Cinta Pertama MBPJ
Sandal Monobo yang sedap dipakai itu. Dia ala-ala kasut getah. So takde risau isu sandal basah kena air.
Semalam start dari pagi apps shopee setiap jam asyik menyanyi. Shopee.... Shopee... Shopee.. Watson pun sama. Lazada pun sama.
Ini semua godaan mengajak window shopping le tu. Sorry beb. Iols dah shopping awal. Tak kosserlah nak tunggu.
Buat yang shopping 12.12 dan seangkatan dengannya. Hati-hati ya. Pilih store yang verified. Berurusan hanya didalam apps (shopee sahaja) dan tengok-tengok juga rate postage.
Macam semalam terkena kes tak masuk akal. Nak beli mini beg mekap. Ala candy bag yang selalu jadi souvenir kalau beli kolagen. Dulu aku selalu dapat hihi. Sale Shopee dapat 1 beg berharga RM 0.65. Ada 5 warna. Jadinya pilih setiap warna 10 pcs sebab Eja nak jadikan beg mekap ni goodies kenduri. Test beli sikit dulu sebab nak tengok kualiti.
Bila checkout kan... Delivery from China jadi RM127. Pitam jap. Gila ke postage harga gitu? Kensel.
Jumpa lagi yang lain. Harga laaaaaagi murah gila. RM0.20 sahaja! Tapi boleh beli 1 pcs sahaja setiap warna beg. Dan postage harga tak masuk akal. Kensel juga.
Kahkah. Ketawa sorang-sorang jap. Orang lain elok je shopping, awak dapat harga shipping RM127. Mana tak kelakar 😂. So.. Apa cerita shopping sale 12.12 korang?
sale 11.11, 12.12 takde beli apa pun, kuat lagi iman dengan godaan sale tu heheheh
ReplyDeleteAlhamdulillah, selamat poket hehe 😉
Deleteabe kie jika beli on9 sebaiknya cari yg free postage. kalau ada caj sebaik2nya elakkan.
ReplyDeleteSetuju. Itu yg rasa kelakar sangat dengan 12.12 ni..
Delete12.12 dah lepas untuk tahun ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kita tengok tahun depan pula 😅
Deletepostage jd mahal..brg murah...xberbaloi ...tp mmg mcm2 sale kan...yg kaki shopping sure mcm2 di grab brg2
ReplyDeleteYg kaki shopping memang tunggu sale besar-besaran macam ni
Deletekita dapat harga murah...siap free postage alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah syoknyaaa. Beli apa?
Deleteterkejut kalau tetiba phone bunyi shopee tu ha.. sale 11.11 or 12.12 tak beli apa pun..perati dok tepi je. hihi kalau shopping kat shopee memang kena belek betul betul termasuk review.
ReplyDeleteTang phone nyanyi shopee tu sampai ke hari ni ada lagi. Adeh 😅
DeleteAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeletesale 11.11, 12.12... memang menggoda dan menguji tahap keimanan hehehe.. tapi setakat ni tak terjebak lagi dengan sala tu. walaupun ramai member2 yang dah terjebak hhehe
Alhamdulillah, selamat poket 😅
DeleteKak Feni pon terjebak jugak dengan 12.12 ni. Beli kipas dgn botol comel. Haha
ReplyDeleteHehe. Kalau betul berbaloi takpe kak feni. Kita yg untung 😉
DeleteHAHAHAHAHA tergelak juga ni bila tengok harga jadi RM127. tu macam dah pedajal orang je tu. harga less than RM1 tup tup tup checkout jadi 100 lebih. permainan apakah ini?! HAHAHAHA.
ReplyDeletekc tak beli 12.12. beli selepas time tu hahaha. lambat sikit. tapi still ada je sales. And I bought 80 sheet mask + 1 kasut wedges + 1 flat shoes + 1 hada labo toner = RM90 lebih camtu. Okay la kan? Tu including postage hehehe. Moga selamat lah sampai aamiin! kekeke
Murah la tu kc sebab toner HL biasanya RM40++. Dengan wedges lagi. Anda telah membuat pilihan yg bijak!
Deleteso far tak pernah terpengaruh lagi dengan sales ni semua except kalau memang betul2 nak beli something. selamat poket. hihihi
ReplyDeleteHehe. Sha masa 11.11 tak terpengaruh juga. Yg 12.12 je sebab kebetulan ada brg nk beli.
DeleteShopoing barang keperluan je tapi lepas 12.12.. kikiki.. Cari yang ada free postage dan berbaloi dibayar je..
ReplyDeleteRupanya lepas 12.12 pun ada sale lagi kan? Harga pun still ok. Kelakar pulak bila ingat hehe.
Delete12.12 aida x soping.
ReplyDeletesebab abis soping dah 11.11 :)
so far aida beli semua ok. tip top. alhamdulillah...
tgk la nanti 1.1 hi hi hi...
Eh, ada pulak 1.1? Adehhhh 😂
Delete