Tuesday, December 31, 2019

Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu

Payang Memory Lane Chinatown | Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Hi. Ini memang betul-betul entry throwback haha. Ceritanya macam ni. Hari tu ada update gambar yang ada banyak padlock di Chinatown Kuala Terengganu ni dalam instagram. Saja je update gambar lama sebenarnya, sebab gambar terbaru takde sangat. Jadinya godek-godek dalam photo drive terjumpa pulak gambar ni. Dan belum update dalam insta rupanya sebab masa itu kakak berada di zaman hermit. Kahkah.

Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu

From Kuala Terengganu with ❤️ gitu. Pergi Kuala Terengganu sebab teman Epa pergi wedding kawan dia. Aku dengan Epa drive dari Beranang, mean while kawan dia lagi 3 orang datang dengan 1 kereta.

Kalau tengok dari gambar atas ni, adakah boleh kategorikan aku seumur dengan mereka? Hahahahaha.

PAYANG MEMORY LANE, CHINATOWN KUALA TERENGGANU

Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu

Entrance Payang Memory Lane, Chinatown.
Nama pun Payang Memory Lane. Tentulah lokasinya berdekatan Pasar Payang. Trip Terengganu ni trip menumpang kasih sebenarnya. Siapa lagi yang nak menumpang kasih kalau bukan aku. Menumpang kawan-kawan Epa berjalan. Baik dari rumah pengantin, membawak ke makan  membawak ke berjimba. Itu pasal penuh gambar dengan kawan-kawan Epa.

Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu

Sedangkan tahi lalatmu pun ku kenal, apa lagi lubang hidungmu yang jadi pojaan hatiku....
Kita cucuk  lubang hidung Marilyn Monroe sat. Payang Memory Lane ni sama je konsep dengan Penang Street Art. Banyak mural along the way. Sekarang tak pasti samada the mural masih lagi cantik terjaga dan terang warna dia. 

Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu

Wefie dengan adik sendiri is a must!

Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu
Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu


Okeh inilah gambarnya yang menjadi persoalan di Instagram. Sebenarnyakan, kami pun tak tahu kewujudan tempat ni (pada hari trip tersebut) hahaha. Dari rumah pengantin di Kuala Dungun, terus shoot ke KT sebab katanya nak sight seeing. Ini memang konsep redah je kaedahnya. Sebab konsep redah itulah ada benda kelakar + horror jadi kepada kami.

Di Kuala Dungun, kami menginap di homestay tapi yang 1 bilik je. Cantik rumah dia okeh, besar rumah banglo. Bilik pun ok lah bersih. Takde komen apa-apa pasal homestay tu. Then bila ke KT, kami kan main redah je jadinya takde reserve any hotel. Walk-in je lah.

Tapi bila sampai KT, most of the hotel fully booked! Tak ingat ada cuti apa, dan ditambah weekend, memang menggagau cari hotel. Cari dalam Agoda membawa kami ke hotel pertama, apa entah nama hotel tu. Dalam gambar nampak ok. Bila sampai, dah serupa hotel bajet dengan pintu nak terkopak, dinding bocor, bilik air kotor! Dan laluan ke bilik gelap. 

Aduh aku risau pencegah maksiat datang ketuk pintu bilik aje nih!

Horror gila untuk 5 orang perempuan okeh! Itu sebab aku tak ingat nama hotel tu. Kahkah. Then hotel kedua Alhamdulillah ok sangat. Tapi... masih aku tak ingat nama hotel apa hahahaha. Lama sangat peram cerita memberikan kesan buruk separa lupa ingatan rupanya.

Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu

Failed angle photographer.
Sapa lagi photographernya, aku lah tu.

Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu
Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu

Keluar dari Chinatown, seberang sungai ada fun fair. Tapi tak meriah sangat lagi sebab hari baru nak masuk Maghrib. Lampu I ❤️ KT cantik.

Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu

Sebenarnya ada banyak lagi tourist spot / photo spot menarik dalam Chinatown ni. Tapi kami tak habis ronda sebab nak makan malam. Bergambar depan pintu masuk Chinatown pun tak. 

Tempat menarik di Kuala Terengganu | Payang Memory Lane Chinatown, Kuala Terengganu

Okay. Selain Draw Bridge, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, boleh juga masukkan Chinatown dalam list tempat menarik di Terengganu. 

Selain mural cantik, along the way banyak gerai-gerai jual macam-macam. Boleh cuci mata hihi.

Chinatown, Kuala Terengganu
Jalan Kampung Cina, 20100
Kuala Terengganu

16 comments:

  1. cantiknya, selalu lalu dekat chinatown tu tapi tak pernah perasan lak ada lukisan cantik gitu... lenkali kalau ke KT nk kene jalan-jalan situ jugak lah

    ReplyDelete
  2. datang lagi.. pasar payang yang baru dah sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ka? Aduh, nak kena simpan duit nak nyopping lagi ni hehe

      Delete
  3. Sy kalau sampai situ mesti nak bergambr je. Hahahaha

    ReplyDelete
  4. Wah.. dah cantik.. Nak kena pergi nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best pergi sini. Sha pun rasa nak pergi lagi hehe

      Delete
  5. Last jejak terengganu zaman zaman sekolah dulu. Lepas tu lansung tak pernah jejak. Dah banyak benda menarik kat sini. Mural tu cantik. Best juga kan buat street art macam ni ada daya tarikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak state buat street art sekarang. Cantik & kreatif..

      Delete
  6. dah few times pergi ke pasar payang tapi tak pernah tau ujud memory lanes ni. tq for sharing. next time boleh singgah.

    ReplyDelete
  7. Sebagai anak jati Terengganu, dah lama tak pegi area ni. Balik Terengganu, mereput dekat rumah. Best pulak nampak Chinatown ni ye.

    ReplyDelete
  8. skrg ni merata-rata ada tempat selfie.. heeee

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *