Monday, December 23, 2019

21.12.19 : Kenduri Elfy Jafni

Hai. Sabtu lepas merempit ke Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka untuk menghadiri majlis walimah sepupu aku, Elfy Jafni. Nikah & kenduri belah pengantin perempuan 21.12. Sama pulak anniversary diorang dengan birthday Abah.

Elfy, or we called him, Epi ni anak kedua makcik sebelah mak, aku panggil Cik Kiah. Sebelum ni adik Epi dah langsung dulu, kiranya memang sama lah family kita yang muda memang bertemu jodoh lebih awal berbanding yang 'matang' ini hnshnshns 😂.

Turut sama dalam acara merempit ini adalah mak, Epa dan anak buahan maneh 3 orang sebagai penggamat dalam kereta. Mana tak gamat, dalam kereta pun bergaduh, 2 ketul yang perempuan tu heboh nak duduk sekali kat depan. Lepas tu heboh kata sempit tak boleh bergerak sebab aku paksa dua-dua lilit seatbelt. Haaaa, baru tau ingat free-free je acik ko bagi duduk depan?

21.12.19 : Kenduri Elfy Jafni di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka
Alhamdulillah sampai just in time pengantin nak berarak masuk dewan. Kalau lambat sikit melayan si Sarah nak kencing kat RNR tadi maunya makan asap je. 

Settle budak-budak ni dalam tandas, pengantin pun bergerak masuk dewan. 

21.12.19 : Kenduri Elfy Jafni di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka
Keep tracking ketembunan pipi

21.12.19 : Kenduri Elfy Jafni di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka
Decor pentas cantik betul!! Serius cantik. Kaler baju pengantin menyerlah sangat-sangat. Well. Raja & Ratu Sehari kan, berseri-seri tau memancar sampai bawah hehe.

21.12.19 : Kenduri Elfy Jafni di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka
Lauks.
Ada ayam masak merah (tapi mak kata mungkin ayam ros. Bukan rosnah ok), daging masak hitam, lemak rebung dan daging salai dan paling best. Kari gearbox!
Rare lah kenduri bagi gearbox. Selalu kalau ada tumbang lembu untuk masak kenduri, gearbox tu dah licin dulu buat masak sup makan masa rewang kan?. 

21.12.19 : Kenduri Elfy Jafni di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka
Penampakan gearbox

Ini ada dalam lauk. Ohhhhhhh.... Abah tolong carikan anakmu orang Melaka.  Mudahan senang nak balik kampung tak jauh. Tiberrr. Haha.


21.12.19 : Kenduri Elfy Jafni di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka

Cik Kiah panggil family sebelah kami join sekali bergambar dengan family sebelah pengantin perempuan. Apa ada kes. Jom join. Harap pentas bertahan ya!


21.12.19 : Kenduri Elfy Jafni di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka
Dan lagi sebelum balik Beranang.

21.12.19 : Kenduri Elfy Jafni di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka
21.12.19 : Kenduri Elfy Jafni di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka

Anak buahan yang dah pandai buat gaya & mimik muka bila bergambar sekarang. Semua gambar ni memang masuk dalam WhatsApp group family besar kami. Abah budak-budak ni (abang ipar) tanya, kenapa Kazim bila bergambar ramai-ramai tunjuk bontot je? Hahaha.

Kompleks Penjara Sungai Udang ni dekat je dengan kawasan perumahan kawan-tak-jadi aku. On the way nak balik, eh lalu depan perumahan dia rupanya. Taman Thamby Chik Karim.

Bila bagitahu mak, soalan pertama mak "Kawan lagi ke dengan dia?". Well... Susah soalan tu mak 😂. 

Perjalanan balik Senawang ikut jalan lama. Tak masuk highway PLUS. Syukurlah waze bagi arahan ikut jalan lama sebabkan rupanya PLUS jem gila gila. Adik aku dari Johor terkandas beberapa jam. 

Welcome to the family Athirah. InshaAllah next kenduri belah lelaki tak lama lagi. Guys, doakan semoga rumah tangga yang baru dibina ini dalam rahmat Allah. Rumahtangga sakinah, mawaddah wa rahmah. Aamin..



12 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah pengantin baru 😘

    ReplyDelete
  2. Semoga pengantin bahagia hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Tahniah kerana beroleh ahli keluarga baru. Semoga Allah memberikan barakah kepada kedua pengantin dan mengumpul mereka di dalam kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Alhamdulillah ust. The more the merrier :)

      Delete
  4. selamat bt pengantin baru.. simple pelamin janji pentas muat nk ambik gambar ramai2. ehehehe. lauk pun sodap

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. selesai dah belah perempuan.. Tahniah buat pengantin.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru untuk sepupu Sha. Moga bahagia sampai syurga. Aaminn

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *