Macam biasa, hari minggu mesti akan ada blogpost resepi masak-masak. Masih lagi gunakan spesis ikan yang sama dengan Ikan Siakap Masak 3 Rasa, kali ini kita buat Ikan Siakap Rebus Ala Stim Halia Tanpa Limau.
Ye, seperti mana namanya, masak lauk ni tak guna limau atau lemon. Sebabnya?
Dua-dua bahan tersebut habis! Dan terlalu malas nak keluar ke kedai semata-mata nak beli bahan itu je. Wakakaka. Makanya kita kreatif sikit, guna je apa-apa barang yang ada di dapur sebagai pengganti limau.
Aku suka style rebus berbanding kukus sebab rasa halia lebih meresap ke kuah dan ikan. Cuma kekurangannya adalah.... Ikan cepat masak cara ini. Jadi kena masukkan lambat.
Okeh jom buat!
IKAN SIAKAP REBUS ALA STIM HALIA TANPA LIMAU
Bahan - bahan :
- Ikan siakap
- 1 biji bawang besar *racik
- 2 ulas bawang putih *tumbuk
- 2 inci halia *racik kasar
- 2 batang serai *titik
- 1 batang lobak merah *potong panjang
* Kobis bunga (Pun habis. Aku ganti brokoli. Pun layan wakaka)
- 2 biji tomato *belah 4
- 1 asam keping
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1 sudu sos tiram
- Garam secukupnya
Cara buat :
1) Masukkan air ke dalam kuali. Tunggu hingga mendidih.
2) Setelah mendidih, masukkan serai, bawang putih, bawang merah dan halia.
3) Masukkan lobak merah.
4) Masukkan asam keping.
5) Setelah lobak merah agak lembut, masukkan ikan.
6) Siram ikan dengan kuah. Ratakan di bahagian atas ikan.
7) Selepas 2 / 3 minit, masukkan brokoli dan tomato. Biasanya guna kobis bunga, tapi oleh sebab kobis bunga habis, kita ganti dengan brokoli. Boleh saja.
8) Masukkan sedikit air asam jawa. Disebabkan takde limau, ganti dengan air asam jawa.
9) Masukkan 1 sudu sos tiram.
10) Terbalikkan ikan.
11) Tutup kuali sebentar dalam 2 atau 3 minit.
12) Selepas 3 minit, buka penutup kuali. Ratakan kuah ke atas ikan.
13) Tutup api.
14) Angkat ikan ke dalam pinggan cantik korang.
Siap 😉
4) Masukkan asam keping.
5) Setelah lobak merah agak lembut, masukkan ikan.
6) Siram ikan dengan kuah. Ratakan di bahagian atas ikan.
7) Selepas 2 / 3 minit, masukkan brokoli dan tomato. Biasanya guna kobis bunga, tapi oleh sebab kobis bunga habis, kita ganti dengan brokoli. Boleh saja.
8) Masukkan sedikit air asam jawa. Disebabkan takde limau, ganti dengan air asam jawa.
9) Masukkan 1 sudu sos tiram.
10) Terbalikkan ikan.
11) Tutup kuali sebentar dalam 2 atau 3 minit.
12) Selepas 3 minit, buka penutup kuali. Ratakan kuah ke atas ikan.
13) Tutup api.
14) Angkat ikan ke dalam pinggan cantik korang.
Siap 😉
Wahhhh. Sedap ni..
ReplyDeleteConfirm sedap! :D
Deletetemgok rupa sudah tahu rasa macam sedap..
ReplyDeletesebab saya suka masakan stim ini berbandimg jenis yang bergoreng
Jaga kesihatan kan,terbaik :)
DeleteAduh pagi2 belum sarapan tiba2 ternampak gambar siakap stim ni memang terliur dibuatnya. Cuti tahun baru nanti boleh cuba resepi ni.
ReplyDeleteSilakan, hehe :)
DeleteSedapnya makan panas². Terasa texture ikan tu haa.. Itulah kan, kadang tu tak ada bahan yang sepatutnya, kita ganti je mana yang ada je.
ReplyDeleteKreatif ajelah ganti kan, asalkan dapat rasa yang sama..
Deletebetul betul betul..hidup kena kreatif :)
Deletemenggoda nya menu tuh, dana ni jarang sangat masak siakap stim... pernah masak sekali tapi suami tak minat sangat jadi tak pernah try masak lagi biasa masak yang di goreng dulu
ReplyDeleteYang versi goreng memang selalu dan favourite kan, hehe. Kami kat rumah ni suka yg goreng juga. Tapi sejak abah suka yang versi stim, lagi banyak buat stim limau & halia.
DeleteAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteHmm, resepi sihat ni tak guna minyak. kecur pula air liur tgk siakap rebus ni. saya pun penggemar ikan siakap, lebih2 lagi dimasak tanpa menggunakan minyak. mhn keizinan copy resepi ini ye..
Waalaikumsalam. Silakan copy, no problem :)
DeleteSedapnya terubuk masin dan stim halia tu..
ReplyDeleteTerubuk masin tu makan sekali sekala memang sedap 😍
Delete