Thursday, December 26, 2019

Hati-Hati Scammer Minta Gambar Body!

Hati-Hati Scammer Minta Gambar Body! | Hai. Baru nak bercerita pasal kisah scammer  minta gambar pakai baju ketat alasan nak bagi nampak bentuk body ni dalam blog. Sebelum ini rakan blogger lain yang terlibat sama dah kongsi dalam facebook dia, dan aku pun dah kongsi posting tersebut. Tapi takpelah kita cerita lagi sekali dalam blog pula.

Cerita scammer ini aku baru tahu hari Khamis lepas. Dimulakan dengan phone call pagi hari semasa aku dalam perjalanan ke pejabat. Berdebar sangat tau sebab tengah malam sebelum tu Blogger Mommy Irra ada whatsApp. Pagi Khamis tu baru aku jawab. Dan bila Mommy call tu aku terfikir, ni apa ada nak bagi job ke? Kahkah. 

Ke ada apa-apa urgent?
Hati-Hati Scammer Minta Gambar Body!

Rupanya ada scammer menyamar pakai nama dan gambar aku. Minta gambar pakai baju ketat dari kawan dalam circle friendlist, katanya nak bagi baju free. Dalam cerita ini, yang terkena adalah Blogger Zatie.

I was like... Kalau kita perempuan nak bagi baju free pun takkanlah sampai mintak gambar ye tak? Bagi saiz baju sudahhhhhh. Apa guna ada size chart? Common senselah sikit kalau nak menipu pun.

HATI-HATI SCAMMER MINTA GAMBAR BODY

Baiklah. Kronologi ceritanya begini.

Scammer mengaku nama Shahira dm Zatie di IG. DM pakai akaun IG lain (Katanya pinjam IG sepupu, handphone rosak). Siap bagi gambar aku yang pegang placard okeh. Nak beli jiwa betul. 
Kata nak bagi blouse FREE. Dia minta no. phone sebab nak WhatsApp. 
WhatsApp minta pilih design blouse. Waktu ini dia WhatsApp pun pakai no sepupu (katanya). Berapa banyak sepupu la?
Dah pilih blouse, blouse tersebut boleh adjust ikut saiz kita okeh! Jadinya dia minta gambar selfie Zatie pakai t-shirt & tracksuit. Siap bagi contoh gambar adik sepupu dia okeh. Masalahnya gambar 'adik sepupu' itu baju takde lengan. 
Zatie nego nak bagi gambar esok pagi, tapi dia minta nak malam itu juga.



Hati-Hati Scammer Minta Gambar Body!
Hati-Hati Scammer Minta Gambar Body!
Hati-Hati Scammer Minta Gambar Body!
It is so weird, isn't it? Gaya minta gambar tak menyempat alangkan hidup-mati malam itu juga kena bagi baju. Bukannya sangat mustahak nak bagi baju dekat orang sampai terpaksa gunakan :
1) IG sepupu
2) WhatsApp sepupu

Dan tak kuasalah nak adjust baju yang kita nak bagi orang. Kita bagi aje lah, nanti orang yang terima pandai-pandailah adjust sendiri, ye tak?

Dan paling kelakar... Dari gambar selfie adakah kita boleh agak saiz badan seseorang? Nak kecikkan tang lengan? Nak kurangkan labuh baju? Nak agak-agak saiz S, M, L, XL tu mungkinlah boleh. Itupun standard saiz, bukan customized size.

Seram sangat perkara ni terjadi tau. Sebab ini first time orang guna gambar aku. Nama aku. Memang random sangat pemilihan watak scammer itu, tapi aku fikir aku kena clarify juga. Taknak lah nama aku rosak. Walaupun nama Shahira beribu, aku ni ramai anak murid. Semuaaaaaa guna Facebook. Kemudian hari kalau terkena kepada student aku sendiri atau kenalan atau family aku sendiri, tercekik juga nak terangkan.

So please, kalau sebelum ini banyak kes scammer duit, scammer yang gila nak tengok body orang pun banyak tau! Jaga-jaga.

Take precaution kalau tiba-tiba ada orang tidak dikenali WhatsApp atau DM di media sosial minta transfer duit (kes ini selalu sangat jadi) atau macam kes di atas, pertama sekali...

1)Pastikan identiti orang tersebut adalah real identiti kenalan kita.
2)Pastikan betul ke keadaan yang diterangkan anonymous tersebut (selalunya kata handphone rosaklah, berada di luar negaralah and so on..)

Yang penting double confirm dulu. Jangan terus terima tanpa usul periksa. Dalam kes scammer atas ni, Alhamdulillah Zatie WhatsApp dulu orang lain untuk tanya pasal hal mintak gambar ni. Alhamdulillah tak bagi terus. Tak gelap mata sebab nak dapat baju free kan? Hehehehe, sebab ada je yang terus bagi detail tau. Kesiannya lahai 'adik sepupu' tu betul ke tidak dapat baju free. Gambar dah dijaja kepada entah siapa.

Hati-Hati Scammer Minta Gambar Body!

Nombor WhatsApp tu kalau dibuat carian dalam internet banyak juga report harrassment dan juga WhatsApp minta gambar pakai baju ketat. Same like this case. Hmmm. How to do this?


26 comments:

  1. BAHAYA tu., sibbaik x mintak gmbr bugills., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar bugil confirmlah kena report pulis 😣

      Delete
  2. wow tak pernah tahu scam macam ni wujud. memang kena lagi berhati2 kalau nak upload gambar dekat social media lepas ni. adoii takutnya.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. Macam2 lah taktik depa ni. Tak terpikir langsung macam ni pun ada 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adaaaa. Mcm mana lah diorang kreatif berfikir 😣

      Delete
  4. bahayanya....slalu dgr org menyamar tipu guna no lain nk soh transfer duit..ni nk gmbr plak....smoga dijauhkan

    ReplyDelete
  5. Ini punya cara pun ada.gila nafsu betul scammer tu hahahaha.

    ReplyDelete
  6. menakotkan!
    ni nak kena inform anak2 aida ni.
    mana la tau, kan.
    ada yg minta gini. fengsan!!!
    anak2 kita mana ler tahu. karang dia main bagi jer gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia target yg muda-muda. Memang bagus kita share dgn anak-anak, jgn sembarangan je bg gambar.

      Delete
  7. Good info sharing. Mcm² cara skrg org nk menipu. Satu lagi taktik scammer hantar courier ke rumah/pejabat w'pun tiada order dbuat. kemudian minta byrn dijelaskan. Kononnya COD. Hati².

    ReplyDelete
  8. bahaya betul.. tau saiz dgn gambar je.. pelik

    ReplyDelete
  9. Eeiii siapa bedebah ni?! Minta gambar body orang pulakkk. bahaya betui. Kang dibuat pape dengan gambar tu. Nauzubillahi min zalik.

    Nasib baik kak jati tanya kak sha. Kalau main bagi je, hmmm. Alhamdulillah diselamatkan dari insan sengal tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Zatie KC tidak mudah tergoda dengan ujian barang free πŸ˜…

      Delete
  10. Macam² lah sekarang ni kan.

    mintak kita pilih baju, lepastu mintak kita selfie pulak.aishhh 😌

    Pakai ig sepupu, whatsApp sepupu. Hahaha

    ReplyDelete
  11. tu lah nampak zati posting, macam2 taktik scammer sekarang ni kena lebih hati2 dalam berkomunikasi ni kan Sha biar ada curiga sikit

    ReplyDelete
  12. eeee takutnyaaa! ni macam sangap sangat nak gambar malam tu jugak....aiyooo! bahaya macam ni..kena jaga2..risau juga orang guna gambar kita untuk scam orang lain...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak. Diorang ni pun macam sengaja pilih org2 dalam circle kita juga. Naya je.

      Delete
  13. Scammer di mana².Memang kena hati hati kalau dapat email, whatsapp, dm, surat, calls dari orang yang tak dikenali. Kena double triple check sebelum terkena. Semoga Allah lindungi dan jauhkan daripada para scammer semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang terbaru, scam hantar surat ke rumah pula tau. Seram pula jadinya aduh..

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *