Tuesday, December 24, 2019

Happy Birthday Atuk dan Kazim Mirza

Happy Birthday Atuk dan Kazim Mirza | Malam Jumaat lepas kami ada buat makan-makan sikit kat rumah sempena belated birthday anak buah maneh Kazim Mirza dan atuknya (abah aku). Small celebration kat rumah je tak jemput orang lain pun. Kiranya makan-makan anak beranak je.

Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza

Hari Rabu lagi dah bincang dengan adik-beradik lain nak buat makan-makan. Mula-mula nak buat hari Sabtu tepat 21.12, tapi sebab siang tu kami nak ke Melaka hadiri walimah Epi, makanya kita awalkan sikit ke malam Jumaat.

Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza

Gigih tau aku masuk pasar beli ikan dan sotong pakai kasut pink bunga-bunga. Menyesal pulak pakai kasut cantek, balik office tu setengah hari berbau hanyir air ikan melekat kat kain. Aduh.

Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza
Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza

Birthday boy. Kita yang masak dia yang panas. Body 6 pack beliau terpaksa di censored kerana terlampau seksi. Oleh sebab yang kakak pun nak masuk celebrate sama, semua pun pakai topi birthday. Baru adil katanya.

Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza

Walaupun celebrate sekali dengan atuknya, kek tetap Kek Omar Hana. Order dari Mamasab Bakery flavor Chocolate Fudge. Yang aku beli ni 6 inci RM135. Malam tu makan simple-simple je sebab orang pun tak ramai. Tak cukup korum sebab abang ipar tak sempat balik outstation dari Perak. 

[Baca juga] : Abah's Birthday Treat | Bentong Pahang (Part 2)


Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza
Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza
Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza

Kami masak ikan siakap stim limau halia - untuk budak-budak kecik 3 orang makan. Ada juga ikan siakap masak 3 rasa, sambal sotong dengan petai dan sayur campur.

Sate Rono Kajang | Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza

Beli Sate Rono. Sedap jugak sate ni, yang sate ayam tu serius sedap. Cukup rasa perapan, lembut dan juicy. Sate daging pun ada tapi tak banyak. Epa yang biasa makan sate ni selalu kata sate daging sedap tapi kebetulan malam kami order, sate daging agak liat sikit. Nasib-nasiblah kan. 

Sate Rono ni ada salahsilah juga dengan Sate Kajang Haji Samuri. Family juga tapi tak pandai aku nak terangkan. Korang google sendirilah. Kedai diorang di Taman Delima Kajang.

Sambal Sotong Petai Paling Sedap | Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza

Sotong petai masyaAllah. Sedapnya lahai petai ituuuuuuu. 3 papan petai dihumban kakak dalam sambal sotong ni, settle semua sekali makan. Adik-adik kerja menyauk petai je. Aku? Telan sotonglah kerjanya hahaha.

Siakap Masak 3 Rasa Paling Mudah dan Sedap | Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza
Siakap Stim Lemon dan Halia | Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza

Aku nak buat video siakap stim lemon halia, tapi tak terbuat kahkah. Nanti lain kali masak aku rakam okeh. Taaaaapi.... Ikan siakap masak 3 rasa ada aku rakam. Next blogpost aku update resepi ikan siakap masak 3 rasa confirm sedap dan menjadi ini tau!

Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza

Birthday man a.k.a Atuk. Busy atuk melayan Sarah nak makan.. Tahun lepas kami bercuti di Bukit Tinggi Pahang, tahun ini kami tak keluar ke mana-mana pun. But everyday is a holiday pun kan :)

Kek Omar Hana Chocolate Fudge Mamasab Bakery | Sambutan hari jadi Atuk dan Kazim Mirza

Semua lauk settle malam tu juga kecuali kek dan ikan siakap lagi seekor (masak 2 ekor) simpan nak makan esoknya.  Tapi rupanya tengah malam pun selesai. Kiranya semua lauk licin. Alhamdulillah. Kiranya berbaloilah kain baju berbau air ikan bila semua lauk licin. Hehehehe. 

Happy birthday to our dearest man & semoga sentiasa berada didalam rahmat Ilahi :)

22 comments:

  1. Bestnya kumpul family ramai-ramai macam ni. Atuknya pun redha je potong kek Omar Hana agaknya. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe sebab atuknya tak makan kek pun. Jaga gula hehe.

      Delete
  2. pagi2 tgk entri ni.. ya ampun sedap lauk2.

    ReplyDelete
  3. Tak simple kalau banyak makanan mcm nie.. sedapnya.. HB buat atuk dan adik kazim..

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar... menu makanan menggugat.. lapar pulokk

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday utk atuk &kazim mirza..meriah menunya

    ReplyDelete
  6. Wah.. Sedapnya sambal sotong dengan petai tu.. Yes.. Everyday is holiday.. ohsem..

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir Atuk dan Kazim Mirza 😊

    ReplyDelete
  8. aloloo comelnya kekk. pinky pinky gitchuw hehehe. perghh meriah makanan! sate yang paling men-tarik mataku hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Kazim pun kata kek pink 😂😂. Acik lupa birthday boboy 😂. Btw, sate memang 👍

      Delete
  9. Hepy bday atuk & kazim. Semoga sihat selalu..

    ReplyDelete
  10. happy birthday atuk & kazim semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Rabia. Happy belated birthday juga untuk awak 😊

      Delete
  11. Meriah hidangan. Kek comel! Selamat hari lahir untuk keduanya. Semoga dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan diberikan kesihatan yang baik. Aaminn

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *