Thursday, December 5, 2019

Cara Baca dan Pilih Tayar Kereta Yang Perlu Pembeli Tahu

Cara Baca dan Pilih Sebelum Beli Tayar Kereta | Rasanya majoriti isi rumah di Malaysia ni confirm ada kereta, kan? Dan kebiasaannya, bilangan kereta yang ada tu... Lebih dari 1?

Bila ada kereta ni, memang sentiasa kena ada backup / tabung kereta in case nak servis atau kena tukar spare part. Paling mudah biasanya... Tukar tayar baru.

Macam aku sendiri pun pernah kena. Baru je tukar 4 biji tayar, minggu depan tayar bocor tahap tak boleh tampal. Makna kata, tayar baru lah jawabnya.

Jadi, untuk menjadi pemandu yang bijak, pentingnya kita tahu tayar bagaimana kita nak guna, yang kita nak beli dan kemungkinan... Harga tayar semasa supaya pelaburan yang kita keluarkan berbaloi. So, let's check it.

MAKSUD SIMBOL PADA TAYAR - CARA BACA SIMBOL TAYAR

MAKSUD SIMBOL PADA TAYAR - CARA BACA SIMBOL TAYAR
Gambar Kredit : Google

1) Tarikh tayar dibuat (manufacturing date)
Lokasi tarikh ini biasa printed di sisi tayar seolah-olah dalam oblong kecil dan mempunyai 4 angka (kadangkala dimulai dengan huruf dan diikuti 4 angka)

Sebagai contoh:
X2318 - Minggu ke 23 (roughly bulan Jun), Tahun 2018

2) Lebar Tayar
Diukur dalam unit mm. Tayar yang lebih lebar mempunyai contact lebih bagus dengan permukaan jalan.

3) Nisbah Aspek 
Semakin rendah nisbah aspek, semakin tipis tayar. Kebiasaannya tayar dengan nisbah aspek 55 memberikan prestasi pengendalian yang lebih memuaskan, tetapi mungkin memberi kesan kepada keselesaan.

4) Diameter Rim
Jika nak gunakan rim bersaiz lebih besar daripada saiz rim asal, saiz tayar juga turut berubah.

5) Indeks Beban
Panduan maksimum berat beban yang boleh ditampung oleh tayar.

6) Kelajuan Maksima
Panduan kelajuan maksimum yang boleh ditampung oleh tayar. Semakin tinggi rating kelajuan maksima (U,H,V) semakin mahal harga tayar.

TIPS BELI TAYAR BARU YANG PERLU PEMBELI TAHU

1)Tarikh luput tayar adalah 5 tahun selepas dibuat. Ini kerana getah sebagai asas tayar mengeras. Ini yang selalu dipanggil expired.
2)Tayar yang tidak pernah digunakan walaupun setelah 3 tahun masih dinamakan sebagai 'tayar baru'. 
3)Tayar tahun semasa dibuat juga adalah tayar baru. Jadi pentingnya untuk tanya atau tahu baca term 'tayar baru' pekedai.
4)Nak beli tayar yang berusia 3 tahun? Tiada masalah. Masih lagi dalam tempoh belum expired. Cuma, sepatutnya harganya lebih rendah daripada tayar tahun semasa. Jadi, pandai-pandailah nego ok!


2 comments:

  1. Akak x rajin bab checking tayar & dah experience tukar tayar bocor, so akak ambik jln paling mudah - beli dari kedai yg akak paling percaya, walaupun x convenient pergi tpt tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun kalau check, check gitu2 je 😂. Tapi part pergi kedai yang paling kita percaya memang betul. Ini yang paling penting 😊

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)