Selesai main ATV, kami semua balik semula ke Chalet Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah. Kami bermalam 1 malam di chalet ini. Lupa nak bagitahu cara ke sini. Pintu masuk ke Kg. Kemensah melalui jalan di sebelah pintu masuk utama Zoo Negara. Jalan terus sampai hujung. Sampai jumpa kawasan hutan nanti nampak ada signboard.
Ok jom lah kita jamu mata dengan persekitaran di Chalet Warisan Hati Rimba. Serius tenang mata memandang.
Ok jom lah kita jamu mata dengan persekitaran di Chalet Warisan Hati Rimba. Serius tenang mata memandang.
Ada pelampung juga.
Yang lagi best, air sungai yang mengalir ni deras! Sejuk sangatttttt. Nampak ada buaian dalam sungai? Angan-angan tinggi nak ambik gambar kat situ ala-ala Majalah Mangga uols. Dan air dalam swimming pool? Sumber dari air bukit Hutan Simpan Kemensah. Tak sabar rasa nak terjun pool.
Aktiviti pertama lepas ATV adalah penyampaian hamper kepada pemenang. Ada lucky draw katanya. Rupanya semua orang dapat hamper. Semua orang bertuah. Propa sangat hihi. Ada 1 je hamper yang lain daripada yang lain, tinggi dan besar berbanding hamper lain. Haaa yang itu extra special bos cabut nama orang yang pertama dapat.
Bila balik kolej kongsi pasal isi dalam hamper, rupanya isi dia sama je kahkah. Baik yang besar mahupun yang semua orang dapat tu. Jadinya toksah nak jeles kalau tak tahu okeh. Pandai organizer adil dan saksama hehe.
Petang sambung BBQ.
Ada kambing dan ayam. Member yang bakar kat atas ni yang bawak siap perap. Sedap perapan dia. Kambing sampai 2kg! Ayam lagi banyak, tak ingat berapa.
Sebelum nak mula membakar tu, aku, Kakwa & 2 orang member dah cabut dulu pergi mandi pool. Tapi kami pandai sebab tak terjah pool yang depan BBQ pit ni. Kami pergi pool yang jauh sikit. Biar orang tak tahu kami kat mana. Tenang sikit sambung menjadi duyung.
Tengah berenang boleh pulak jumpa something dalam pool? Erk.. Terencat niat nak berenang. Lagipun sis tasabar nak makan kambing bako. Yang lain nak terus mandi silakan. Sis nak menggembirakan isi perut dengan kambing dan ayam bako. Siapa lambat tinggal tulanglah!!
Tempat basuh tangan. Air paip seperti biasa.. Air bukit. Jimat sungguhlah kan? Nampak bangku panjang belakang tu? Malamnya kami bantai karaoke sampai pukul 11 malam. Gila. Itupun dah lebih masa sebab sebenarnya masa sewaan sampai pukul 10 je. Merayu tak beragak dengan abang ATV, dapatlah kawan-kawan menyawan sambung karaoke sejam lagi. Harap bertabahlah dengan geng kuat karaoke ini. Hehe.
Bilik Mandi & Bilik Termenung / Jamban
Bilik Mandi pun guna air bukit. Itu sebab malam bila nak mandi, air suam-suam. Syok aih mandi. Tapi yang paling kelakar, bilik termenung aka jamban jauh!. Dan ala-ala jamban kampung cangkung. Sesuai sangat untuk orang yang nak termenung lama.
Benda lagi kelakar masa aku mula-mula masuk tu, tak perasan lagi, bila dah selesai kencing baru perasan. Ada lubang di tepi pintu! Kahkahkah. Matilanak orang nampak ko kencing 😂
Keluar dari toilet siap pusing-pusing depan belakang. Okeh tak payah risau takde orang nampak ko kencing. Sebabnya toilet tu menghadap bukit. Itu sebab agaknya diorang biar je lubang tu haha. Selamat.
Dalam rasa lega itu pun, hari tu aku tahan taknak memerut. Mengada betul sedangkan kawan yang lain rilek je melepas. Padahal perut dah rasa tak selesa sebab makan kambing bakar banyak sangat tapi aku psiko perut dont you dare minta nak melepas kat sini! Tak sanggup rasanya melepas, bak kata bos "Shahira orang bandar kan?"
Nampak sangat perangai divanya haha. Apa yang bos aku tak tak tahu toilet kampung aku pun macam ni. Biasa je sebenarnya bagi aku. Cuma bawak perangai diva biasalah duduk KL khennnn 🤭. Esoknya aku sambung meeting di Putrajaya dan melepas dengan bahagia ekekeke.
Bilik Tidur
Konsep bilik kat sini adalah 1 rumah. Kiranya rumah itulah biliknya. Depan pintu bilik ada beranda. Kalau bawak karom dah lama bersila di beranda tu. Terlupa nak ambil gambar bilik. Tapi yang aku boleh cakap adalah bilik consider ok. Sesuai sebab namanya chalet. Bukan hotel, bukan resort.
Dalam bilik kami ada disediakan kipas, tilam queen & plug point. Basic necessity. Kalau diva sangat tidak digalakkan datang dan tidur sini. Tetapi yang spesis diva tahi kucing macam aku amat digalakkan. Yang happy go lucky, jenis tak kisah, independent laaaagi silakan datang. Syok aih buat family day kat sini.
Info:
Kalau tak bermalam, kem ini open for walk-in customer yang nak mandi pool. Masa kami datang, ada je family yang berpiknik tepi pool sambil mandi. Rate masuk tak pasti tapi seingat aku macam RM5 per head. Kalau salah betulkan aku ya!
CHALET WARISAN HATI RIMBA, KG. KEMENSAH
Alamat : Kg. Kemensah, Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya Selangor
WhatsApp : 013-231 5711
Alamat : Kg. Kemensah, Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya Selangor
WhatsApp : 013-231 5711
Memang akak tau ada tempat berkelah dan bermalam kat situ..pernah kawan2 office ajak berkelah kat sini...biasa lah diva kan..mana nak berkelah tempat2 macam ni..hahahaha
ReplyDeleteHahahaha. Adeh 😂😂
Deletemakin banyak fasiliti sekarang, dulu dalam 5 tahun dulu pernah opis akak buat familyday situ...
ReplyDeletemesti sejuk je situ almaklum banyak pokok-pokok kan...
Sejuk & redup je. Memang seronok sangat. Air bukit memang extra point 👍
DeleteAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteBaru saya tahu kewujudan tempat ini. Wah, teruja pula saya nengok foto2nya. Sangat sesuai dengan jiwa hijau saya. Insy-aAllah, moga beroleh peluang mengunjunginya suatu hari nanti.
Waalaikumsalam. Terima kasih atas doanya.
DeleteDan InshaAllah semoga beroleh peluang berkunjung ke sini. Suasananya memang tenang dan mendamaikan.
dkt je ngan umh ni..tp tk pernah lagi pi mando manda sini..ada tgk kwn berpicnic sini
ReplyDeleteOh untung dekat dgn rumah. Syok kat sini boleh piknik & pool. Aktiviti pun banyak.
DeletePicnic.. Lama tak pi🤭🤭
ReplyDeleteLa ni piknik bukan setakat laut, air terjun. Tepi pool pun boleh 😂
DeleteSeronoklah stay dengan suasana macam ni..mandi air terjun sejuk wooo...tapi bab melepas tu kalau Fiza pun sanggup tahan..hihi..tak selesa. Bukan sebab diva :)
ReplyDeleteHehe. Betul tu. Kita kalau tak selesa, nak memerut pun macam tak lepas 😂
Delete