Sunday, December 1, 2019

30 Blogpost Bulan November!

Alhamdulillah, bulan November 2019 berjaya juga capai target nak buat minimum 30 blogpost. Cadangnya 1 blogpost untuk 1 hari. Tetapi macam biasalah, selalu tewas dengan perasaan malas. 

Tragedi Oktober betul.

Tempat Menarik di Semenyih - Beranang : South Creek Eco Hill 2
Aku yang tertewas....

Dan juga writer's block!

Padahal cerita bersusun nak dikarang, entahlah. Rasanya ada sindrom ni sejak transfer balik KL. Penat travelling rumah - office - rumah pun jadi salah satu sebab.

Baca juga : Mudahnya Bayar Parking di Selangor Dengan Smart Selangor Parking

Rasanya cukuplah 3 tahun hiatus tu. Nak jadi rajin macam dulu (sebulan 60 blogpost aku tapau) macam jauh lagi je jalannya, haha. Jadi kita rajin 'sikit' dulu pun bolehlaaaa. Makanya bulan ni aku agak kerap juga update blog dan target 30 blogpost. Kalau ada hari-hari yang terlepas, mungkin akan ada hari yang meriah pagi petang blogpost baru. Tapi kalau tak capai 30 blogpost juga, apa nak buat kan? Hehe.

UV dan PV blog pun menurun ketara sangat. Pengurangan 26% dari bulan sebelumnya! Ada orang kata ini juga kesan algorithm baru google. Tapi aku rasa ini kesan kemalasan aku berjangkit kepada UV dan PV itu! Kahkah.

Dan suspek juga template baru ini SEO tak berapa ok. Sedangkan style blogpost aku masih sama, masih follow guidelines supaya entry mesra SEO.

Ataupun style tu dah lapuk?

Apa-apa pun, pencarian template blog masih diteruskan. Dan doakan aku lebih rajin update blog, rajin blogwalking dan idea mencurah-curah.

Oh ya. Bloglist baru belum berisi kecuali bloglist afb. Patut tak buat bloglist baru tu dan..... Siapa nak diisi dalam itu?


14 comments:

  1. woww..gigih tu 30 blogpost.. sisyat nak ambik semangat sha juga laa..cabar diri..hehe

    ReplyDelete
  2. aida jarang2 dpt buat blogpost sampai 30.
    sebab masa semakin takde nak blogging :(
    ni pun paksa diri.
    agar tak hilang kawan2 di alam maya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, sesuaikan dengan masa kita. Blogging ni sebab kita nak happy 😊

      Delete
  3. Jomm exchange link.. oo.kita Sama la Geng afb

    ReplyDelete
  4. 1 hari 1 entri.
    rajinnya.
    Wak nak buat 15 entri sebulan pun semput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paksa rela juga update entry ni wak πŸ˜‚. Tiba-tiba rasa bulan ni tak mampu 30 entry. Busy juga πŸ˜‚

      Delete
  5. hebat tu sampai 30 entri sebulan. pencapaian yang bagus tu. marilah kita berusaha dan terus rajin update.

    ReplyDelete
  6. yeah saya pun cita - cita tinggi nak update sehari 1 post
    tapi kadang2 buka dan tutup je, malas dan writer's block!

    ReplyDelete
  7. Hehehe. Ramai yang ada sindrom ni rupanya 😌

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)