Cara Buat #2019bestnine di Instagram
Nurul Shahira
December 31, 2019
Cara Buat #2019bestnine di Instagram | Hi. Hari ke 31 setiap Disember datang lagi. Tak sedar cepat aje kan masa berlalu. Tahu-tahu kita dah masuk tahun baru lagi. Untuk instagrammer tegar, mesti ada 1 benda yang suka buat, iaitu buat #2019bestnine di instagram. Nak tengok sepanjang tahun tu, 9 gambar mana yang paling banyak orang like.
Aku pun baru berkecimpung buat #bestnine tahun kebelakangan ni. Nak juga buat follow the crowd lah katakan hahaha. Jadi, jom buat #2019bestnine. Cara dia senang gila. 1,2,3 siap!
[Baca juga] : Kisah Kazim Dijangkiti HFMD
#2019bestnine
Cara buat #2019bestnine
Ada banyak web yang boleh generate #2019bestnine ini. Tapi aku guna bestnine.net. Setakat ni paling laju dan paling ramai guna.
Pergi ke bestnine.net. Masukkan id instagram. Tekan GET.
Siap!
Boleh pilih nak Original (macam gambar atas sekali ada bilangan like) atau Square (takde bilangan like). Up to u la kan...
Dah siap tu jangan lupa muat naik ke instagram dan buat #2019bestnine okeh.
Selamat Tahun Baru 2020!