Wednesday, November 20, 2019

Sampai Lambat Lagi!

Pagi ni sampai office lambat lagi! Ya ampunnnnnnnn, rasa stress gila macam nak patah balik rumah je pagi tadi bila stuck di tengah-tengah jalan tu! Rasa nak marah pun ada, nak menjerit pun ada! Tapi nak marah dan menjerit kepada siapa? Dah la aku sorang-sorang dalam kereta.

Maknanya jerit kepada diri sendiri?
Istighfar kejap. 
Dah lah puasa.....

Patutlah ada artikel mengatakan jalan sesak boleh mengakibatkan stress lantas boleh memendekkan umur seseorang. Ini betul dan diakui. Rasa stress tu bertimbun setiap hari. Perjalanan setiap hari melalui jalan yang sama, dan lalui rutin trafik yang sama. Serius boleh naik gila.

Dan kali ini..... Penyebab jalan jem adalah....

LORI TERBALIK DI SUSUR KE BULATAN BILLION CHERAS.

Dari 6.27 pagi lagi.

Dan jemnya membawa sehingga ke Tol Batu 11 Cheras. Jem tak bergerak okeh! Kalau bergerak pun, sebesar langkah semut. Berapa km agaknya dari Plaza Tol Batu 11 ke Bulatan Billion?

Baca juga : Pengalaman Semakan Maklumat Cukai Pendapatan

10km! Azabnya nak melepaskan kawasan tu, 2 jam pun tak lepas lagi pagi tadi! Menangis dalam kereta. Hari-hari biasa pun susur nak ke Bulatan Billion melalui Cheras Sentral pun agak sesak. Kadangkala sesak teruk tapi trafik bearable. 

Kali ini unacceptable! Sebab trafik langsung statik. Lori besar terbalik dah cover habis semua jalan!

Padahal dah banyak kali tau setiap pagi waktu puncak lori masuk ke lebuhraya dan alami kemalangan. Atau kerosakan. Itu semua memberi kesan kepada yang berkejar nak masuk office setiap pagi. Masih adakah penguatkuasaan waktu larangan masuk bandar pada waktu puncak kepada lori besar seperti ini?

We do know, even the driver itself takkan nak benda-benda seperti lori terbalik ni jadi. Tapi kalau dah nak jadi kan, nak buat macam mana. Nama pun kemalangan tidak berbau.Tetapi.... kesan kepada perkara tidak diingini .. seperti traffic jam ini kita boleh usaha untuk kurangkan. Seperti itulah. Restriction waktu perjalanan untuk kenderaan berat di waktu puncak. So that if anything happen, bukan pada waktu puncak dan effect kepada pemandu lain kurang.


Dah jam 11.30 pagi pun masih jem. Laluan masih merah.

P/s: Setiap pagi pun on waze untuk cadangan laluan yang traffic bearable. Tapi kali ini memang tak dijangka. Hmmm.






6 comments:

  1. salam kenal.. sabar ye. akak dulu pernah stayed kat area Pandan Perdana kerja di jalan peel. without jem 15 min je sampai. with bad traffic kengkadang makan 1.30 jam. bayangkan lah. then pindah Shah Alam, LEGA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solution pindah tu memang terbaik. Sha pun asyik fikir nak cari rumah sewa.

      Delete
  2. Assalam, seeloknya puan naik motor, macam saya dah 16 thn bawa motor Kat kl, ni menyampah dgn jem, orang buat jalan tak sudah sudah, excident, pokok tumbang Dan sekarang saya boleh terima keadaan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jem berpunca dari construction work memang tak habis-habis kan? Rasanya berapa tahun lagi baru kita dapat kecapi jalan raya raya bebas construction di tepi jalan 😂.

      Delete
  3. respect betul mana2 yg boleh sabar dengan jem ni, huhuu.. saya ni kategori tengah2.. dalam xsabar tu cuma bising dalam kereta je takdelah nak hon bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sekarang ni bising dlm kereta je. Nak bising kat luar tak tak mampu

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)