Wednesday, November 27, 2019

Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja | Hai. Kembali lagi dengan segmen resepi. Resepi aiskrim kali ini biasalah yang buat orang Malaysia, tapi nak gempak yang penting kebaboom nama  ala oversea uols. 

Itu sebab nama dia jadi Aiskrim Malaysia Ala Magnum (Bukan Magnum Kuda okeh!).

Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

Ini kiranya projek cuti sekolah sebab anak buahan balik bercuti. Konon nak bagi adalah benda nak kunyah-kunyah di saat siang hari. Cakap dengan mak diorang, dan zassss sepantas kilat selepas hantar Khayra keluar kenduri kahwin dengan mak (manjang kenduri, hehe), kami cari bahan buat aiskrim.

RESEPI AISKRIM MALAYSIA ALA MAGNUM

Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sb ovelette
1sk esen vanila
1/2kg coklat coins


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

Cara-caranya :
1) Blender susu cair, susu pekat, ovelette dan esen vanila sampai sebati. Ketepikan.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

2) Masukkan 10 keping atau lebih coklat coins ke dalam plastik aiskrim. Mula-mula masukkan 12 keping, lepastu rasa eh macam banyak je coklat nanti tak cukup nak makan πŸ˜‚. Jadi kami kurangkan jadi 10 keping je. 

Khayra datang mintak coklat "Acik nak  coklat 1 je" 

Aku pun percaya Khayra dan bagi beg plastik coklat. Rupanya... 1 tu 1 genggam! Kahkah. Panjang akal betul bebudak ni. Tipah tertipu πŸ˜‚. Oh, guna coklat Beryl's sedapnya lahai. Kalau ada bajet, nak godiva pun silakan haha.

Baca juga : Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

3) Letakkan plastik aiskrim yang dah siap diisi coklat ke dalam bekas berisi air panas. Tekan guna sudu supaya coklat cair.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

4) Ratakan coklat yang dah cair ikut paras ketinggian coklat yang kita nak.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

5) Masukkan aiskrim vanila yang dah siap blender tadi dalam bekas. Aku guna plastik piping susah yakmat. Gigilan magnitud 7. Jadi guna measuring cup. Pun boleh. Ikut suka korang la kan.

Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

6) Paip masuk aiskrim oversea vogue tadi ke dalam plastik berisi coklat. Tak perlu tunggu coklat keras. 

7) Ikat ketat kepala plastik.

8) Masukkan dalam peti ais dan tunggu hingga aiskrim beku.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja
Siap!
Ni kira resepi paling mudah dengan bahan yang mudah dicari. 1 kali buat boleh dapat 15 batang aiskrim (coklat coin ada banyak lagi balance). Nak lagi banyak aiskrim, tambahkan susu segar 1/2L & 1 sk esen vanila.



P/s: Kalau malas nak buat dan duduk area Kluang, korang beli je dengan kawan aku. Banyak jenis aiskrim Malaysia dia buat. Ada saiz mini & biasa. Dijamin shedapppp ❤️


PM pantas untuk lock aiskrim anda.

20 comments:

  1. Sedapnya. ramai dah cuba buat sejak viral haritu. Belum ada kerajinan lagi nak buat aiskrim ni..kalau ada yang jual dekat dekat boleh cuba beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Rasanya ramai dah yg jual πŸ˜‰. Lepas ni buat yg lain pulak hehe.

      Delete
  2. mudah ropanya nak buatkan ni..selalu beli je ngan jiran tp mahal la jugak sebatang..hehe

    ReplyDelete
  3. Wah..
    Terbaik lah....dap nyer aiskrim Malaysia πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

    ReplyDelete
  4. Menggodanya ais krim. Hujan ka panas ka, mmg win la benda2 sejuk ni.. Dapnyaa.. Boleh try nnti, thank you share resepi..

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah, nikmat donia! Terima kasih la untuk idea dan resipi ni. Tak sabar nak try buat. Gerenti sodap nih. Hehehe

    ReplyDelete
  6. nk buat mmg tak reti tp nk beli jauh.... teringin jg nk rasa...

    ReplyDelete
  7. amboiii kt bawah tu juling mata tgk.. godiva xleh jual kt org. makan sendiri. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, itulah. Kalau guna godiva simpan dlm peti sorok belakang tupperware πŸ˜‚

      Delete
  8. wow ada macam2 perisa. mama penah makan perisa cornetto mmg sebijik rasanya tu

    ReplyDelete
  9. ada aritu viral aiskrim msia ala magnum ..sedap tgk

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)