Pertama Kali Makan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Terpaksa akui, walaupun 3 tahun dah kerja di Petaling Jaya, hari ini baru pertama kali Makan Sotong Bakar Jalan Bellamy atau juga orang panggil Jalan Istana. Teringin nak makan ikan bakar dan sotong bakar bellamy dah berbulan-bulan, baru hari ini terlaksana. Punyalah eksaited kalah orang mengandung, haha. 

Kebetulan hari ini memang free sikit. Markah semua dah settle, jadi kita try lunch jauh sikit dari office. Actually tak jauh mana pun Jalan Bellamy dengan Taman Medan. Dalam 15 km sahaja. Kalau aku yang merempit (read : kura-kura jalan lagi laju), dalam 20 minit dah sampai bergantung kepada trafik.

GERAI IKAN BAKAR JALAN BELLAMY

Dengar cerita orang Ikan Bakar Bellamy ni padu. Entah, aku pun tak pasti maksud padu tu merujuk kepada apa. Adakah rasa ikan bakarnya? Atau sambal perapnya? Atau sambal cicah ikannya? Atau harganya? 

Let's cekidaut....

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Rupanya ada banyak deretan gerai kat Jalan Bellamy ni! Dah sampai baru aku tahu, haha. Ingatkan ada 1 gerai gitu je. 

Biasanya yang kawan aku selalu pergi tu, gerai depan sekali, Gerai Seri Menanti. Tapi kebetulan hari ni gerai seri menanti tutup, jadi kami masuk je mana-mana gerai ikan bakar yang bukak. Supposedly sama?

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Banyak gila ikan bakar dan sotong yang dah siap bakar, duduk kat tepi je tunggu orang mintak. Datang je kat depan, maklumkan kat brother yang ada kat tepi tu nak ikan jenis apa atau sotong. Kalau mintak sotong nanti dia guntingkan supaya senang nak makan. Tadi yang aku nampak, ada ikan kembung & pari. 

Dah siap gunting silakan ambik nasik kat tempat lain. Kena masuk dalam sikit ada nampak dapur. Haa, kat sini baru ambik nasi sendiri. Sambal cicah ikan ada kat sebelah tempat bakar ikan. 

Aku pilih S.O.T.O.N.G la, ape lagi. Kata peminat seafood tegar! Dapat je sotong, terus curah sambal. Mandi basah sotong aku.

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Taraaaaa....
Adakah dia nampak seksi?

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Inilah sotong yang mandi basah tadi. Yang atas tu sotong kawan aku.
Masa ni tak sempat ambik nasi lagi. Cop meja dan jadi food photographer sekejap.

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana
Close-up.

Bagaimana rasa sotong bakar Bellamy yang kami makan hari ni?
Pada aku, yang hari ni kurang kick. Not to my expectation. Hm. Dari segi saiz sotong, memang besar. 1 markah.

Sambal? Ada 2 jenis, sambal kicap cili atau cili merah. Yang merah tu pedas. 

Rasa sotong? Haaa, ini yang kureng sikit. Aku lagi suka kalau sotong tu bakar lama sikit, ada rasa grill. Dan perapan lebih banyak menyelimuti sotong itu. Cewah. Overall, mungkin aku akan datang lagi, dan nak cuba kedai lain pulak. Baru kita boleh bandingkan selayaknya, kan?

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana
Geng Menyotong.
Jangan kau tanya kenapa tudung aku macam dilanda angin taufan.

Nak ke sini kena keluar awal. Idealnya sampai pukul 12 tengahari. Sebab selepas 12 tengahari, orang datang nak makan berjujuk-jujuk! Penuh meja! Lepas tu nanti parking penuh, susah gak cari parking. Jalan pun kecik je. Bawak Myvi aku sesuai sangat mencelah. Tapi kalau korang keluar awal sangat dah kenapaaaa? Tak kerja ke? Kahkah.


Gerai Ikan Bakar Jalan Bellamy
Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





Post a Comment

22 Comments

  1. Kalau akak memang suka gerai Seri Menanti tu...sit the best so far..sotong bakar dia pun sedap walau agak pricey sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg bg feedback Seri Menanti jugak. Tu yg kecewa sikit tutup hari ni. Next time nk cuba cub Cyberjaya pulak 😉

      Delete
  2. I am completely concurred with this article and i simply need say this article is exceptionally pleasant and extremely instructive article. This is Pictame Online Instagram User Posts and Story web viewer.

    ReplyDelete
  3. Great post but I was wondering if you could write a little more on this subject? I’d be very thankful if you could elaborate a little bit further. Using the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!

    ReplyDelete
  4. Sedapnye. Tak pernah sampai lagi sini. Selalu jugak pergi makan sotong bakar tapi di Kedai Ikan Bakar Pak Din Tangling jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Ikan Bakar Tanglin tu belum try lagi. Dengar cerita sambal ikan bakar best kan?

      Delete
    2. Air asam aka sambal dia yang special. Lain dari lain. Tak sama dengan tempat lain. Bila bawa orang baru pergi makan situ, mesti diorang cakap sedap dan lain dari yang lain. Lepas tu confirm repeat lagi dan lagi. Haha

      Delete
    3. Alaaaa, syoknya. Bila nak pergi ni...

      Delete
  5. uii sha nampak pun sodap nii :) lama tak singgah sini kan :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya sotong bakar. Puas hati lah dapat makan macam ni.

    ReplyDelete
  7. pergh menggodanya makanan dia. terliuq kami kat sini. hahahaha

    ReplyDelete
  8. Fuh !...

    Sotong memang sedap dimakan ..

    layan kalau makan ramai-ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Ikutkan hati nak juga ambik ikan bakar, tapi Alhamdulillah tak ikut hati, haha 😂

      Delete
    2. boleh dicuba lagi untuk lain kali..

      Delete
    3. Lain kali kena cuba tempat lain pulak :D

      Delete
  9. bertahun dok kl tp xpenah pegi waaaaaa

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)