Monday, November 25, 2019

Makan Gaji

Cerita siang tadi. Pergi renew license di Pejabat Pos Beranang. Lupa nak renew weh! Dah expired 23 hari! 

Fuh padahalkan ada satu hari tu kena roadblock, dah berdebar bila sedar yang license dah mati seminggu. Aku dah fikir sesiap ni kalau kena check nak bagi dialog apa..

"Hah dah mati? Alamak tak perasan la. Bukan ke saya renew 2 tahun?"

Sambil buat muka blur.
Jangan korang tak tahu aku pakar buat muka blur. Dan muka singa (ini hari-hari buat kat office). Dan muka mintak simpati (ini dulu ex aku selalu dapat, kahkah). Dan muka mintak pelempang. Eh. 

Mintak-mintak tak ramailah guna alasan yang sama kalau kena roadblock. Amin.


Renew license di Pejabat Pos Beranang
Pejabat Pos Beranang.

Tenang je Beranang ni waktu-waktu office hour. Jalan raya boleh buat main tingting.

Aku suka Beranang.
Walaupun selalu berzikir kata jauhnyaaaa nak pergi office (Beranang - office sehala 50km), tapi aku masih suka suasana Beranang.

Baca juga: My mum is my travel buddy

Beranang, ada a part of it masih suasana kampung, ada rumah kampung. Ada a part of it dah membangun bersama waktu dengan wujudnya taman-taman perumahan.

Tapi suasana tenang dan kadangkala jem tu masih ada. Dan aku suka.

Renew license di Pejabat Pos Beranang
Jalan lama menghala ke Mantin.

Someone need to stress to the MP untuk baikpulih & pemuliharaan bangunan-bangunan lama di Beranang ni. So sad to see, bangunan lama macam ni makin terbiar rosak padahal ini semua boleh menarik visitor to come. 

Dan banyak lagi tapak yang ada nilai sejarah, berpotensi dibangunkan sebagai heritage site, terbiar begitu juga. Dah kenapa kita ni? *U need to read this with wrinkled on your forehead, baru jadi*

Renew license di Pejabat Pos Beranang
Sekolah mak.
Eh silap. Mak bukan polis πŸ˜‚. Sekolah mak sebelah balai polis ni. Dah kenapa nak tangkap gambar sekolah tertangkap balai? 

Something wrong ni. 
Sindrom flatulence agaknya.


Renew license di Pejabat Pos Beranang
Siapa kata orang Melayu pemalas? Ini salah satu bukti yang orang kita ni kuat berniaga. Punyalah banyak barang nak pos ok!

Berniaga online ni, kalau kena caranya memang lumayan. Dan aku salute orang-orang yang sentiasa cari jalan how to expand. 

Berbalik kepada brader tadi, tak tahulah sehari berapa banyak parcel. Seminggu berapa banyak. Fuhhh. Berapa lah agaknya income dia ye? Silap hari bulan, orang makan gaji pun kalah dengan income diorang ni.

Renew license di Pejabat Pos Beranang
Ini muka orang makan gaji! 

28 comments:

  1. Beranang ni dari gambar sha share memang nampak tenang.

    saya pun suka. sunyi boleh tambah ilham.

    berbanding di penang tengah bandaraya ni jem, bising, sesak hahaha


    tapi ada baik dan buruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul, semua ada pro dan cons. Terima dengan hati yang terbuka 😌

      Delete
  2. setuju masih ada orang melayu yang rajin.

    orang melayu kuat berusaha cuma kadang salah jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah jalan dan kadang tak diberikan peluang untuk menyerlah. Semoga kita semua baik-baik aje.

      Delete
  3. Lesen memandu skrg tamat pd birthday kita jd mudah la nak ingat. Yg abam kie punya akan luput 19/5/20.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu expirednya pada birthday, cuma tak perasan berapa tahun renewnya. Itu yang terbabas πŸ˜‚

      Delete
  4. wak skrg ni selalu guna hiway Lekas tu mesti singah kat RnR Beranang yg sunyi dan lengang dan semua kedai makan tertutup litup langsung.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. tu dia gaji da masyukk..yeayy..cepat cepat renew lesen

    ReplyDelete
  6. hahahaha...saya juga makan gaji juga

    ReplyDelete
  7. Cikbunga datang sini yer 🌹🌹

    ReplyDelete
  8. jauh gak tu Sha kalau sehala 50km , nampak suasana kedesaan lagi di situ kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kakna, masih ada kedesaan tu yang best 😊

      Delete
  9. Aiyoo lamanya baru renew..kadang fiza pun terlambat juga renew..syndrom apa tak tau. Betul tu, kalau kena gaya memang boleh kaya dari makan gaji.

    ReplyDelete
  10. sy pula sebaliknya... dah renew mls nk tampal... ada ke g letak dlm laci dashboard. bla nmpk roadblock br terhegeh2 nk keluar kn... hehehehe

    ReplyDelete
  11. Mesti cuak kalau terlupa renew license kan..akak lagi best..tak pernah renew sampai dah x leh buat apa..kena pi belajar dan amik license semula..almaklumlah akak dulu sakit..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sakit ada exception, so orang faham kalau tak renew. Ini hari-hari bawak kereta pun lupa πŸ˜‚

      Delete
  12. sama la tahun ni lps sebulan baru renew.. tu pun terpandang lesen. hahaha
    makan gaji ni kadang2 rasa tak cukup. byk benda nk bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Kadang2 memang terlepas pandang juga lesen ni πŸ˜…

      Delete
  13. comei muka org mkn gaji tu...mcm mana lak rupanya kalau buat muka singa hahaha

    ReplyDelete
  14. Bangunan lama pejabat pos mcm ada 'something' la kan.. kat Gelang Patah ada 1. harap2 dalam pemodenan bangunan ni, masih ada yang kekalkan rekabentuk lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bangunan lama, tapi yg beranang ni dah renovate baru interior dia. Nampak cantik. Tapi yg kat belakang tu tak tau laa πŸ˜‚

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)