Pengalaman Semakan atau Audit Maklumat Cukai Pendapatan LHDN

Pengalaman Semakan Maklumat atau Audit Cukai Pendapatan LHDN | Hai, dah sampai penghujung tahun 2019 rupanya kita kan? Sekejap je masa berlalu rasanya macam baru melangkah masuk ke tahun 2019 tup-tup dah hujung tahun. Baru je teringat-ingat isi e-Filing untuk isytihar cukai 2018. Eh, sebut pasal e-Filing, masuk tahun ke-7 kerja ni aku dah merasai Semakan Maklumat Cukai Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri a.k.a LHDN!

Senarai dokumen semakan maklumat cukai pendapatan LHDN

PENGALAMAN PERTAMA ISI E-FILING

Pengalaman pertama kali isi e-filing untuk tahun taksiran 2016. Kata pertama kali isi kan, isilah e-filing beramai-ramai kat office. Ingatkan aku seorang je yang tak pernah isi, rupanya ramai juga pertama kali! Benda pertama kali ini, dia punya tahap tak tahu dan blur memang tak boleh bawa bincang. Mengharapkan orang tolong bagitahu, hah yang ni boleh tolak. Yang ni boleh tolak. Aku pun main hentam je follow. Tak teringat nak google atau baca maklumat senarai pengecualian cukai.

Selesai tahun 2016, 2017 berlalu dengan jayanya. Dan tahun 2018 pun Alhamdulillah selesai. Tetapi pertengahan tahun lalu aku menerima surat dari LHDN. Berdebar, cuak pakej keluar peluh jantan dalam aircond full blast 18 darjah celcius. Apalah yang aku kena ni kan? Rupanyaaaaa..... Semakan Cukai Pendapatan!
Tahniah. 

PENGALAMAN SEMAKAN / AUDIT MAKLUMAT CUKAI PENDAPATAN

Dapat je surat ni, yesssssss terus teringat memang semasa tahun 2016 aku ada melakukan kesalahan semasa mengisytihar cukai pendapatan. Ada bahagian yang tak sepatutnya ada pelepasan, aku isi. Dan kesalahan ini aku aware dan tahun berikutnya 2017 aku tak isi di bahagian tersebut.

Aku syak disebabkan perkara ini aku terpilih. Tapi tak kisahlah, aku memang mengaku salah aku. Salah isi ke apa, itu semua tanggungjawab sendiri kan? Jadi terima dan ingat lepas ini jangan ulang.

Perkara pertama yang aku buat
- Hubungi Cawangan LHDN yang keluarkan surat tersebut.
- Berunding dengan pegawai berkenaan untuk minta pemanjangan tempoh masa sebab nak cari semula fail-fail dan dokumen. Aku ni nama je duduk office yang sama, tapi dah 3 kali berpindah randah tempat dari Tingkat 1 ke Tingkat 2. Sekarang di Tingkat 3. Fail simpanan aku pun dah carca marba. Ditambah pula surat sampai lambat! Kebetulan pada ketika itu ada cuti yang agak lama, jadinya ada kekangan masa.
- Kalau Cawangan LHDN tersebut dekat, bolah walk-in. Macam aku fail cukai aku berada di Cawangan Tawau, jadi penyelesaiannya e-mail sahaja. Tahu kan yang email pun dikira sebagai sumber rasmi, seperti surat faks?
- Dah serahkan dokumen mengikut senarai yang diberikan, tunggu maklumbalas. Tak lama pun maklumbalas ni, paling lama 2 minggu.

Okay, apa kesalahan yang aku buat pada tahun 2016 dalam borang e-filing?
Kesalahan isi pada bahagian pelepasan ibu bapa. Untuk ibu bapa yang berusia 60 tahun ke atas sahaja anak boleh claim untuk pelepasan ibu bapa. Itu pun dalam 1 keluarga, hanya 1 orang anak sahaja yang dibenarkan. Kalau ada 3 orang adik beradik, bincanglah siapa yang nak declare pelepasan tersebut antara 3 adik beradik. Jadinya disebabkan kesilapan aku sendiri tak baca guideline, kawan-kawan yang lain yang ibu bapa mereka berusia lebih 60 tahun declare, aku pun terikut. Selepas dah hantar, baru aku baca guideline dan tahu. I am sooooo wrong! Part ini aku kena bayar semula RM290.07. 

Tahun 2017
Alhamdulillah sebelum isi e-Filing baca guidelines dulu which part yang boleh buat pelepasan, part mana yang tak sesuai. 

Pada aku, kalau kena kuiri dan terpilih untuk diaudit LHDN, jangan risau. Korang sediakan saja dokumen yang diminta. Akan ada senarai dokumen yang dikepil bersama surat tersebut. Dan di dalam senarai dokumen tersebut, bukannya dia minta semua, hehe. Mungkin ada beberapa item yang menimbulkan keraguan dan dokumen untuk item tersebut sahaja yang akan diminta. Audit ni sebab ada keraguan pada pengiraan cukai. Kadang-kadang terpilih sebab pilihan rawak pun ada. 


Senarai dokumen semakan maklumat cukai pendapatan LHDN
Contoh senarai dokumen semakan yang perlu dihantar ada ditanda.

Selepas kejadian ini (cewah nama), aku belajar untuk simpan dokumen untuk pelepasan cukai dengan lebih baik. Contohnya bil-bil internet & invois bulanan takaful disimpan secara hardcopy dan softcopy dalam googledrive & folder komputer. Begitu juga kalau ada resit-resit pembelian buku, buat salinan softcopy (scan atau tangkap gambar hp) dan kemudian simpan dalam folder yang sama. 

Learnt my lesson well!

Post a Comment

2 Comments

  1. Akak pun kena tahun lepas..menggagau cari balik segala mak nenek document, mana yang ada tu bagi la yang tak ada tu kira redha jer la..malas nak pening..akak kena untuk tahun 2012 dan 2013, ni dapat lagi surat bg tau untuk tahun tu takde lebihan diorang akan pulangkan tapi akak kena hantar plak untuk 2010 dan 2011 untuk tujuan semakan...pening oiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adui, makin tahun ke belakang pulak nak kena cari. Memang pening la jawabnya ni kak.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)