Money Changer Murah di Semenyih | Macam biasa bila nak travel je mesti nak cari money changer yang murah atau bagi tukaran wang yang agak menguntungkan.
Pengalaman aku sendiri pun dah tukar di beberapa lokasi money changer, memang nampak beberapa tempat yang bagi tukaran matawang yang menguntungkan.
Tapi sejak dah jumpa money changer murah di Semenyih ni, malas dah nak menapak ke Putrajaya ataupun KL sebab rate pun agak best.
Terbaru ada 1 lagi money changer yang dibuka di Semenyih. Jadi aku senaraikan money changer yang ada di Semenyih. Setakat ni tak banyak, baru ada 2 tapi bolehlah dibuat perbandingan antara 2 money changer ini.
Money Changer Murah di Semenyih
1) Syarikat Mohd Rabeek Trading Sdn. Bhd.
Ada diceritakan pengalaman menukar duit di sini. Lokasinya terletak di kedai baris hadapan Econsave Semenyih, bersebelahan Klinik Mediveron.
Dah beberapa kali tukar duit disini, antaranya tukaran wang Indonesia Rupiah IDR, US Dollar dan Thailand Baht THB.
Kedai kecil, tetapi tukaran mata wang agak menguntungkan, terutamanya ketika aku tukar wang Indonesia Rupiah IDR. Cuma kekurangannya adalah ada beberapa matawang yang tidak ada, contohnya Brunei Dollar.
2) Money Changer di Tesco Semenyih
Money changer ini baru dibuka di Tesco Semenyih. Lokasinya terletak di Aras 1 di sebelah ATM Maybank. Betul-betul sebelah escalator naik ke Aras 1.
Aku pun baru perasan, tetapi buat masa ini masih tak sempat nak survey kadar tukaran matawang. InshaAllah aku akan update lagi sekiranya ada pertambahan dan juga kadar tukaran nya bagaimana ya.
Oh, orang Semenyih yang dah pernah tukar di Tesco Semenyih are welcome to update the rate.
hai BW kat sini :) dari www.lizaizara.com
ReplyDeleteHai 😉
Deletehaaaa nk g melancong mn ni? heheh
ReplyDeleteTak pegi mana pun. Mereput je kat kat rumah 😅
Deletemudahhh lps ni senang nk p travel lg. ahhaha
ReplyDeleteMemang pun 😂
DeleteUntung sangat kalau ada money changer yang lebih murah. untung juga bila tukar tu kan.
ReplyDeleteBetul tu. Cuma mungkin bila nak jual semula kena cari yg lain..
DeleteYang tu kena survey money changer lain pulak kan :)
DeleteBetul...
Deletesis JM pun suka cari money changer yg leh dpt tukaran tinggi..tapi kalau semenyih dari tempat sis JM ni mcm x berbaloi la..nk dpt murah tp kalau dah kena bayar tol minyak lagi nk ke sana..mcm tak berbaloi hihihi
ReplyDeleteJangan sebabkan nak murah kena bayar duit minyak segala, rugiiii 😂😂
Deleteboleh untung ni kalau pergi ke sini
ReplyDeleteKalau dekat untung jee hehe
Delete