FamilyMart dibuka di Semenyih | Sebenarnya melalui twitter komuniti Rinching/Semenyih ni lah yang aku baru tahu FamilyMart Malaysia akan buka outlet di Semenyih, di Eco Hill Taipan secara tepatnya.
Tweet ni aku reply jugak 😂
Ya ampun, perasaan best gila haha sebab FamilyMart mengubat rindu aku kepada LAWSON.
Tahun 2016, aku travel Sapporo. Kat sana aku suka masuk Lawson sebab laaaaaaaagi best!! Dah macam kedai makanan segera sebab makanan dah siap pack. Tinggal nak reheat je. Dan Lawson baaanyak gila. Baru jalan 500m jumpa Lawson lagi. Memanjang kat sana aku try juice. Balik sini rindu Lawson.
Tapi Lawson tak masuk Malaysia. Dan menu FamilyMart dengan Lawson pun lebih kurang sama je, haha. (Padahal kat Lawson aku boleh telan juice & telur rebus je)
Kisah betul.
Sebenarnya kan, tak sangka juga Semenyih dah mula membangun. 10 tahun lepas masih lagi berstatus pekan koboi. Orang kenal Semenyih sebab nak panjat Bukit Broga je.
Lepas tu, satu demi satu francis makanan segera menapak masuk. KFC, McD, Subway, Secret Recipes. Semuanya ni within 5km range aje tau! Dan yang terbaru Tealives dan ... FamilyMart.
Tahun depan Aeon dan Eco Walk Shopping Complex siap. Fuhhhhh. Boleh bertukar status dari Pekan ke Bandar tak?
Kalau boleh, baru bangga nak mengaku urban. Kahkahkah.
Belgium Dark Chocolate Sofuto
Baru pergi semalam. Ya ampun manusia penuh! Nak beli oden pun, barisan beratur panjang berlingkar rak! Aku tak mampu nak tambah barisan tu lagi.
Makanya, buat masa ni ini aje lah yang mampu.
Yang tak nampak dibalik rak tu barisan orang yang ramai tunggu oden.
Orang Semenyih. Tahniah. Moga lepas ni status kita naik. Ala-ala BBNU. Lepasni nak lepak makan oden dah tak perlu menapak ke Kajang.
Dan semoga bertabah dengan trafik yang semakin menggila pastinya.
Pesanan khidmat masyarakat. Gitu.
FM kat bawah opis akak je..tapi kalau pergi manjang penuh..x tau la nak turun pukul berapa...
ReplyDeleteItulah. FM kat mana-mana je penuh memanjang.
DeleteWahh Family Mart makin meluas suda. habislah kena serbu ni
ReplyDeleteMemang kena serbu. Penuh memanjang..
Deletebelum pernah lagi ke Familymart...
ReplyDeleteAlah, FM ni biasa je. Tapi kalau turun Kl lain kali boleh try masuk :)
Deleteboba mana? hehee
ReplyDeleteAda boba eh? Hadoi Sha tak khatam FM lagi rupanya 😂
DeleteFamily Mart ni teringin nak makan oden, oden oden heheheh :p
ReplyDeleteMemang oden yg ramai orang kejar 😁
DeleteBest lahh ada family mart kat sana .. Kat penang nie entah bila lah dia nak mai hehe
ReplyDeleteTakpe, Penang baaaanyak lagi makanan shedap 😁
Delete