Thursday, November 21, 2019

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai | Hai, sambung lagi segmen makan-makan. Macam biasa, kalau lokasi mencekik bukan di KL, biasanya di Semenyih. Tapi kali ini, tempat yang aku makan ini  bukan di Semenyih tetapi berdekatan dengannya, iaitu di Batang Benar, Nilai (Bertambah lagi senarai tempat makan best di Semenyih, Nilai dan sewaktu dengannya :)

PORT MAKAN KACANG POOL GEARBOX KAMBING DAN ROTI GOYANG DOUBLE DI NILAI

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Dah lama sebenarnya teringin nak makan Kacang Pool dan Roti Titab. Ramai dah blogger yang kongsikan pasal Kacang Pool. Baik di Penang mahupun di Johor Bahru. Tetapi ralat, bila mana kedua-dua negeri tersebut, aku tak sempat nak cuba. 

Sama juga bila baru-baru ini ke Penang, masih tak sempat cuba. Asyiklah makan breakfast hotel sebab breakfast hotel sedap! Hahaha. Tahu nama roti titab pula semasa AFB buat mini reunion di Ampang. 

Ingat tak cerita Cari Barang dan Goodies Kenduri Kahwin di Nilai 3 baru-baru ini? Semasa makan tu, baru aku terpandang Kedai Semangkuk yang bersebelahan dengan kedai masak lemak cili api nogori ni. Dan....... Dalam menu ada Kacang Pool, Ais Kepal, Roti Goyang, Roti Titab! 

Eh... Ada kat Batang Benar, Nilai sini je? Tak perlu terjah Penang lagi? 

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Kedai Semangkuk. 
Sebelah kiri kedai masak lemak cili padi. Sebelah kanan ada mee celup, nasi ayam dan Tawau cuisine! Rasanyalah sebab baca menu ada nasi kuning ikan. Nanti nak tengok lagi.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Sini guna SISTEM LAYAN DIRI. Senang je cara dia. Pilih meja > Ambil buku menu > Tulis menu yang kita nak dalam kertas pesanan > Pergi ke Kaunter Bayaran > Bayar.

Settled! Nanti tunggu je pesanan sampai.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Tak tahu apa beza Kacang Pool JDT dengan Kacang Pool Gearbox Kambing. Tapi harga jauh beza :D

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Masa datang tu, Laksa Claypot Udang Galah takde. Baru nak cuba.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Kaunter Bayaran

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Kertas Pesanan

Jadi apa yang kami order? 

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Mee Bandung, Roti Telur Goyang (Bila sampai meja, tinggal 1 je yang masih bergoyang, lagi 1 dah terbaring kepenatan setelah selesai sesi dangdut) dan Kacang Pool Gearbox Kambing!

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Kacang Pool Gearbox Kambing

Kacang Pool tu makan dengan roti eh? Baru aku tau, kahkah. Mula-mula waiter hantar Telur Goyang dan Mee Bandung. Terakhir baru hantar Kacang Pool dan roti kosong? Nak buat apa?

"Roti tu untuk kacang pool kak"

Kahkah. Maafkan akak dik diatas kebluran akak hal-hal makan ni. 

RASA KACANG POOL?
 Sekali sekala makan breakfast selain nasi lemak, lain machiam rasa dia, haha.  Pada aku ok lah, just nice. Boleh makan sampai habis. And actually, licin mangkuk tinggal tulang je, haha. Oleh sebab pertama kali baru makan, tekak aku kata ok. Dalam kuah kacang tu, ada banyak isi daging. Dan kuah ada rasa manis-manis. Next time boleh makan lagi.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Telur Goyang. 
1 lagi telur dah kepenatan bergoyang, tinggal 1 lagi masih juara.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Mee Bandung!
Kuah pekat, tapi hari tu kuah rasa banyak sangat udang kering. Tekak aku rasa sedap, tapi kalau boleh kurangkan udang kering lagi ok rasanya. Macam Eja dia tak makan udang kering, even kat rumah pun takde stok udang kering. Kalau nak masak meehon, rencah udang kering tu kita ganti dengan ikan bilis + ayam/sotong. Lauk udang is totally NO! So confirm Eja tak boleh makan mee bandung ni.

Kuantiti wise. Just nice portion untuk seorang makan.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Alhamdulillah. Kenyang.
Lain kali boleh datang lagi cuba menu lain pulak. Laksa & Bakso hanya ada bermula tengahari. Itu takpe, dah biasa makan. Yang nak makan lagi, ais kepal! Agak-agak meriah tak macam Ais Kepal Penang?

SEMANGKUK 
Waktu Operasi : 8.30 pagi - 6.00 petang
Waze : Semangkuk Batang Benar


18 comments:

  1. Uihhh tergoda tengok kacang phool kambing tu...tapi sejak dah Tau Ada alergik dengan kacang pool tu terpaksa tengok sajalah.


    Nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, ye ke?
      Takpelah kalau ada alergik dah kena pantang lah. After all, health first ..

      Delete
  2. Cantiknya gambar. Makanan pon nampak sedap. Nanti kalau saya pergi rumah kakak kat Nilai, nak singgah sinilah.

    ReplyDelete
  3. Kacang pool ni kalau rasanya mmg padu makan cicah apa je pun sedap.
    kat kg akak pun jarang ada kacang pool ni. selalu dengar ada kat city gitu. JB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye selalu di JB. Itu yang teruja bila ada dekat dengan rumah :)

      Delete
  4. Tak pernah tahu kewujudan kedai ni. Boleh cuba kalau terlalu kat nilai tu. Mengoda betul tengok kacang pool tu. tapi tak makan kambing pulak.

    ReplyDelete
  5. asal gambar makan tak pernah tak menyelerakan dan selalu buat sy terliur hehe

    ReplyDelete
  6. sisyat suka sangat dengan kacang pool..kalo g bangi memang selalu beli..hehe

    ReplyDelete
  7. kenapa saya nmpk telur goreng tu warna hijau ek?? ;-)

    ReplyDelete
  8. kacang phool gearbox?? wow menarik, kt nilai pun ada memang lain versi joho dgn penang.

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)