Monday, November 25, 2019

Kenduri Lagi πŸ˜‰

Hai. Masih ingat 'kakak' Mimi dalam entry ini? Haaaa, minggu ni kan dah mula cuti  sekolah? Makanya dua beradik ni, 'kakak' dan 'adik' Mimi dah balik cuti di sini dan....minggu ni kan aku dah kata ada jemputan walimah. Jadi jomlah bawak mereka ke kenduri kahwin!

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Hari Sabtu di Kajang Perdana Avenue. Actually, kami pernah berbuka puasa di sini, tak ingat tahun Ramadhan ke berapa. Pakej Iftar Kajang Perdana Avenue ni memang best! Sengkak perut makan sampaikan balik rumah terus terduduk mengah.

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
Dah sampai!
Kajang Perdana Avenue ni dulu bekas pasar. Tapi mungkin sebab tak dapat sambutan, Felda D'Saji ambil alih. Jadilah dewan kenduri kendara.

Sini parking pun senang, ada ballroom beraircond, wing terbuka di kiri dan kanan. Spacious! Ada surau, bilik persalinan & toilet. 

Settle salam tuan rumah, jom kita makan!

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
The lauks.
Ayam kuzi dan daging masak hitam. Daging lembut, just nice kunyah. Ada juga acar sayur & acar buah, tapi tak ambik sebab memang kurang sikit makan acar.

Yang paling best adalah.... Air!
Ada air ais krim soda lemon. Ais krim soda + lemon + asam masin + daun mint + laici.  So shedappppp sampai tambah berkali-kali.

Baca juga : 5 idea air fruit punch yang mudah disediakan

Then  ada juga air sirap selasih dan teh ais.

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Baru nak mula makan nampak barisan orang beratur panjang ambil KAMBING. As a kambing lover, it is a must to join the crowd and get a taste of it. But in this case, bukannya a taste, tapi sepinggan! Haha.

Kambing is sooo good, daging lembut dan juicy and more importantly, tak bau hamis. Cuma sos blackpaper termasin sikit. Tapi masih ok boleh dimakan sambil jilat jari, hehe. Takpelah, mungkin tukang buat sos berdarah manis..

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Boleh tahan cantik Kajang Perdana Avenue ni. Luas pun boleh tahan. Nak duduk boleh dimana-mana wing, kiri atau kanan. Kami pilih wing kanan sebab ada kambing. Dengarnya wing kiri ada udang & aiskrim? 

Aduh! Nyesal tak ambik! 

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
Goodies tuan rumah. 

Alhamdulillah lauk sedap & anak buah aku berebut telan goodies­.  Terima kasih banyak-banyak atas undangan tuan rumah. Dan semoga   rumah tangga yang baru dibina berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
Terima kasih pengantin dan tuan rumah! :)

8 comments:

  1. rezeki dapat rasa makanan kenduri sedap. Kalau air banyak pilihan rasa semua nak cuba, ye tak? Door gift dia exslusive dan cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air sedap, lauk best. Alhamdulillah murah rezeki tuan rumah 😊

      Delete
  2. kenduri kahwin ni, walaupun nampak sederhana tp kalau menu dia sedap, pasti teringat2 smpi bila2... sy ckp mcm ni sbb selalu alami... kalau muka tak malu siap tanya tuan rumah, siapa tukang msk hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau katering, ada kad nama kat atas meja makan. So selalu jugak ambik kad nama simpan mana tau esok2 guna.

      Delete
  3. musim kenduri ni kerja makan sajalah.. best tu air jarang jumpa kt sini

    ReplyDelete
  4. sikit jek mkn nye..lauk lauk nampak sedap..ehh pengantin dah tuko baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang gambarnya sikit je. Yang makan sebenar tak ambik gambar pun 😁

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)