Friday, November 22, 2019

Walimah Lagi. Wajib Hadir Jemputan Kenduri Kahwin?

Walimah Lagi. Wajib Hadir Jemputan Kenduri Kahwin? | Biasalah kan, semakin menghampiri cuti sekolah, bulan November dan Disember mesti banyak jemputan kenduri kahwin. Dan Alhamdulillah Sabtu minggu lepas dah mula  sesi gantung kuali, dari  tengahari membawak ke malam gantungannya, haha.

Kawasan perumahan aku ni boleh kata meriah dengan kenduri. Kalau kenduri kahwin pulak, setakat yang aku tahu dah 2 kali buat rewang untuk kenduri. Tak guna katering tau! Masak sendiri kat depan rumah dan yang paling amazing, team rewang ramai! Meriah!

Abah dah angan-angan tau. Next anak perempuan dia kahwin, nak buat rewang jugak! Tak tahan agaknya tengok meriahnya perjalanan kenduri orang, tambah pulak team rewang taman memang ohsem, laaaagilah hasrat membara gitu.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
Laman Cinta D' Puteh
Jalan Seri Mawar 2, Taman Kim Lai, 43500 Semenyih Selangor

 Jemputan kenduri pertama dalam Semenyih je. Di Laman Cinta D' Puteh.

Cantik Laman Cinta D' Puteh ni. Sebab ala-ala dewan tepi hutan. Tapi dia bukan dewan pun. Tempat majlis dalam manquee tent yang ala-ala jom heboh tu. 

Dengan chandelier, kain gantungan putih, ditiup angin pulak. Aduh. Sempoi. Tetiba teringin garden wedding pulak. Tiberrrr.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
5 sekeluarga kekenyangan.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh

Rasanya sampai awal. Baru pukul 1, tapi pengantin dah bergambar di pelamin.

Kali ni mak tak suruh ambik gambar dengan pengantin. Selalu suruh sebab nak minta seri pengantin kekdahnya. Ye lah, seri anak tak cukup, kita mintak sikitlah dari pengantin, hihi.

Kali ni tak suruh. Adakah aku dah cukup berseri? Kahkahkah.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
Pintu masuk comel sangat buat latar OOTD.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
The wonder women.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
Goodies!
Yang muslim dapat goodies macam yang atas ni. Dalam dia ada mini tasbih dan mini himpunan surah. Non-muslim pulak dapat goodies lain. 

Baguih. Aku pun tak terfikir buat 2 jenis goodies. Takdelah semua orang dapat sejenis sama goodies kan?

Masa kenduri kan, rasa tak selesa dengan pemakaian sesetengah tetamu. Aku sejenis orang yang takut berdepan dengan seseorang yang pakai heavy makeup ataupun seksi. Dan aku jumpa orang yang penuhi 2 kriteria tu, di kenduri ni!

Ternampak seorang kakak ni, terus aku pandang arah lain. Takut okeh. Entahlah, tak taulah sebab aku ni orang kampung ke apa, but until now masih rasa sheram kalau terserempak dengan kakak begini. 

Syukurlah aku bukan lelaki. Kalau tak manjang terlanggar tiang je sebab mata 24 jam terpejam. Kahkah.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh

Kenduri kedua ada ayam gunting singgit! Hotdog singgit! Yang macam kat pasar malam tu.

Teruja menelan ayam gunting, haha sebab ini first kenduri jumpa ada food sampingan ayam gunting. Laksa, cendol, sate, otak-otak, apam balik tu semua biasa. Ini bagi aku baru.

Ke tak baru?

Deco cantik. Pelamin pun cantik. Dan yang best, ada prop! Yey. Laagi best, takde orang pun kat booth prop tu. 

Aku apa lagi, sempatlah bagi sekeping. Eja sekeping sebelum nampak abah, mak dan Epa melepak bawah pokok tunggu driver tengah bergambar prop. Haha.

Best sebenarnya memenuhi undangan walimah ni kan? Satu sebab of course makan freeeeeeeee (i loike. Bagi ❤️ satu), lepas tu side dish banyak jenis. Ada soft icecream [semua pasal makanan je kahkah]. Dua boleh eratkan silaturahim, tautkan kembali ikatan yang dah lama. Jumpa kawan-kawan lama dan baru. Dan yang paling penting, sama-sama rasa happy sebab masjid baru dibina. Semoga semua kenduri yang aku pergi, pasangan-pasangan ini gifted with all the bless in the world. Amin.

HUKUM MEMENUHI UNDANGAN KENDURI KAHWIN?

Yang paling penting, memenuhi undangan walimah ini wajib sekiranya  tiada  keuzuran. Majoriti para ulama menyatakan bahawa hukum memenuhi jemputan perkahwinan adalah wajib. Ini berdalilkan dengan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
Maksudnya: Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.
Riwayat Muslim 1053

 Manakala mengenai keuzuran tersebut, boleh baca di artikel Mufti WP ini.

InshaAllah minggu ini ada undangan walimah lagi. Ada 2 kenduri tuuu. Syoknya makan lagi! Hehe.


20 comments:

  1. Kalau free, In syaa Allah pergi tapi depends pada tempat jugak. Kalau jauh sgt, tak pergi.

    ReplyDelete
  2. meriah kalau ada rewang rewang masak sendiri. Tapi sekarang semua mostly guna catering je. Cantiklah tempat ni. Sesuai sangat untuk majlis tema garden atau yang suka majlis open air

    ReplyDelete
  3. sekarang ni majlis kawin semua dah style mcm ni.
    meriah. suka gak tgk.

    kejap lagi akak pun nak ke majlis kawin ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend sekarang memang meriah dengan kenduri 😊

      Delete
  4. Replies
    1. tapii nk jaga perkawenan tu yg x brape nk sonoknyer., kanns., huhuhu

      Delete
    2. Setiap perhubungan ada turun naiknya kan wak 😊

      Delete
  5. Enggk jauh beda ya kak sama di indonesia,di Indonesia juga rewangan itu memang tradisi
    Kalau kami sebut kenduri itu berdoa sebelum hari H pengantin nikah atau sesudah nikah.

    Sumbangan itu baru makan-makan,dan pulangnya dikasih bingkisan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya sama saja tradisinya, cuma mungkin nama lain sedikit, tapi masih tradisu yang sama 😊

      Delete
  6. sebaiknya hadir kalau tiada halangan... lg pn x salah kalau kita meraikan org kan.... rezeki utk kita dan rezeki utk tuan rumah jg...

    ReplyDelete
  7. yg serba salah tu kalau jarak kenduri jauh2 dlm satu hari kena keluar dr negeri.. haha memang xdpt pi lah.
    satu negeri boleh gagah lg terjah semua

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)