Thursday, November 14, 2019

Dah Cuba Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya?

Dah Cuba Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya? | Cerita hari Selasa lepas sebenarnya. Aku ke Putrajaya lepas settle main ATV dan bermalam di Kemensah (ini nanti lepas ni aku cerita apa yang best ATV Kemensah tu okeh!) untuk mesyuarat. Settle mesyuarat baru dapat borak-borak sekejap dengan Linda, kawan masa aku sama-sama kerja di Sabah.

Padahal petang tu aku plan nak menyinggah FamilyMart yang baru buka kat rumah aku Semenyih. Tapi sebab lama tak jumpa kawan, dah sedap borak, terkeluarlah idea nak bersuka ria kat Putrajaya, kahkah. Tak tahulah fikir apa, sebab Putrajaya ada ke tempat yang sesuai nak bersuka ria selain shopping mall? Kebetulan Astaka Morocco yang aku nak sangat pergi tutup hari Selasa.  So plan kensel. Makanya tinggal plan..... Jalan-jalan cari makan je lah.

Ingatkan masuk iOi weekdays clear. Rupanya tak! Ramai juga manusia. Mula-mula nak makan 4fingers. Yes, aku memang lambat nak try benda-benda viral ni. Haha. Tengah mencari 4fingers nampak orang beratur ramai. Biasalah kan makcik bawang, nampak orang beratur itulah tarikan utama nak singgah. Amendelah yang best sangat ni sampai penuh orang kan?

Makanya termasuklah ke dalam outlet CHUN!

Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya
Gambar kredit iOiCity Mall

Menu utama dalam Chun adalah C.O.R.N.D.O.G! Basically corndog ni adalah sosej yang diseliputi batter dan deep fried. Originated from United States dan biasanya memang ada dalam menu American.

Tapi Chun yang kat iOiCity Mall ni pulak datangnya dari Chang Chun Korea dengan tagline Crispy Chewy Sensation. Soooooo, sedap ke idok ni hah yang ramai orang beratur ni kenapa kan?

Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya
Menu kredit blog kasihaleeya

Orang ramai tau! Tapi sebab nak juga rasa, jadi sanggup tunggu. Tak memasal je kan haha. Aku ambik Cheddar - Mozza topup Popo Fluff (salut kentang). Combination Cheese Cheddar dan Mozarella kekdahnya. Tapi kalau taknak combine boleh je pilih asing. Macam kawan aku order Mozza Combo topup Curly Crunch (balut mee). Bila dah goreng sebijik mamee monstar.


Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya

Mozza Combo dengan air. Cheddar-Mozza ala carte. Sos ada beberapa pilihan, antaranya ketchup, mayo, bbq, thousand island dan ada lagi aku lupa. Silakan letak berapa banyak yang ikut suka. Nasihat aku, silakan letak sos  pada semua bahagian sosej, baru bahagia makan, hehe.



Ramai yang order Mozza. Sebab apa?
Hah sebab ini okeh! Cheese / keju yang boleh ditarik-tarik memanjang gitchuw! Benda deep fried lagi best bila letak sos banyak. Chun ni kan sausage batter yang dalam dia ada cheese kan? Jadinya harus makan semasa panas! Baru asyik haha.


Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya


Mozarella cheese yang best makan dikala masih panas.

Aku tak sanggup ambik risiko makan sosej Korea Chun ni sambil berjalan. Sambil nak makan, sambil nak tarik cheese lagi, nak mengunyah lagi. Adeh memang hilang kesopanan kaedahnya. Makanya orang ramai beratur + aircond tak sejuk pun kami tak kisah! Yang penting dapat makan dengan tenang.


Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya

Rasa Chun - Sosej Korea Yang Viral di Malaysia ni?
Pada aku, rasa Chun ni oklah. Street food yang nampak wow sebab appearance dan saiz dia. Batter yang salut sausage + cheese tu memang tebal. Kenyang betul rasanya bila dah habis makan tu. Dan diantara combine Cheddar - Mozza dan Mozza sahaja, rasanya yang versi Mozza lagi best sebab laaaagi banyak Mozarella Cheese, hehe.


Coating luar, antara Popo Fluff (kentang) dan Curly Crunch (mee), aku lagi suka kentang. Sebab bila dah goreng, kentang dia jadi ala-ala fries yang berperisa. 

Nak repeat makan Chun lagi?
Dalam masa terdekat mungkin belum lagi tergerak hati nak repeat. Sebab ada part yang kurang menepati citarasa aku. Tapi ramai yang suka sebab dari cara aku dengar customer sebelah dan depan aku bercakap seolah mereka ni regular customer. Dah tahu yang mana lagi sedap, yang mana cheese yang boleh tarik. 

Yang nak try boleh ke outlet Chun di iOiCity Mall Putrajaya Level LG berdekatan dengan outlet Kyochon.



12 comments:

  1. Wahh sedapnya ada cheese. Belum cuba rasa lagi awak :(

    ReplyDelete
  2. kalau pasal cheese sepatutnya sedap...

    bagi pengemar cheesse macam saya nie la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang jumpa orang laki suka cheese, hehe. Tapi kalau penggemar cheese, for sure suka Chun ni..

      Delete
  3. ok esok g putrajaya blk boleh singgah sini

    ReplyDelete
  4. Tengok cheese tarik tarik ni, terliur lak rasa. Nak sikit heheh :p

    ReplyDelete
  5. Wahhh nampak sedap. Kak feni tak pernah cuba lagi. Dok tengok orang je yang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia ok ok je Kak Feni. Letak sos byk2 baru 'kick' 😁

      Delete
  6. ya rabbi.. menyesal baca pg2. memang nak cuba tp kena turun KL. menciiii. hahaha. 4fingers pun tak cuba lg walaupun dh buka branch kt penang. huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa, awak pun selalu turun KL kan? 😁. 4 fingers samalah tak try lagi.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)