Saturday, November 16, 2019

Makcik, Anak Buah dan Jerebu di Port Dickson

Cuti Jerebu di Pantai Port Dickson | Cerita 2 bulan lepas sebenarnya haha. Eh nak tanya hari tu masa tengah kuat berjerebu korang buat ape? Ye lah selain dari keluar pergi kerja (dah jatuh WAJIB tak boleh elak), hantar anak pergi sekolah, keluar lunch. Korang keluar pergi mana masa jerebu tu? Ke tak keluar rumah? Weekend pun?

Sebenarnya, masa mula-mula jerebu nak start teruk tu, kami tak sure pun IPU boleh naik tinggi sampai 200+. Hari Isnin 9 September tu sempat lagi keluar adik beradik dengan anak buah semua berjimba dekat Port Dickson. Sebelum keluar tu tengok langit memang dah tak nampak biru, tapi sebab cuti lama kesian budak-budak kecik ni mememerap kat rumah, Eja cadangkan pergi Port Dickson. Best jugak, pagi tu diorang siapkan makanan sikit, tikar semua and zasssssss kita bertolak.


Berkelah di Pantai Port Dickson

Berkelah di Pantai Port Dickson

Baru kat rumah pun dah heboh nak wefie. Anak buah aku memang over sikit. Pantang orang sua handphone. Sekarang ni dah pandai buat memek muka pula tau! Siapa la yang ajar agaknya, haha.


Berkelah di Pantai Port Dickson

Port Dickson! 
Pelik gak hari cuti PD ni lengang lagi. Kami sampai lengang je siap boleh pilih nak khemah mana. Depan khemah berbayar tu, ada orang bawak khemah sendiri, buat BBQ. Peh. Best gila. Baru betul nama berkelah.


Berkelah di Pantai Port Dickson

Berkelah di Pantai Port Dickson

Anak buah wefie over lagi, kali ni dengan pelampung lengan. 
Aku pun tak sedar bila diorang pow mak diorang. Tahu-tahu je dah bawak pelampung. 


Berkelah di Pantai Port Dickson

Yang paling kenit ni tak dapat pelampung. Tak sempat beli. Sampai-sampai je orang baru bentang tikar dah lari masuk laut! Pampers pun tak bukak lagi okeh! Makanya berlarilah Amin nak kejar sebab nak buka pampers, haha.

Oh ye, korang pernah dengar tak yang baru ni Boracay ditutup sekejap sebab kotor gila? (Baru ni dah buka semula kepada pelancong). Antara sampah yang diorang jumpa masa bersihkan Boracay adalah ............ pampers. Euwww, pandai bawak anak bercuti, tapi pemalas pengotor! Alhamdulillah masa pegi PD ni tak nampak orang buang sampah atau tinggalkan benda sesuka hati. 


Berkelah di Pantai Port Dickson

Sekali  terjun dan jadi penjaga budak kecik dalam air sekali! Haha. Eja, Amin & mak tak mandi, diorang duduk je. Aku, Epa & kakak je terjun main dengan anak kakak. 

Makanan kakak  prepare waktu pagi sebelum bertolak. Dan ada jugak yang kami beli buat tambah. Tapi itu pun tak cukup. Lain kali kalau nak pergi mandi laut lagi, bawak makanan laaaaagi banyak, kalau datang ramai buat bakar-bakar pun best, aum, haha. Lepas tu kalau ada budak-budak bawak mainan untuk main pasir buat istana tu (yang ni akak aku kena pow gak dengan anak dia kat situ). 

Aku tengok orang yang naik banana boat melompat-lompat atas air. Memang kawww gila brader banana boat bawak, laju nak mampos! Belum sempat lap dah jatuh semua, haha. Best wooo gitu. Puas hati bayar. Nak naik, make sure naik dengan orang yang enjoy melambung-lambung tu sebab lambungan dia memang lain macam. Kalau yang flying fish lagilah. Boleh terbang tinggi dan terhempas bontot! Kalau pakai gigi palsu, mau tercabut jam-jam tu jugak.

Sejak anak buah dah besar ni baru suka air. Dulu masa kecik penakut. Dengan ombak pun boleh lari. Lepas tu tahan dia berdiri je atas pasir tengok je air laut. Takut punya pasal.

Sekarang?
Punyalah suka air sampaikan tiap kali balik rumah abah, abah kena pam kolam diorang adik beradik. Yang kat laut ni kena rendam air baru dia tahu erti penyesalan nak naik ke pantai haha. 

On the way nak balik tu pun tengok orang masih tak ramai. Pelik betul tapi tak perasan tu impak jerebu sebab PD time tu clear langit biru. Rezeki lah agaknya kan? Balik pun jalan clear, Alhamdulillah. 

Jadilah kan trip nak bawak budak-budak berjalan. Bagi diorang hepi, mak, nenek, pakcik dan makciks dia pun hepi juga. Yang penting kita shemua hepiiiiii :D

6 comments:

  1. Jarang PD lengang bertuah dapat port best tepi pantai sebab selalu ramai orang..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tak panas. Just nice je weather. Rupanya jerebu 😂

      Delete
  3. jarang sekali PD tak ramai orang kan. tapi pergi dengan family tetap seronok dan meriah

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)