Sunday, November 17, 2019

Cari Barang dan Goodies Kenduri Kahwin di Nilai 3

Cari Barang dan Goodies Kenduri Kahwin di Nilai 3 | Hi! Weekend biasanya tak pergi mana-mana sekarang kecuali jemputan majlis perkahwinan. Selalu pergi sebab teman mak, nak tunggu diri sendiri entah bila. Jadi tolong doakan semoga dipermudahkan ya. Eh. Haha.

2 minggu sebelum tu dah ke Nilai 3 sebab nak buat langsir rumah. Nilai 3 kan boleh siap sehari (dengan syarat jahit lurus). Kalau yang berfesyen tu, nak scallop segala, lamalah sikit kan? Ni datang lagi siap bertambah ahli majlis. Haha.

Jadi baru ni pergi lagi, aim nak survey barang hantaran dan goodies untuk kenduri Eja. Kebetulan Eja kata ada promo jadi apa lagi? Kalau offer best kita beli aje lah terus kan?

Makan masak lemak cili api di Batang Benar Negeri Sembilan

Sebelum berjuang isi tangki dulu. Lokasi kedai di Batang Benar. Aku pernah share pasal kedai ni dalam entry ini. Jadi kalau ada berdekatan Nilai, boleh lajak ke sini okeh.

Makan masak lemak cili api di Batang Benar Negeri Sembilan

Aku ambik ikan patin. Eja siput sedut masak lemak cili api. Mak ambik sayur je sebab katanya nak kongsi lauk kami. Bijak- bijak, haha.

Lepas tu kita penuhkan pinggan dengan ulam dan sambal belacan & sambal tempoyak. Fuhhhhhhhh. Heaven!

Makan masak lemak cili api di Batang Benar Negeri Sembilan

Biasalah blogger. Mesti ada gambar wefie satu kahkah. Masa nak cari tempat duduk ni, terserempak pulak dengan jiran mak baru balik Fun Run. Best betul kawan-kawan mak ni, sentiasa ada aktiviti. Yang dulu aku pergi Hatyai tu kan, aku ikut trip kawan-kawan mak lah. [Kuat berborak memang boleh masuk semua group kahkah]

Makan masak lemak cili api di Batang Benar Negeri Sembilan

Gambar kedai. Awal lagi baru pukul 11.30 pun dah mula penuh.

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3
THANK Q!
Eja tahu pasal promosi Thank Q ni dalam ig. Sebelum ni dah pernah masuk VR Star tapi tak beli apa-apa sebab Eja takde. Ni tuan tanah dah ada, apa lagi terus servey beg goodies dan bunga pahar.

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3


Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3

Banyak pilihan beg goodies yang cantik-cantik! Tengok harga murah jugak. Tapi mak dah beli beg goodies kat tempat lain cumanya versi takde corak. Kira kosong je lah. Beli masa menyoping pinggan mangkuk untuk kenduri sebab konsepnya beli awal-awal boleh beli sikit-sikit so that nanti tak kena beli sekali harung. Tererkan planning mak?


Tapi itulah, bila dah jumpa yang cantik-cantik, ada banyak saiz & corak rasa hmmm. Nak beli lagi ke?

Kesimpulannya tak beli pun. Kita guna je apa yang dah ada. Jangan membazir ye tak? Lagipun yang dapat goodies bag tu nanti, korang bukan kami hahaha. Dan jangan risau, isi dalam dia tetap gempak!

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3
Jom tengok bunga pahar / bunga telur!


Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3

Cecantik weh bunga pahar! Dari yang blink blink sampai ke 3 tona, dari kaler lembut ke kaler menyerlah! Harga pun ok sebab banyak promo. Dah pegang yang design ni, jalan depan sikit nampak design lain nak yang tu pulak. Adeh, kepala pusing! Yang Eja pun sama, kejap nak warna teal blue, kejap merah, kejap mint. Dah sama-sama rambang mata, haha.

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3

Ada banyak lagi design bunga pahar. Silakan ke ig Thank Q.

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3


Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3

Yang Thank Q ni pandai. Diorang letak bunga-bunga dah siap gubah tinggi atas rak. Dari jauh dah nampak cantiknya lahai nak letak atas meja kopi. Tak letak atas meja kopi, atas meja makan pun cantik. Eh letaklah dekat mana pun, sebab serius cantik bunga & hiasan daun dia. Kang tak jadi beli barang goodies, bunga pulak dirembatnya. 

Bunga atas ni ada beberapa ton. Cantik kalau letak dalam pasu tinggi letak atas meja kopi. Nak buat bunga tangan pun boleh, tapi kena potong batang dia. 

Jadi minah bunga okeh bila dikelilingi bunga cantik! Rak bunga ni pun depan pintu keluar alahai... Tergugat iman kakak ko. Nak beli, tapi bila teringat anak buah aku.... Hm. Kensel jap.

Last week budak-budak tu balik, tong sampah kecik kepala teddy bear tempat aku buang kapas muka pun jadi bahan mainan. Biasalah budak-budak kan, no problem je nak bagi main. Tapi yang  paling tak disangka adalah.... Tong tu siap dibagi nama.

"Kakak nak bagi nama. Nama dia Mimi" sambil sumbat bunga mak letak dalam tong tu.

Ada jantina okeh! Jadi rasanya kalau aku beli bunga ni, agak-agak apa diorang buat? Dan patut tak beli 'another Mimi'?

18 comments:

  1. Jenuh memilih yang berkenan di hati.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan Kak Shahira kawen, terkejut sis. Lama tak makan siput sedut, makan siput sedut boleh buat competition ni. Sape dapat makan dulu heheheh :p

    ReplyDelete
  3. nilai 3 mmg syurga langsir je kanns.. hehebe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebab boleh siap sehari tu yang best tu. Cuma kena pandai cari kedai yang ok.

      Delete
  4. Barang di VR kalau ikutkan ada murah sikit.. mmg puas pusing dlm kedai tu kan.. :D

    ReplyDelete
  5. bab makan bab paling best..

    kena dengan tekak boleh viral satu Malaysia.

    itulah best kalau blogger makan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua orang boleh jadi blogger makan, hehe. Sebab kita hari-hari makan :D

      Delete
  6. Lama tak pergi Nilai 3, memang rambang mata..
    Tempat makan ni next time boleh singgah sebab nampak menarik..

    ReplyDelete
  7. baru nk komen, "bila nak hantar kad kahwin ni?" hahahaha

    ReplyDelete
  8. Banyak kali gak datang THANK Q ni. Banyak pilihan dan puas hati membeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Best masuk kedai-kedai barang kahwin ni. Rambang mata.

      Delete
  9. wow.. memang murah lah. sesuai utk yg mana stay KL, area selatan nk borong. kalau penang ni fames dgn A tu Z.. so tak perlu nk pi ke negeri9. haha.. mkcik stay kl pun sanggup balik beli goodies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun dah menggambarkan banyaknya barang dalam AtoZ tu. Mesti besar sungguh kan?

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)