Sunday, November 24, 2019

Mudahnya Bayar Parking di Selangor Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking

Mudahnya Bayar Parking di Selangor Melalui Aplikasi Dalam Talian Smart Selangor Parking | Hai. Teringat semasa ada Majlis Apresiasi Pelajar di Hotel Sri Petaling baru-baru ini, kena bayar parking kenderaan walaupun di hadapan hotel kerana petak parking tersebut di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Naik ke dewan, berborak dengan kawan
lain, rupanya diorang pun tak tahu parking berbayar, risau juga kalau kena kompaun kan? 

Nak turun beli kupon gores untuk sejam dua pun rasa tak berbaloi. Eh, tak tahu ke ada Aplikasi Dalam Talian untuk Bayar Parking Selangor? 

Aku dah lama pakai apps ni. Pertama kali guna semasa nak parking untuk buat penilaian Latihan Industri pelajar di Bangi. Dah siap parking, nak turun tiba-tiba ternampak pegawai MP tengah buat operasi. 

Ni kalau turun sekejap pergi cari kupon mau tiba-tiba balik dah dapat kompaun? Takkan nak tunggu dalam kereta pula kan? Jadi cuba scroll play store cuba nasib kalau ada aplikasi bayar parking Selangor.

Tinggggg!!! Ada rupanya! Aplikasi Smart Selangor Parking namanya. Cuma muat turun dalam play store & boleh bayar parking untuk mana-mana Majlis Perbandaran di Selangor ni.

APLIKASI SMART SELANGOR PARKING 

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 1
Muat turun Smart Selangor Parking dari Play Store ( Android) atau App Store (iOS).

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 2
Daftar Pengguna Baru. Isi semua maklumat.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 3
Kemaskini No. Plat Kenderaan. Setakat ni aku dah masukkan 3 nombor dan this apps work perfectly.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 4
Beli Kredit. Kredit boleh topup bila-bila masa dan minimum kredit RM10. Kredit dalam apps ini tiada tarikh luput. Kemaskini terkini, dah boleh guna di 10 PBT, mula-mula aku guna dulu hanya 6 PBT.

Settle kemaskini no plat kenderaan dan beli kredit (untuk pertama kali gunakan apps ini), baru boleh nak bayar parking. 

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING


BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
 Pilih PBT. 
Jika on kan GPS, secara automatik aplikasi ini akan kesan lokasi PBT dimana kita berada.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
Ini contoh belum masukkan no plat kenderaan. Dalam kotak biru TIADA bermaksud tiada kenderaan didaftarkan.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
Dah masukkan no. plat kenderaan. Tekan no. plat tersebut & boleh pilih berapa lama masa bayaran. Minimum 1 jam.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
Timer bermula. Bila semakin menghampiri waktu tamat bayaran parking, akan keluar notifikasi makluman. 

So, senangkan? Lepas ni nak tolong bayarkan parking orang lain pun boleh. Cuma tambahkan no plat, kemudian tekan bayar. Nak transfer kredit dalam aplikasi kita kepada orang lain pun boleh 😉. Nak bayar kompaun pun boleh melalui apps ini. 

Jadi semasa majlis tu, aku tolong bayarkan parking kawan aku. Parking DBKL 1 jam RM1. Mahaiiiii!! Selalu MPKJ 1 jam baru RM0.50 je. Patut KL kaya raya, hihi. Jadi sekarang kalau nak bayar parking dah tak perlu beli kupon. Everything cashless kan sekarang..




6 comments:

  1. Okay ini sangat bagus. Bila dah ada apps lebih memudahkan urusan.

    ReplyDelete
  2. yg keje / ddk selangor untung laa... org KL tgk n tumpang parking je hehehehe

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)