Monday, November 4, 2019

Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan!

Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan | Aku memang suka air yang bersifat masam manis buah. Minuman yang bersusu kurang sikit. Kalau pergi pasar malam dan nampak air soda gembira (air warna biru yang ada lemon & asam boi & daun pudina) mesti rasa tertarik. Atau pun punch paling simple tapi yang buat aku tambah berkali-kali. Sunquick + sirap. Lepas tu letak ais krim soda sikit. 

Jadi, aku nak kongsi 5 idea resepi air fruit punch mudah dibuat. Untuk apa-apa majlis, mana tahu ada yang nak cipta kelainan, buat air ala-ala mahal hotel sikit kan? Jom follow rapat-rapat.

Link resepi asal disertakan dibawah setiap gambar ya. Kredit kepada tuan punya resepi asal =)

5 Resepi Air  Fruit Punch Mudah

Strawberry Lemonade Punch

Idea resepi mudah dan senang air strawbery lemonade punch
Kredit Asal Resepi : The Cookie Rookie

Resepi ini ada olahan sedikit sebab resepi asal ada dimasukkan minuman keras. Untuk resepi sini dikeluarkan bahan tersebut.


Bahan-bahan :
500g strawberi beku (Masukkan strawberi dalam bekas ais, lagi mudah & senang)
1 botol besar Lemonade
1 botol besar Mountain Dew
Lebihan strawberi beku untuk dimasukkan dalam punch
Hirisan lemon dan strawberi sebagai hiasan
Ketulan ais secukupnya

Cara-cara :
1) Kisar strawberi beku dan lemonade menggunakan pengisar berkuasa tinggi hingga dapat kisaran yang halus.
2) Tuang ke dalam mangkuk punch atau gelas tinggi.
3) Campurkan Mountain Dew dan kacau.
4) Hidangkan dengan hirisan lemon, strawberi dan ais batu.

Sunquick Tropical Soda Blue Punch

Resepi Air Sunquick Tropical Soda Blue Punch
Kredit Resepi Asal : Resepi Citarasawan


Bahan-bahan :
1 botol kecil Sunquick Tropical
1 botol air soda biru Mountain Dew
1 tin kecil tropical fruits cocktail, tapis airnya
1 sudu besar biji selasih, rendam dan tapis
Ketulan ais secukupnya

Cara-cara :
1) Sediakan gelas tinggi atau mangkuk punch.
2) Tuang 2 sudu besar Sunquick oren di dasar gelas.
3) Masukkan ketulan ais diikuti tropical fruits cocktail.
4) Tuang air soda biru perlahan-lahan supaya tidak bercampur.
5) Masukkan biji selasih. Kacau sebelum diminum.

Fruit Punch Mudah

Resepi Fruit Punch Mudah
Kredit Resepi Asal : Myresipi

Bahan-bahan :
1 tin buah-buahan campuran
1 - 2 botol besar air berkarbonat (7 up, ice cream soda atau fanta buah-buahan)
Air gula secukup rasa
Ketulan ais secukupnya

Cara-cara :
1) Campurkan buah-buahan campuran, air berkarbonat, air gula dan ais.
2) Sedia untuk dihidang.


Air Soda Herbs

Resepi Air Soda Herbs Mudah
Kredit Resepi Asal : Asap Dapur

Bahan-bahan :
1 botol besar air berkarbonat ice cream soda
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
2 batang serai ~ dititik
Daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
1 biji lemon ~ hiris nipis
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya

Cara-cara :
1) Mula-mula cuci bersih semua bahan.
2) Hiriskan lemon nipis-nipis.
3) Sediakan bekas yang bersesuaian.
4) Letakkan daun pudina secukupnya.
5) Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris.
6) Masukkan asam boi putih.
7) Masukkan buah laici.
8) Tuangkan air berkarbonat ice cream soda secukupnya.
9) Letakkan ketulan ais jika suka
10) Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik perdunya.
Siap! 

Fruits Punch

Idea resepi mudah dan senang fruits punch
Kredit Asal Resepi : FB Dunia Resepi

Bahan-bahan :
1 biji buah prun - potong dadu
30g nenas - potong dadu
30g betik - potong dadu
150g buahan campuran dalam tin
30g tembikai - potong dadu
5 biji anggur
60g nata de coco
200ml air
6 helai daun pudina
Ketulan ais secukupnya
*Saiz 2 hidangan

Cara-cara :
1) Campurkan semua buah-buahan dan nata de coco dan gaul rata.
2) Tuangkan gula sirap dan kacau rata.
3) Masukkan beberapa ketulan ais dan sedia untuk dinikmati.
4) Letakkan daun pudina sebagai hiasan.

Amacam. Cukup 5 resepi untuk 5 hari. Semoga perkongsian ini bermanfaat, memberi idea untuk air minuman yang menarik dan mudah disediakan. 

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Random

randomposts

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (95) Lifestyle (81) Personal (56) Resepi (33) Tips blogging (38) travel (44)