Saturday, November 30, 2019

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com

November 30, 2019

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com bermula pada hari ini, 20 November 2019, iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 November 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


5 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan akan dimasukkan ke bloglist Mia selama setahun pada tahun 2020. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2019.


** jom support Mia Liana....

Tudung Sekolah Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik

November 30, 2019
Tudung Sekolah Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak | Hai. Dah nak masuk bulan Disember kan? Sekejap je masa berlalu. 

I come across Tudung SiComel a while ago masa tengah berborak dengan kakak pasal sekolah anak-anak dia. Biasalah, ibu bekerjaya ni, hujung tahun busy sikit nak closing account, so bila I share pasal beli tudung online je untuk anak-anak dia, why not katanya kan?

TUDUNG SICOMEL  UNTUK ANAK-ANAK

Serius comel sesuai dengan nama okeh! Yang untuk sekolah ni, design siap awning. Soft awning atau awning lembut. In fact, setiap produk yang dihasilkan Tudung SiComel ada ciri-ciri berikut :

❤️MUDAH - Awning lembut, mudah dibasuh dan dipakai. Menggunakan material berkualiti.

❤️LEMBUT - Material tudung lycra lembut dan gebu gebas. Memang anak-anak tak rasa panas.

❤️SELESA - Selesa dipakai, cutting cantik, boleh guna untuk harian atau special event. 

TUDUNG SEKOLAH AWNING SCUBA TUDUNG SICOMEL

Rupanya Tudung Sekolah Awning Scuba ni antara HOT ITEM brand Tudung SiComel. Nama dah comel sangat scuba kan? Hehe.

Actually konsep awning Tudung SiComel ni, awning dijahit terus ke badan tudung, dengan jahitan yang kemas, mudah dan selesa dipakai.

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Kuning (RM19.90)

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Pink (RM19.90)

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Ungu Muda (RM19.90)

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Biru Pengawas (RM19.90)

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Putih Mutiara (RM19.90)

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Putih Nila (RM19.90)

Actually, ada banyak warna lagi seperti hijau muda, kelabu, hitam. Tapi tak larat nak letak sini, hihi.

Boleh ke laman web Tudung SiComel di https://tudungsicomel.com/ atau tekan je banner bawah ni. Nanti terus ke laman web Tudung Sekolah Awning Scuba SiComel.

tudung sekolah
Panduan saiz tudung mengikut umur. So jangan risau kalau tudung tak muat atau longgar.

Tudung kasual dan inner pun ada tau! Silakan ke laman web Tudung SiComel di : https://tudungsicomel.com/

Bila Phone Di Hijack Makhluk Comel

November 30, 2019
Hai lah badan. Nak marah tak boleh. Nak membebel pun bukan orang faham. Nak sorok pun susah juga sebab kita kita sentiasa nak tengok whatsApp. Jadinya, apa penyelesaiannya bila phone di-hijack makhluk comel yang selalu ketawa riang bila dapat phone kita?

Makhluk comel tersebut... Tak lain tak bukan anak buah aku lah, haha.

Bila Phone Di Hijack Makhluk Comel

Bila Phone Di Hijack Makhluk Comel
Bukti hijack.
Nasib comel. Takpelah acik ampunkan.

Ini latest photo. Tak sedar bila diorang main phone aku. Tahu-tahu je dah ada gambar tersengih ni. 

Baca juga : Alahai Cik Burung

Ada sekali tu, phone mak aku penuh dengan gambar diorang je. Same pose, 500++ photo. How they did that eh? 

Kadang-kadang makcik diorang ni bertukar menjadi naga berapi jugak, nak-nak bila kita buka phone je mulalah nak mengendeng. Padahalkan tv kartun tu terbuka je. Bila kita nak tukar tak boleh. Lepas tu, phone kita pun diorang nak pulun?

Aih, tak boleh jadi ni.
Pantang acik ko berserah sebelum berjuang. Sorry Lisa, berserah itu pasrah, I tak setuju!

Makanya, selain unlock phone guna thumb print (standard la sebab selalu lupa pattern, kahkah) sekarang main phone bila keadaan tenang. Ataupun godek phone disebalik bantal. 

Kelakar jugak sebab kadang-kadang dah sorok phone, pun tetiba penuh je muka makhluk comel ni. Nasib baik comel kan? Hai lah anak ....



Thursday, November 28, 2019

Money Changer Murah di Semenyih

November 28, 2019
Money Changer Murah di Semenyih | Macam biasa bila nak travel je mesti nak cari money changer yang murah atau bagi tukaran wang yang agak menguntungkan.

Pengalaman aku sendiri pun dah tukar di beberapa lokasi money changer, memang nampak beberapa tempat yang bagi tukaran matawang yang menguntungkan.

Tapi sejak dah jumpa money changer murah di Semenyih ni, malas dah nak menapak ke Putrajaya ataupun KL sebab rate pun agak best. 


Terbaru ada 1 lagi money changer yang dibuka di Semenyih. Jadi aku senaraikan money changer yang ada di Semenyih. Setakat ni tak banyak, baru ada 2 tapi bolehlah dibuat perbandingan antara 2 money changer ini.

Money Changer Murah di Semenyih

1) Syarikat Mohd Rabeek Trading Sdn. Bhd.
Ada diceritakan pengalaman menukar duit di sini. Lokasinya terletak di kedai baris hadapan Econsave Semenyih, bersebelahan Klinik Mediveron. 

Dah beberapa kali tukar duit disini, antaranya tukaran wang Indonesia Rupiah IDR, US Dollar dan Thailand Baht THB. 

Kedai kecil, tetapi tukaran mata wang agak menguntungkan, terutamanya ketika aku tukar wang Indonesia Rupiah IDR. Cuma kekurangannya adalah ada beberapa matawang yang tidak ada, contohnya Brunei Dollar.

Money Changer Murah di Semenyih


2) Money Changer di Tesco Semenyih
Money changer ini baru dibuka di Tesco Semenyih. Lokasinya terletak di Aras 1 di sebelah ATM Maybank. Betul-betul sebelah escalator naik ke Aras 1.

Money Changer Murah di Semenyih

Aku pun baru perasan, tetapi buat masa ini masih tak sempat nak survey kadar tukaran matawang. InshaAllah aku akan update lagi sekiranya ada pertambahan dan juga kadar tukaran nya bagaimana ya. 

Oh, orang Semenyih yang dah pernah tukar di Tesco Semenyih are welcome to update the rate. 


Wednesday, November 27, 2019

Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

November 27, 2019
Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja | Hai. Kembali lagi dengan segmen resepi. Resepi aiskrim kali ini biasalah yang buat orang Malaysia, tapi nak gempak yang penting kebaboom nama  ala oversea uols. 

Itu sebab nama dia jadi Aiskrim Malaysia Ala Magnum (Bukan Magnum Kuda okeh!).

Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

Ini kiranya projek cuti sekolah sebab anak buahan balik bercuti. Konon nak bagi adalah benda nak kunyah-kunyah di saat siang hari. Cakap dengan mak diorang, dan zassss sepantas kilat selepas hantar Khayra keluar kenduri kahwin dengan mak (manjang kenduri, hehe), kami cari bahan buat aiskrim.

RESEPI AISKRIM MALAYSIA ALA MAGNUM

Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sb ovelette
1sk esen vanila
1/2kg coklat coins


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

Cara-caranya :
1) Blender susu cair, susu pekat, ovelette dan esen vanila sampai sebati. Ketepikan.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

2) Masukkan 10 keping atau lebih coklat coins ke dalam plastik aiskrim. Mula-mula masukkan 12 keping, lepastu rasa eh macam banyak je coklat nanti tak cukup nak makan ๐Ÿ˜‚. Jadi kami kurangkan jadi 10 keping je. 

Khayra datang mintak coklat "Acik nak  coklat 1 je" 

Aku pun percaya Khayra dan bagi beg plastik coklat. Rupanya... 1 tu 1 genggam! Kahkah. Panjang akal betul bebudak ni. Tipah tertipu ๐Ÿ˜‚. Oh, guna coklat Beryl's sedapnya lahai. Kalau ada bajet, nak godiva pun silakan haha.

Baca juga : Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

3) Letakkan plastik aiskrim yang dah siap diisi coklat ke dalam bekas berisi air panas. Tekan guna sudu supaya coklat cair.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

4) Ratakan coklat yang dah cair ikut paras ketinggian coklat yang kita nak.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

5) Masukkan aiskrim vanila yang dah siap blender tadi dalam bekas. Aku guna plastik piping susah yakmat. Gigilan magnitud 7. Jadi guna measuring cup. Pun boleh. Ikut suka korang la kan.

Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

6) Paip masuk aiskrim oversea vogue tadi ke dalam plastik berisi coklat. Tak perlu tunggu coklat keras. 

7) Ikat ketat kepala plastik.

8) Masukkan dalam peti ais dan tunggu hingga aiskrim beku.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja
Siap!
Ni kira resepi paling mudah dengan bahan yang mudah dicari. 1 kali buat boleh dapat 15 batang aiskrim (coklat coin ada banyak lagi balance). Nak lagi banyak aiskrim, tambahkan susu segar 1/2L & 1 sk esen vanila.


Monday, November 25, 2019

Makan Gaji

November 25, 2019
Cerita siang tadi. Pergi renew license di Pejabat Pos Beranang. Lupa nak renew weh! Dah expired 23 hari! 

Fuh padahalkan ada satu hari tu kena roadblock, dah berdebar bila sedar yang license dah mati seminggu. Aku dah fikir sesiap ni kalau kena check nak bagi dialog apa..

"Hah dah mati? Alamak tak perasan la. Bukan ke saya renew 2 tahun?"

Sambil buat muka blur.
Jangan korang tak tahu aku pakar buat muka blur. Dan muka singa (ini hari-hari buat kat office). Dan muka mintak simpati (ini dulu ex aku selalu dapat, kahkah). Dan muka mintak pelempang. Eh. 

Mintak-mintak tak ramailah guna alasan yang sama kalau kena roadblock. Amin.


Renew license di Pejabat Pos Beranang
Pejabat Pos Beranang.

Tenang je Beranang ni waktu-waktu office hour. Jalan raya boleh buat main tingting.

Aku suka Beranang.
Walaupun selalu berzikir kata jauhnyaaaa nak pergi office (Beranang - office sehala 50km), tapi aku masih suka suasana Beranang.

Baca juga: My mum is my travel buddy

Beranang, ada a part of it masih suasana kampung, ada rumah kampung. Ada a part of it dah membangun bersama waktu dengan wujudnya taman-taman perumahan.

Tapi suasana tenang dan kadangkala jem tu masih ada. Dan aku suka.

Renew license di Pejabat Pos Beranang
Jalan lama menghala ke Mantin.

Someone need to stress to the MP untuk baikpulih & pemuliharaan bangunan-bangunan lama di Beranang ni. So sad to see, bangunan lama macam ni makin terbiar rosak padahal ini semua boleh menarik visitor to come. 

Dan banyak lagi tapak yang ada nilai sejarah, berpotensi dibangunkan sebagai heritage site, terbiar begitu juga. Dah kenapa kita ni? *U need to read this with wrinkled on your forehead, baru jadi*

Renew license di Pejabat Pos Beranang
Sekolah mak.
Eh silap. Mak bukan polis ๐Ÿ˜‚. Sekolah mak sebelah balai polis ni. Dah kenapa nak tangkap gambar sekolah tertangkap balai? 

Something wrong ni. 
Sindrom flatulence agaknya.


Renew license di Pejabat Pos Beranang
Siapa kata orang Melayu pemalas? Ini salah satu bukti yang orang kita ni kuat berniaga. Punyalah banyak barang nak pos ok!

Berniaga online ni, kalau kena caranya memang lumayan. Dan aku salute orang-orang yang sentiasa cari jalan how to expand. 

Berbalik kepada brader tadi, tak tahulah sehari berapa banyak parcel. Seminggu berapa banyak. Fuhhh. Berapa lah agaknya income dia ye? Silap hari bulan, orang makan gaji pun kalah dengan income diorang ni.

Renew license di Pejabat Pos Beranang
Ini muka orang makan gaji! 

Kenduri Lagi ๐Ÿ˜‰

November 25, 2019
Hai. Masih ingat 'kakak' Mimi dalam entry ini? Haaaa, minggu ni kan dah mula cuti  sekolah? Makanya dua beradik ni, 'kakak' dan 'adik' Mimi dah balik cuti di sini dan....minggu ni kan aku dah kata ada jemputan walimah. Jadi jomlah bawak mereka ke kenduri kahwin!

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Hari Sabtu di Kajang Perdana Avenue. Actually, kami pernah berbuka puasa di sini, tak ingat tahun Ramadhan ke berapa. Pakej Iftar Kajang Perdana Avenue ni memang best! Sengkak perut makan sampaikan balik rumah terus terduduk mengah.

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
Dah sampai!
Kajang Perdana Avenue ni dulu bekas pasar. Tapi mungkin sebab tak dapat sambutan, Felda D'Saji ambil alih. Jadilah dewan kenduri kendara.

Sini parking pun senang, ada ballroom beraircond, wing terbuka di kiri dan kanan. Spacious! Ada surau, bilik persalinan & toilet. 

Settle salam tuan rumah, jom kita makan!

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
The lauks.
Ayam kuzi dan daging masak hitam. Daging lembut, just nice kunyah. Ada juga acar sayur & acar buah, tapi tak ambik sebab memang kurang sikit makan acar.

Yang paling best adalah.... Air!
Ada air ais krim soda lemon. Ais krim soda + lemon + asam masin + daun mint + laici.  So shedappppp sampai tambah berkali-kali.

Baca juga : 5 idea air fruit punch yang mudah disediakan

Then  ada juga air sirap selasih dan teh ais.

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Baru nak mula makan nampak barisan orang beratur panjang ambil KAMBING. As a kambing lover, it is a must to join the crowd and get a taste of it. But in this case, bukannya a taste, tapi sepinggan! Haha.

Kambing is sooo good, daging lembut dan juicy and more importantly, tak bau hamis. Cuma sos blackpaper termasin sikit. Tapi masih ok boleh dimakan sambil jilat jari, hehe. Takpelah, mungkin tukang buat sos berdarah manis..

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Boleh tahan cantik Kajang Perdana Avenue ni. Luas pun boleh tahan. Nak duduk boleh dimana-mana wing, kiri atau kanan. Kami pilih wing kanan sebab ada kambing. Dengarnya wing kiri ada udang & aiskrim? 

Aduh! Nyesal tak ambik! 

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
Goodies tuan rumah. 

Alhamdulillah lauk sedap & anak buah aku berebut telan goodies­.  Terima kasih banyak-banyak atas undangan tuan rumah. Dan semoga   rumah tangga yang baru dibina berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
Terima kasih pengantin dan tuan rumah! :)

Sunday, November 24, 2019

Mudahnya Bayar Parking di Selangor Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking

November 24, 2019
Mudahnya Bayar Parking di Selangor Melalui Aplikasi Dalam Talian Smart Selangor Parking | Hai. Teringat semasa ada Majlis Apresiasi Pelajar di Hotel Sri Petaling baru-baru ini, kena bayar parking kenderaan walaupun di hadapan hotel kerana petak parking tersebut di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Naik ke dewan, berborak dengan kawan
lain, rupanya diorang pun tak tahu parking berbayar, risau juga kalau kena kompaun kan? 

Nak turun beli kupon gores untuk sejam dua pun rasa tak berbaloi. Eh, tak tahu ke ada Aplikasi Dalam Talian untuk Bayar Parking Selangor? 

Aku dah lama pakai apps ni. Pertama kali guna semasa nak parking untuk buat penilaian Latihan Industri pelajar di Bangi. Dah siap parking, nak turun tiba-tiba ternampak pegawai MP tengah buat operasi. 

Ni kalau turun sekejap pergi cari kupon mau tiba-tiba balik dah dapat kompaun? Takkan nak tunggu dalam kereta pula kan? Jadi cuba scroll play store cuba nasib kalau ada aplikasi bayar parking Selangor.

Tinggggg!!! Ada rupanya! Aplikasi Smart Selangor Parking namanya. Cuma muat turun dalam play store & boleh bayar parking untuk mana-mana Majlis Perbandaran di Selangor ni.

APLIKASI SMART SELANGOR PARKING 

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 1
Muat turun Smart Selangor Parking dari Play Store ( Android) atau App Store (iOS).

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 2
Daftar Pengguna Baru. Isi semua maklumat.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 3
Kemaskini No. Plat Kenderaan. Setakat ni aku dah masukkan 3 nombor dan this apps work perfectly.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 4
Beli Kredit. Kredit boleh topup bila-bila masa dan minimum kredit RM10. Kredit dalam apps ini tiada tarikh luput. Kemaskini terkini, dah boleh guna di 10 PBT, mula-mula aku guna dulu hanya 6 PBT.

Settle kemaskini no plat kenderaan dan beli kredit (untuk pertama kali gunakan apps ini), baru boleh nak bayar parking. 

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING


BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
 Pilih PBT. 
Jika on kan GPS, secara automatik aplikasi ini akan kesan lokasi PBT dimana kita berada.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
Ini contoh belum masukkan no plat kenderaan. Dalam kotak biru TIADA bermaksud tiada kenderaan didaftarkan.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
Dah masukkan no. plat kenderaan. Tekan no. plat tersebut & boleh pilih berapa lama masa bayaran. Minimum 1 jam.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
Timer bermula. Bila semakin menghampiri waktu tamat bayaran parking, akan keluar notifikasi makluman. 

So, senangkan? Lepas ni nak tolong bayarkan parking orang lain pun boleh. Cuma tambahkan no plat, kemudian tekan bayar. Nak transfer kredit dalam aplikasi kita kepada orang lain pun boleh ๐Ÿ˜‰. Nak bayar kompaun pun boleh melalui apps ini. 

Jadi semasa majlis tu, aku tolong bayarkan parking kawan aku. Parking DBKL 1 jam RM1. Mahaiiiii!! Selalu MPKJ 1 jam baru RM0.50 je. Patut KL kaya raya, hihi. Jadi sekarang kalau nak bayar parking dah tak perlu beli kupon. Everything cashless kan sekarang..




Friday, November 22, 2019

Walimah Lagi. Wajib Hadir Jemputan Kenduri Kahwin?

November 22, 2019
Walimah Lagi. Wajib Hadir Jemputan Kenduri Kahwin? | Biasalah kan, semakin menghampiri cuti sekolah, bulan November dan Disember mesti banyak jemputan kenduri kahwin. Dan Alhamdulillah Sabtu minggu lepas dah mula  sesi gantung kuali, dari  tengahari membawak ke malam gantungannya, haha.

Kawasan perumahan aku ni boleh kata meriah dengan kenduri. Kalau kenduri kahwin pulak, setakat yang aku tahu dah 2 kali buat rewang untuk kenduri. Tak guna katering tau! Masak sendiri kat depan rumah dan yang paling amazing, team rewang ramai! Meriah!

Abah dah angan-angan tau. Next anak perempuan dia kahwin, nak buat rewang jugak! Tak tahan agaknya tengok meriahnya perjalanan kenduri orang, tambah pulak team rewang taman memang ohsem, laaaagilah hasrat membara gitu.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
Laman Cinta D' Puteh
Jalan Seri Mawar 2, Taman Kim Lai, 43500 Semenyih Selangor

 Jemputan kenduri pertama dalam Semenyih je. Di Laman Cinta D' Puteh.

Cantik Laman Cinta D' Puteh ni. Sebab ala-ala dewan tepi hutan. Tapi dia bukan dewan pun. Tempat majlis dalam manquee tent yang ala-ala jom heboh tu. 

Dengan chandelier, kain gantungan putih, ditiup angin pulak. Aduh. Sempoi. Tetiba teringin garden wedding pulak. Tiberrrr.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
5 sekeluarga kekenyangan.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh

Rasanya sampai awal. Baru pukul 1, tapi pengantin dah bergambar di pelamin.

Kali ni mak tak suruh ambik gambar dengan pengantin. Selalu suruh sebab nak minta seri pengantin kekdahnya. Ye lah, seri anak tak cukup, kita mintak sikitlah dari pengantin, hihi.

Kali ni tak suruh. Adakah aku dah cukup berseri? Kahkahkah.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
Pintu masuk comel sangat buat latar OOTD.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
The wonder women.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
Goodies!
Yang muslim dapat goodies macam yang atas ni. Dalam dia ada mini tasbih dan mini himpunan surah. Non-muslim pulak dapat goodies lain. 

Baguih. Aku pun tak terfikir buat 2 jenis goodies. Takdelah semua orang dapat sejenis sama goodies kan?

Masa kenduri kan, rasa tak selesa dengan pemakaian sesetengah tetamu. Aku sejenis orang yang takut berdepan dengan seseorang yang pakai heavy makeup ataupun seksi. Dan aku jumpa orang yang penuhi 2 kriteria tu, di kenduri ni!

Ternampak seorang kakak ni, terus aku pandang arah lain. Takut okeh. Entahlah, tak taulah sebab aku ni orang kampung ke apa, but until now masih rasa sheram kalau terserempak dengan kakak begini. 

Syukurlah aku bukan lelaki. Kalau tak manjang terlanggar tiang je sebab mata 24 jam terpejam. Kahkah.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh

Kenduri kedua ada ayam gunting singgit! Hotdog singgit! Yang macam kat pasar malam tu.

Teruja menelan ayam gunting, haha sebab ini first kenduri jumpa ada food sampingan ayam gunting. Laksa, cendol, sate, otak-otak, apam balik tu semua biasa. Ini bagi aku baru.

Ke tak baru?

Deco cantik. Pelamin pun cantik. Dan yang best, ada prop! Yey. Laagi best, takde orang pun kat booth prop tu. 

Aku apa lagi, sempatlah bagi sekeping. Eja sekeping sebelum nampak abah, mak dan Epa melepak bawah pokok tunggu driver tengah bergambar prop. Haha.

Best sebenarnya memenuhi undangan walimah ni kan? Satu sebab of course makan freeeeeeeee (i loike. Bagi ❤️ satu), lepas tu side dish banyak jenis. Ada soft icecream [semua pasal makanan je kahkah]. Dua boleh eratkan silaturahim, tautkan kembali ikatan yang dah lama. Jumpa kawan-kawan lama dan baru. Dan yang paling penting, sama-sama rasa happy sebab masjid baru dibina. Semoga semua kenduri yang aku pergi, pasangan-pasangan ini gifted with all the bless in the world. Amin.

HUKUM MEMENUHI UNDANGAN KENDURI KAHWIN?

Yang paling penting, memenuhi undangan walimah ini wajib sekiranya  tiada  keuzuran. Majoriti para ulama menyatakan bahawa hukum memenuhi jemputan perkahwinan adalah wajib. Ini berdalilkan dengan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
ุฅِุฐَุง ุฏُุนِูŠَ ุฃَุญَุฏُูƒُู…ْ ุฅِู„َู‰ ุงู„ْูˆَู„ِูŠู…َุฉِ ูَู„ْูŠَุฃْุชِู‡َุง
Maksudnya: Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.
Riwayat Muslim 1053

 Manakala mengenai keuzuran tersebut, boleh baca di artikel Mufti WP ini.

InshaAllah minggu ini ada undangan walimah lagi. Ada 2 kenduri tuuu. Syoknya makan lagi! Hehe.


Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (85) Personal (84) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *