Thursday, August 1, 2019

Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Bikin Pening

Waktu Kerja Fleksi (WBF) Bikin Pening | Hari ini dah bermula Waktu Bekerja Fleksi (WBF) menggantikan Waktu Kerja Berperingkat (WBB) yang digunakan pleh penjawat awam 1 Malaysia untuk waktu bekerja.

Kalau sebelum ini WBB dah fix masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik pukul 4.30 petang. Kalau masuk kerja pukul 8.00 pagi, balik kerja pukul 5 petang. 

Ada lagi 8.30 pagi dan 9.00 pagi. Kalau di Tawau dulu aku memang masuk pukul 7.30 pagi disebabkan waktu Subuh Tawau yang awal. Rugi pula rasanya duduk-duduk lepas Subuh tak buat apa nak sampai ke 8.00 pagi tu.

Tapi bila  balik sini, nak sampai office pukul 7.30 pagi tu memang boleh semput ok. Separuh nyawa merempit pun tak boleh sampai 7.30 pagi. Jem sungguh jalan tak boleh bawa bincang!

So aku pilih masuk kerja pukul 8.00 pagi. Itu pun punch card kerap merah jugak! Aduh.

Bila WBF dikuatkuasa mulai hari ini 1 Ogos 2019 menggantikan WBB, akulah insan paling gembira. 

Gila tak gembira. Lepas ni insyaAllah aku akan terlepas dari title "Ratu Lambat". Kahkah. Ok sebelum itu, jom berkenalan dengan WBF dan kenapa aku sangat gembira bila ia dikuatkuasakan.


WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF) PENJAWAT AWAM





Dengan pelaksanaan WBF ini, penjawat awam boleh masuk kerja bermula 7.30 pagi - 9.00 pagi. Punch in selepas pukul 9.00 pagi dikira lewat. Begitu juga balik kerja. Punch out bermula 4.30 pagi - 6.00 petang. Waktu bekerja cukup 9 jam. 

Kiranya kalau aku punch in pukul 8.05 pagi, aku akan punch out pukul 5.05 petang. 

Dah tak ada istilah lewat / kad merah lagi, yeyyyyyyy. 

Tapi pagi ini, azam aku nak datang awal, punah! Kahkah. Ingatkan dah WBF jalan bolehlah clear sikit, tapi hampeh! Jemnya kalah hari hujan!

Dari TTDI Groove Kajang lagi dah start jem gara-gara kemalangan kecil. Biasalah rakyat Malaysia, pantang ada kereta tersadai tepi jalan semua nak ditengoknya. Jalan jem bukan sebab kereta block jalan, tapi sebab pemandu slow down sibuk nak tengok benda apa jadi. Adeh. Stress ok.

Lepas tu jem Cheras lagi. Ok ini biasa.

Lepas tu memanjanglah aku menghadap jem sampai PJ. Kenyang.

Biasanya jem teruk panjang macam ni kalau hari hujan. Atau KL jem (Biasa KL & Semenyih tak kongsi awan, haha). Ini hari terang benderang jalan kering.

Takpelah, mungkin ramai yang meraikan WBF, hehe. Yang penting Alhamdulillah aku tak lewat hari ini, yeyyyyyyy (padahal sampai office pukul 8.39 pagi okeh! Kalau still WBB mau berjambul aku tengok punch card). 

Tak, aku gembira kut dengan WBF ni. Cuma pening gila mengadap jem pagi tadi. Aku juga percaya ramai yang happy sokmo dengan masa fleksi ni.

Esok-esok rasa nak masuk lambat sikit sebab nak breakfast dengan anak / pasangan, dah tak risau nak kejar pukul 8. 

Atau minggu cuti sekolah nak masuk keje awal 7.30 pagi sebab nak balik awal? Why not kan. Hari-hari biasa masuk 8.30 sebab berkejar hantar anak, sekali sekala nak juga balik awal.

Apa-apa pun, kita tengok pagi Jumaat esok macam mana pula jalan raya ya. Moga-moga tak buat perangai super jem macam pagi hari ni. Amin.

Jadi hari ini aku balik pukul 5.39 petang. 

Disaat semua kawan-kawan dah selesai balik pukul 5 petang, tinggallah aku. Lepas ni mungkin perlu belajar cara nak kunci pintu utama.

Nampak gaya macam berpotensi jadi tukang kunci pintu aku ni. Haha.
Matikla.

P/s: Ada yang superhappy macam aku?











15 comments:

  1. Ratu Lambat kah kahhh...suwitt sungguh gelaran tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, memang asyik kena tegur dalam meeting sebab manjang lambat. Alhamdulillah masa fleksi membantu sangat :)

      Delete
  2. dulu opsi sy ni tak kisah nk msk pukul berapa tp kerja mesti cukup 9 jam. then 2 thn lps diorg buat sistem mcm ni. siapa lewat (lps pukul 10 pg), kena denda RM5 hehehe

    ReplyDelete
  3. hahaha...best juga ada waktu kerja yang sangat fleksibel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang sangat patut untuk bekerja dengan masa yang fleksibel

      Delete
    2. Bila dah fleksi ni memang nampak kebaikannya 😌

      Delete
  4. tahniah2... office aku (GLC) dah lama praktik kan waktu flexi ni. dah tiap2 hari la aku masuk ofis kul 9, balik kul 6. tp bukan KL la. hahaha... datang keje tak jem, balik pun tak jem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standard ah masuk 9 balik 6. Yg x standard masuk lambat nak balik awal 😂. But fleksi is good way kurang serabut tengok attandance merah 😂

      Delete
  5. hahaha.. boleh rasa bila punch card merah, macam murung satu hari

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Kalau tetiap bulan punchcard merah memang lagi murung 😂

      Delete
  7. yezzaa..sama la kita..superhappy aih dengan WBF ni..kalo tak, tiap2 bulan migrain nak tulis alasan lewat..walaupun 1 minit, dah merah dah report thumbprint..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, Alhamdulillah. Memang ramai yg superhappy dengan WBF ni..

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (98) Lifestyle (80) Personal (57) Resepi (34) Tips blogging (38) travel (49)