-Lifestyle-Food-Travel-

Babysitter Dalam Hutan

Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya | Macam dah lama tak cerita pasal student aku. Biasalah, student datang silih berganti. Sekejap je jumpa, tahu-tahu dah habis. Sedar-sedar je dah nak konvo. Eh, sekejap je korang membesar ye? Hahaha.

Dari Tawau dulu membawak ke PJ ni, student aku 99% lelaki. Pernah rasa sekali je dapat student perempuan. Itu pun sekali je. Alhamdulillah kekal kawan sampai sekarang. 

Masa awal-awal aku mengajar dulu. Posting pertama, baru settle konvo dah terbang ke Tawau. Umur pun muda lagi. Masuk kelas, tengok senarai nama, tengok ic. Ehhhhhhhhhhh.. Majoriti student aku sebaya aku. Ada yang lagi tua 2,3 tahun. Mak aih. Seram aku. Nak panggil abang kakak ke macam mana ni? Haha. 

Awal-awal dulu, mungkin sebab muka pun suci murni aku agak diorang ni dapat teka yang aku fresh graduate. Siap main teka-teka umur okeh! Masuk uni tahun berapa. Belajar berapa tahun. Grad tahun bila. 

Teka umur tu exactly pulak tu.

Tapi aku biasalah. 
I cannot confirm nor deny the information.

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Dah tua baru orang tak main teka-teka umur dah. 
Ni baru-baru ni Program Sukan Balapan kat Kuala Langat. Walaupun badan sasa, perangai macam 'comel' lagi. Terpaksa Miss ko jadi babysitter :D

Tapi kadang-kadang aku confuse, aku babysitter ke diorang babysitter aku?

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Kan dah kata, pensyarahnya yang perangai baby lebih dari budak :D

By the way, kawan aku ada buat bisness aiskrim kon ni. Murah je kon besar ni baru singgit. Kalau kon kecik boleh bagi lagi murah. Kebetulan ada program, dia angkut mesin aiskrim ni bawak ke tepi trek. Laku gila aiskrim. Aku je 5 kali repeat makan. Untung kawan dengan aku. Supportive.

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Jom naik Hutan Pendidikan Bukit Gasing!

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Tak tahu apa motif gambar ni. Nak test camera function kut?

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Ini aktiviti semester lepas rasanya masa diorang ni semester 2.
Sekarang ni dah semester 3. Next semester pergi LI. Then dah habis. Tahu-tahu je nanti aku dah kena arrange surat panggil konvo.

Eh, cepatnya masa berlalu. Kak Gee (cap hitam) tu pun dah pencen. Ni kira last activity dengan student sebelum 'keluar baris'. 
Macam mak aku selalu kata. Sekarang sekejap je masa berjalan. Baru je solat Zuhur, eh dah azan Asar. Betullah tu kan.

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Best Bukit Gasing ni. Dekat dengan office.
Yang penting masa naik ni aku tak pancit okeh. Aku sendiri kagum dengan diri sendiri sebab steady je. Haha. 

Lepas naik Bukit Gasing ni riak gila cakap dengan kawan aku sebab tahun 2016 naik aku pancit separuh jalan. Padahal Bukit Gasing ni bukan extreme pun. Kalau rate kesukaran, lagi rendah dari Beginner okeh!

Kau mampu lagi rendah dari Beginner pun ko pancit? Lepas settle Bukit Gasing, aku naik Bukit Broga dengan Epa, konon dah fit sikit kut? Sekali ya Allah. 5 kali berhenti ambik nafas! Pui.

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Trek best sangat. Even sekeliling bukit ni dah bandar, bangunan rumah orang penuh, hutan dia segar. And pokok keriang banyaaaaak sangat. Ada sekali dulu aku pergi tengah musim keriang, penuh keriang gugur kat tanah. Tapi dah kena pijak oranglah.

Lepas tu ada jambatan besi kat atas tu. Route yang kami pilih memang selalu lalu jambatan besi tu tapi tak naik sampai temple & observation hut. Tinggi nau. Gigil kaki aku nak naik.

Ada sungai jernih gila boleh bawa mandi. Masa kami sampai sungai tu sedang elok je ada parents bawak anak dia mandi. Rupanyakan, ada jalan senang naik kereta ke atas ni. Baru aku tahu. Naif sangat hiking.

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Kanak-kanak riang berjimba kat Jambatan Gantung.
Last route sebelum balik. Student aku ada yang gayat, so memang dia tak lalu jambatan ni. Kalau korang spesis ok tak pening kepala boleh lalu jambatan ni. Settle sini turun bawah sikit terus jumpa rumah orang. Memang dekat gila rumah orang dengan bukit ni.

Ramai yang naik parking tepi jalan je dekat area rumah-rumah ni. Budak-budak naik sendiri pun ramai. Well I guess sebab dekat dengan rumah orang so risiko sesat tu rendah. Ko pusinglah celah mana pun confirm turun jumpa rumah orang. Nak buat aktiviti pelajar pun mudah. Nak mengkaji tumbuhan hutan dan serangga pun mudah. 

Mungkin sebab tu nama dia Hutan Pendidikan Bukit Gasing?


No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)